10 Tip untuk kekal cergas dan melakukan senaman

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Semua orang tahu senaman menyihatkan tubuh badan, namun, anda mungkin tiada masa, atau wang yang cukup untuk pergi bersenam di gimnasium, ataupun anda sememangnya tidak bermotivasi dan lebih suka untuk duduk di rumah berehat.

Jadi, bagaimana kita ingin menyemaikan amalan ini supaya menjadi tabiat?  Berikut adalah tip-tip yang anda boleh cuba.

Tetapkan sasaran khusus

Tetapkan sasaran anda dan cuba untuk melaksanakannya. Anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mempunyai sasaran senaman  yang khusus dan mampu dicapai. Sebagai contoh, cuba tetapkan sasaran untuk melakukan senaman selama 30 minit setiap hari, 4 hari seminggu. Pastikan anda mencatit pencapaian anda di dalam buku kecil.

Lakukan aktiviti fizikal yang berbeza-beza

Anda tidak perlu melakukan satu aktiviti sahaja, seperti berlari atau berenang. Tiada siapa yang mengehadkan berapa banyak senaman yang anda boleh lakukan dan tiada peraturan yang mengarahkan untuk membeli peralatan senaman yang moden atau pergi ke pusat kecergasan.

Anda boleh cuba banyak jenis sukan dan aktiviti fizikal yang anda suka seperti berjalan, berlari, berenang, mengayuh basikal, yoga, tai chi, dan menari.

Lakukan senaman untuk diri anda

Sematkan di dalam hati bahawa senaman yang dilakukan adalah untuk diri anda sendiri. Manfaatnya akan kembali kepada diri anda. Anda akan menjadi lebih cergas,  lebih sihat, lebih berketerampilan, kurang tekanan dan mampu mengawal penyakit yang dihidapi.

Mulakan dengan langkah kecil

Sebagai contoh, anda ingin berlari 10 km sehari, namun perkara ini adalah mustahil jika anda ingin melakukannya pada hari pertama bersenam. Tubuh badan memerlukan masa untuk biasa dengan aktiviti fizikal. Mulakan dengan senaman yang ringan,mungkin anda boleh mula dengan berlari 500 meter bagi minggu pertama. Apabila ia terasa mudah, jauhkan lagi jarak larian secara beransur-ansur seiring dengan  keupayaan tubuh badan.

Cari teman atau kumpulan

Cari teman atau kumpulan yang boleh bersenam bersama anda kerana  perkara ini akan menambah semangat untuk anda terus bersenam. Selain itu,mereka boleh memberi bimbingan dan sokongan . Dan sebenarnya ,apabila bersenam bersama kawan-kawan, ia akan menjadi lebih seronok.

Beli / laburkan wang anda untuk peralatan senaman yang berkualiti

Beli kasut dan pakaian berkualiti, yang memberikan anda sokongan yang bagus dan penampilan menarik. Barang-barang dibeli seharusnya barang yang anda minati. Gantikan peralatan sukan anda setiap enam bulan atau setiap satu tahun untuk memastikan ia sentiasa memberi sokongan yang bagus. Anda juga boleh sediakan dua set peralatan suka dan menggunakannya berselang-seli agar tahan lebih lama.

Jadikan senaman sebagai rutin pertama di pagi hari

Anda boleh melakukan senaman sejurus selepas bangun dari tidur di atas katil. Lakukan senaman, mandi dan pergi kerja, anda pasti akan berasa lebih bertenaga.

Bersenam dalam perjalanan pulang ke rumah

Anda boleh melakukan senaman dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebagai contoh, turun dari pejabat menggunakan tangga, berjalan ke tempar parkir kereta (letakkan kereta anda sejauh yang  mungkin) atau rumah sekiranya rumah anda berdekatan dengan tempat kerja, ataupun berjalan ke stesen pengangkutan awam untuk balik ke rumah.

Bawa anjing / haiwan anda bersiar-siar

Luangkan masa bersama dengan anjing/haiwan peliharaan anda sekurang-kurangnya 30 minit untuk bersiar-siar di luar,sekiranya sibuk, anda boleh melaksanakannya dengan bersiar-siar selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari. Bersiar-siar dengan anjing / haiwan peliharaan anda boleh memberikan manfaat kepada anda dan juga ‘dia’.  Selain daripada memberi motivasi untuk berjalan-jalan, hubungan anda dan haiwan peliharaan juga bertambah erat.

Berikan ganjaran untuk diri anda

Tetapkan sasaran dan ganjaran yang akan anda berikan kepada diri sendiri sebelum memulakan aktiviti fizikal atau senaman. Apabila sasaran tersebut telah tercapai,  beri ganjaran kepada diri anda agar terus bermotivasi untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Elakkan makanan sebagai ganjaran. Bentuk ganjaran seperti kasut baru,menonton wayang, dan mendapatkan urutan adalah sangat bagus.

Bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Memulakannya mungkin mudah, tetapi untuk berterusan melakukannya memang payah. Jangan berputus asa, terus usaha untuk melakukannya. Pasti anda akan temui cara untuk membuatkan senaman itu satu perkara yang menyeronokkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan