backup og meta

Manipulasi Osteopatik Bantu Kurangkan Tekanan Darah

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 27/09/2021

    Manipulasi Osteopatik Bantu Kurangkan Tekanan Darah

    Sebagai salah satu penyakit yang paling popular di seluruh dunia, tekanan darah tinggi, atau hipertensi, boleh mengakibatkan banyak komplikasi malah kematian jika tidak dirawat. Pengubahsuaian gaya hidup dan ubat-ubatan merupakan rawatan yang biasa untuk hipertensi. Selain itu, manipulasi osteopatik, merupakan alternatif semula jadi, juga boleh menjadi pilihan yang hebat.

    Ketahui punca dan simptom – simptomnya

    Terdapat banyak punca yang menyebabkan tekanan darah tinggi: pengambilan natrium yang tinggi, obesiti, merokok, diabetes, masalah adrenal dan kelenjar tiroid, penyakit buah pinggang yang kronik, umur, stres, sejarah keluarga, dan lain-lain. Tekanan darah tinggi juga diketahui sebagai “pembunuh senyap” kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom. Sesetengah individu akan mengalami gejala seperti perubahan pada penglihatan, sakit kepala yang teruk, mual atau muntah, dan sebagainya.

    Manipulasi osteopatik

    Rawatan Manipulasi Osteopatik (OMT) merupakan pendekatan yang baik untuk merawat dan mencegah tekanan darah tinggi dan mengekalkan kesihatan jangka panjang. Ini adalah kaedah yang tidak invasif dan holistik yang berkesan mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi dengan meningkatkan kekuatan penyembuhan diri, bukan secara eksklusif bertindak kepada hipertensi semata – mata .

    Lajur vertebra adalah pusat saraf yang penting untuk badan anda. Apabila bahagian tengah belakang atau kawasan lumbar tidak diselaraskan, situasi ini akan memberi kesan secara langsung terhadap peningkatan aktiviti simpatetik sistem saraf, yang mengaktifkan tindak balas lawan atau lari. Di sinilah OMT boleh membantu.

    Dalam kajian klinikal, tiga puluh satu pesakit yang menggunakan kaedah memanipulasi osteopatik sebagai rawatan tambahan kepada terapi perubatan yang biasa menunjukkan peningkatan fungsi sistem vaskular serta penurunan tekanan darah sistolik berbanding dengan individu yang tidak menggunakannya. Manipulasi osteopatik, dengan meningkatkan mekanikal tulang belakang lumbar, dapat menormalkan sebarang rangsangan yang merangsang saraf serta menurunkan nada simpatik. Selain itu, ia juga boleh membantu merawat penyakit kronik. Sakit bahagian bawah belakang akan memberi kesan kepada mekanikal tulang belakang dan merangsang sistem saraf simpatetik.

    Pengamal Osteopatik akan memfokus kepada teknik manual, termasuk pengimbangan semula, membetulkan kedudukan tulang kranial dan sacral serta memanipulasi organ dalaman yang tidak berfungsi secara normal.

    Mengimbangi diafragma serta menyokong hati adalah penting untuk pengedaran cecair badan, lantas dapat mengelakkan tekanan darah yang berlebihan kepada organ penting lain seperti jantung, buah pinggang, otak.

    Tulang leher dan bahagian atas badan sering menjadi tegang dan menyakitkan, di mana boleh menjadi fungsi penyebab berlakunya tekanan darah tinggi. OMT boleh meningkatkan mobiliti bahagian-bahagian ini. Selain itu, ‘melembutkan’ tulang rusuk boleh membuatkan degupan jantung yang optimum; oleh itu, ia tidak akan menemui sebarang rintangan semasa mengepam. Manipulasi osteopatik juga boleh membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan, yang mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

    Kardiologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan