backup og meta

Panik Tekanan Darah Naik, Ini Antara Senaman Yang Boleh & Tidak Boleh Untuk Anda Amalkan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/02/2022

    Panik Tekanan Darah Naik, Ini Antara Senaman Yang Boleh & Tidak Boleh Untuk Anda Amalkan

    Anda menghidapi hipertensi (tekanan darah tinggi) dan doktor memberitahu bahawa dengan melakukan aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Namun, terdapat banyak jenis senaman yang anda sendiri tidak pasti senaman untuk pesakit darah tinggi yang sesuai untuk dicuba.

    Barangkali dengan membaca artikel ini dapat membantu anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Tanya doktor anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman

    Dapatkan khidmat nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Doktor akan menentukan tahap aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda.

    Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin tidak dibenarkan untuk bersenam setiap hari.

    Jenis senaman untuk pesakit darah tinggi

    senaman untuk pesakit darah tinggi

    Senaman aerobik ataupun senaman ketahanan (endurance) baik untuk jantung.

    Dengan melakukan senaman ini, sejumlah besar otot akan digunakan; pernafasan akan meningkat; jantung akan berdegup laju dan badan akan menggunakan  lebih banyak oksigen. Perkara ini akan membantu menguatkan jantung dan peparu anda.

    Selain itu, senaman ini membantu untuk mengendurkan arteri, merendahkan tekanan darah, mengurangkan paras gula dalam darah, dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik’ (HDL).

    Dengan melakukan senaman ini, risiko serangan jantung berkurangan bagi pesakit yang menghidapi darah tinggi.

    Contoh senaman aerobik yang boleh dilakukan ialah berjalan kaki, berenang, mengayuh, menaiki tangga,joging dan menari.

    Baca juga:

    Berapakah banyak senaman untuk pesakit darah tinggi

    Anda tidak perlu melakukan senaman aerobik setiap masa, cuba amalkan senaman ini sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.  Sebagai contoh, anda boleh berenang 30 minit setiap hari, 5 kali dalam seminggu.

    Jangan paksa diri, mulakan dengan aktiviti yang lebih ringan.  Cukup sekadar bersenam selama 10 minit setiap hari bagi minggu pertama.  Kemudian, tingkatkan aktiviti anda secara beransur-ansur. Apabila senaman yang anda lakukan menjadi mudah, tambahkan lagi cabarannya.

    Elakkan duduk terlalu lama, cuba untuk bangun dan lakukan sebarang aktiviti fizikal. Duduk terlalu lama boleh mendatangkan penyakit.

    senaman untuk pesakit darah tinggi

    Senaman untuk pesakit darah tinggi PERLU dielakkan

    Senaman seperti menyelam skuba, sky diving tidak elok untuk pesakit yang menghidapi darah tinggi dan anda memerlukan kebenaran doktor jika mahu melakukan aktiviti tersebut.

    Selain itu, senaman seperti mengangkat berat juga boleh meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu, namun sekiranya dilakukan untuk jangka masa yang panjang, barangkali ia bermanfaat untuk anda.

    Anda harus belajar teknik yang betul untuk mengangkat berat, dan jangan paksa lebih dari kemampuan diri supaya kecederaan dapat dielakkan. Dapatkan nasihat doktor tentang senaman yang sesuai untuk anda.

    Aktiviti fizikal dianggap sebagai penawar yang baik untuk kesihatan anda, tidak kira apa pun keadaan perubatan yang anda alami.  

    Lebih-lebih lagi dengan penyakit darah tinggi, yang sememangnya diketahui dengan senaman berkala dapat membantu merendahkan tekanan darah.  Oleh itu, bangun dan kekal aktif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan