Rakan Saya Menghidap HIV. Apa Yang Boleh Saya Bantu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

HIV adalah salah satu penyakit kelamin (STD) yang paling kerap di dunia. Anda mungkin mempunyai rakan yang menghidap penyakit ini. Memandangkan HIV kebanyakannya tersebar melalui hubungan seks tanpa perlindungan dan perkongsian jarum, pesakit HIV sering berasa malu dengan keadaan mereka. Selain ubat-ubatan yang betul dan penjagaan kesihatan, apa yang mereka paling perlukan adalah mungkin rakan sokongan.

Berkawan dengan pesakit HIV adalah sukar. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah belajar tentang HIV supaya anda dapat memahami apa yang rakan anda akan lalui. HIV biasanya dikaitkan dengan kematian dan dosa. Terdapat terlalu banyak mitos tentang HIV. Belajar mengenai HIV adalah penting tetapi anda juga perlu belajar daripada sumber yang betul. Elakkan dari majalah online dengan tajuk-tajuk sensasi. Maklumat perlu sentiasa diambil dari laman web yang dipercayai seperti yang terdapat di Centre of Disease Control And Prevention (CDC) atau aids.gov. Langkah pertama ini adaah yang paling penting adalah kerana ia membolehkan anda bukan sahaja membantu rakan anda, tetapi juga untuk melindungi diri anda daripada dijangkiti. Untuk pengetahuan anda, HIV tidak merebak melalui sentuhan badan. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk mencium, memegang tangan atau berkongsi segelas air. Walau bagaimanapun, sila ambil langkah berjaga-jaga terhadap sesuatu yang melibatkan darah seperti menyentuh luka terbuka pada badannya.

Jika rakan anda memberitahu anda tentang keadaannya, ia bermakna bahawa beliau telah meletakkan kepercayaan yang besar kepada anda. Anda perlu menjelaskan bahawa anda tidak akan mengkhianati kepercayaan beliau dengan memberitahu orang lain. Dalam beberapa kes, anda mungkin telah mengetahui keadaan rakan anda walaupun sebelum beliau memberitahu anda. Jika ya, sabar dan tunggu sehingga beliau bersedia untuk mempercayai anda. Anda meletakkan beban ke atas beliau. Anda mungkin boleh menunjukkan perspektif anda  kepadanya dengan bercakap tentang beberapa pesakit HIV yang keluar di dalam berita atau filem untuk membuatkan beliau tahu bahawa anda tidak akan menghakiminya.

Disahkan menghidap HIV adalah satu perkara yang berat. Rakan anda akan menghadapi banyak tekanan. Anda pasti tidak inginkan beliau di dalam tekanan kerana ia memberikan kesan yang buruk terhadap sistem imun badan. Bercakap adalah cara terbaik untuk menenangkan beliau. Jangan teragak-agak untuk bertanyakan perasaannya. Walau bagaimanapun, jaga paksa. Jika rakan anda tidak mahu membuka cerita, anda harus menghormatinya. Kadang-kadang apabila manusia berasa sihat, mereka mungkin tidak mahu orang lain mengingatkan mereka tentang isu-isu kesihatan mereka.

HIV memberikan banyak tekanan. Sebab itu mereka perlu mendapatkan nasihat. Mempunyai rakan untuk berkongsi adalah sangat bagus. Tetapi, kebanyakan masa, pesakit HIV perlu didengari oleh profesional. Anda boleh membantu dengan mencadangkan beberapa kaunselor yang dipercayai. Jika anda mempunyai mendapatkan kaunseling sebelum ini, kongsikan pengalaman anda kepada rakan anda dan bagaimana ia telah membantu anda. Beliau pasti akan menghargai pandangan peribadi anda.

Pesakit HIV berkemungkinan menjadi mangsa buli. Anda pasti untuk mempertahankan rakan anda. Walau bagaimanapun, jangan bergaduh dengan pembuli tersebut. Kebanyakan orang menakut-nakutkan pesakit HIV kerana kejahilan mereka. Anda boleh cuba mengajar mereka, agar mereka memahami bahawa menjadi pesakit HIV bukanlah sebuah dosa. Tiada siapa yang patut dihukum kerana keadaan perubatan mereka. Jika perkara menjadi tidak terkawal, anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa. Semua negara mempunyai undang-undang terhadap keganasan.

Niat anda untuk membantu rakan anda adalah satu perkara yang mulia. Tetapi sebagai seorang manusia, anda juga memerlukan sokongan. Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakan anda sepanjang masa boleh memberikan tekanan. Anda tidak perlu berjuang bersendirian. Bincang dengan ibu bapa atau kaunselor tentang perasaan dan masalah yang anda hadapi. Ia adalah penting untuk menjaga diri dan perasaan anda sebelum orang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan