Panik Tekanan Darah Naik, Ini Antara Senaman Yang Boleh & Tidak Boleh Untuk Anda Amalkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda menghidapi hipertensi (tekanan darah tinggi) dan doktor memberitahu bahawa dengan melakukan aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Namun, terdapat banyak jenis senaman yang anda sendiri tidak pasti yang mana satukah bermanfaat untuk anda. Barangkali dengan membaca artikel ini dapat membantu anda.

Tanya doktor anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman

Dapatkan khidmat nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Doktor akan menentukan tahap aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda. Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin tidak dibenarkan untuk bersenam setiap hari.

Senaman yang bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah

Senaman aerobik ataupun senaman ketahanan (endurance) baik untuk jantung. Dengan melakukan senaman ini, sejumlah besar otot akan digunakan; pernafasan akan meningkat; jantung akan berdegup laju dan badan akan menggunakan  lebih banyak oksigen. Perkara ini akan membantu menguatkan jantung dan peparu anda.

Selain itu, senaman ini membantu untuk mengendurkan arteri, merendahkan tekanan darah, mengurangkan paras gula dalam darah, dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik’ (HDL). Dengan melakukan senaman ini, risiko serangan jantung berkurangan bagi pesakit yang menghidapi darah tinggi.

Contoh senaman aerobik yang boleh dilakukan ialah berjalan kaki, berenang, mengayuh, menaiki tangga,joging dan menari.

Berapakah banyak senaman yang anda perlukan

Anda tidak perlu melakukan senaman aerobik setiap masa, cuba amalkan senaman ini sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.  Sebagai contoh, anda boleh berenang 30 minit setiap hari, 5 kali dalam seminggu.

Jangan paksa diri, mulakan dengan aktiviti yang lebih ringan.  Cukup sekadar bersenam selama 10 minit setiap hari bagi minggu pertama.  Kemudian, tingkatkan aktiviti anda secara beransur-ansur. Apabila senaman yang anda lakukan menjadi mudah, tambahkan lagi cabarannya.

Elakkan duduk terlalu lama, cuba untuk bangun dan lakukan sebarang aktiviti fizikal. Duduk terlalu lama boleh mendatangkan penyakit.

Senaman yang tidak elok untuk tekanan darah  

Senaman seperti menyelam skuba, sky diving tidak elok untuk pesakit yang menghidapi darah tinggi dan anda memerlukan kebenaran doktor jika mahu melakukan aktiviti tersebut.

Selain itu, senaman seperti mengangkat berat juga boleh meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu, namun sekiranya dilakukan untuk jangka masa yang panjang, barangkali ia bermanfaat untuk anda. Anda harus belajar teknik yang betul untuk mengangkat berat, dan jangan paksa lebih dari kemampuan diri supaya kecederaan dapat dielakkan. Dapatkan nasihat doktor tentang senaman yang sesuai untuk anda.

Aktiviti fizikal dianggap sebagai penawar yang baik untuk kesihatan anda, tidak kira apa pun keadaan perubatan yang anda alami.  Lebih-lebih lagi dengan penyakit darah tinggi, yang sememangnya diketahui dengan senaman berkala dapat membantu merendahkan tekanan darah.  Oleh itu, bangun dan kekal aktif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda untuk elak risiko hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Hipertensi, Pusat Kesihatan 26/12/2019 . 3 minit bacaan

    Khasiat Epal Hijau Dapat Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolesterol, Bolehlah Amalkan Selalu!

    Adakah benar terdapat khasiat epal hijau untuk darah tinggi? Bagaimana pula dengan epal merah? Ikutinya dengan lebih lanjut melalui artikel ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 26/12/2019 . 4 minit bacaan

    Sarang Lebah Boleh Bantu Turunkan Tekanan Darah?

    Lebah, mesti terbayangkan madu yang dihasilkan, bukan? Tetapi percaya ada bahan daripada serangga kecil ini dapat membantu menurunkan tekanan darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 18/12/2019 . 4 minit bacaan

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Ramai yang tidak percaya bahawa pokok bunga raya juga mempunyai khasiat sepertimana pokok-pokok herba terkenal yang lain. Terutamanya teh bunga raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 13/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alat tekanan darah

    Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
    pemeriksaan kesihatan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/04/2020 . 5 minit bacaan
    penawar darah tinggi

    Ada Darah Tinggi, Anda Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020 . 4 minit bacaan