Panduan Penjagaan Pesakit Strok di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Otak merupakan organ penting yang mengawal koordinasi otot dan pergerakan badan. Oleh itu, seseorang yang mennghidap strok akan hilang keupayaan untuk berdikari dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan perkara asas. Penjagaan pesakit strok yang rapi adalah amat penting bagi memaksimakan proses penyembuhan mereka.

Mengenali strok

Strok ataupun angin ahmar, berlaku apabila bekalan darah ke otak terputus sekali gus menyebabkan kematian tisu-tisu otak. Strok boleh terjadi sama ada disebabkan oleh salur darah dalam otak tersumbat atau berlakunya kebocoran salur darah. Antara faktor risiko strok adalah seperti berikut:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Tekanan/stres
  • Merokok
  • Penyakit serebrovaskular
  • Fibrilasi atrium
  • Obesiti
  • Gaya hidup statik (sedentary)
  • Penyakit sistemik tertentu seperti sistemic lupus erythematosus (SLE)

Simptom atau tanda strok/angin ahmar berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Pastikan anda cakna tentang tanda-tanda berikut agar bantuan dapat diberikan dengan lebih awal:

  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba

Selain tanda-tanda di atas, seseorang yang mengalami serangan strok juga boleh berasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan mereka. Tambahan lagi, mereka juga boleh mengalami masalah sukar menela yang akut.

Panduan penjagaan pesakit strok

Dalam membantu untuk memberikan penjagaan pesakit strok yang optimum, berikut adalah panduan yang boleh penjaga/ahli keluarga ambil tahu

Penjagaan pemakanan pesakit

Aspek pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan pesakit strok. Pastikan pesakit strok perlu mengambil diet yang seimbang dan pelbagai agar dapat memenuhi keperluan nutrien harian mereka. Beberapa perkara yang penjaga perlu ambil berat berkaitan dengan aspek ini adalah seperti berikut:

  1. Kurangkan penyediaan makanan yang kaya dengan lemak dan minyak kerana ia boleh meningkatkan plak lemak di dalam arteri (saluran darah).
  2. Kurangkan juga penyediaan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam kerana boleh meningkatkan risiko strok berulang.
  3. hadkan penggunaan santan, minyak masak, sos salad dan juga krim ketika menyediakan makanan untuk pesakit strok.
  4. Utamakan penyediaan makanan dengan cara yang sihat seperti merebus, mengukus dan memanggang berbanding menggoreng.
  5. Kadangkala, pesakit mengalami masalah untuk menelan makanan. Jika berlaku, berikan makanan yang lembut, dicincang atau dikisar. Dalam kes yang lebih parah, tiub nasogastrik mungkin diperlukan.
  6. Pastikan bancuhan susu khas mengikut sukatan yang di sarankan oleh pegawai dietetik, diikuti.

Jika timbul ketidakpastian berkaitan dengan aspek pemakanan pesakit, berhubung dengan Pegawai Dietetik untuk mendapatkan jumlah kalori dan jenis makanan paling sesuai dengan pesakit.

Susun jadual ubat-ubatan pesakit

Selain aspek pemakanan, menyusun dan memantau pengambilan ubat juga merupakan aspek penting dalam penjagaan pesakit strok. Apabila berjumpa dengan doktor, pastikan anda maklum tentang jenis ubat yang diberikan, waktu pengambilan, dos dan juga tanda-tanda kesan sampingan ubat-ubat yang diambil. Antara ubat yang kerap diberikan adalah ubat pencair darah, ubat kolesterol (statin), insulin untuk diabetes dan ubat-ubat tekanan darah tinggi. Seeloknya, sediakan buku khas untuk merekod ubat-ubatan beserta jadual pengambilan. Ini sangat membantu dalam memastikan ia diambil pada kadar dan waktu yang betul. Apabila berlakunya kesan sampingan atau masalah dengan pengambilan suatu ubat, berbincang dengan doktor anda agar pengubahsuaian dapat dilakukan. .

Pengubahsuaian susun atur rumah

Pengubahsuaian ini dillakukan bagi mempermudahkan pergerakan semua orang di dalam rumah khususnya untuk pesakit strok dan juga untuk penjaga yang menguruskannya. 

Antara cadangan pengubahsaian susun atur rumah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Alihkan objek-objek kecil seperti pengelap kaki di depan pintu, meja kecil dan permainan kanak-kanak.
  2. Berikan ruang lapang yang luas untuk memudahkan pergerakan.
  3. Letakkan pemegang di beberapa tempat terutamanya di dalam tandas, dapur dan bilik tidur bagi mengelakkan jatuh.
  4. Sediakan kerusi atau bangku di beberapa tempat untuk membolehkan pesakit mengambil masa untuk berehat.
  5. Pindahkan barang-barang keperluan pesakit ke tingkat bawah bagi rumah dua tingkat.

Tiada siapa ingin diserang strok dan hilang keupayaan untuk berdikari. Apabila perkara seperti ini berlaku, keluarga terdekat memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga pesakit strok. Selain sokongan fizikal, sokongan mental dan emosi juga perlu diberikan kepada mereka. Tambahan lagi, jika anda seorang penjaga, pastikan emosi dan kesihatan mental anda juga berada dalam keadaan yang baik. Jika anda stres atau mengalami kemurungan, pastikan anda dapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Beban strok bukan hanya dirasai oleh pesakit itu sahaja, ia dirasai oleh semua ahli keluarga mereka. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pernah Ada Masalah Gusi? JAGA-JAGA! Risiko Untuk Anda Terkena Penyakit Strok TINGGI

    Terdahulu, kebanyakan pakar perubatan di seluruh dunia sedar, terdapat kaitan antara penyakit gusi dan masalah strok. Namun, bagaimana keduanya berkait?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Angin Ahmar/Strok, Pusat Kesihatan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

    Simptom sklerosis berbilang dan angin ahmar sukar dibezakan dan hampir sama. Namun, strok merupakan penyakit yang lebih bahaya dan perlu rawatan awal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Angin Ahmar/Strok, Pusat Kesihatan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

    Tahukah anda, lemak baik untuk diet penghidap diabetes? Ini kerana, kandungan lemak sihat seperti minyak zaitun boleh membantu mengawal paras gula darah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Penyakit strok selepas hubungan seks, walaupun jarang berlaku, mereka yang mempunyai faktor risiko tertentu boleh mengalaminya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 15/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buah epal dan obesiti

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit strok

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hari polio sedunia

    Malaysia Pernah Jadi Negara Bebas Polio, Tapi Jangan Anggap Kita Sudah Selamat, Wajib Ambil Vaksin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan