backup og meta

Penghidap Diabetes & Ibadah Berpuasa: Ini 5 Persoalan Biasa Sering Membelenggu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/04/2022

    Penghidap Diabetes & Ibadah Berpuasa: Ini 5 Persoalan Biasa Sering Membelenggu

    Kajian Epidemiologi Kencing Manis dan Ramadan (EPIDIAR) menunjukkan peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda kemasukan ke hospital bagi pesakit dengan masalah kencing manis jenis 2 akibat hipoglisemia yang teruk.

    1 kajian tempatan turut menyatakan bahawa kadar hipoglisemia adalah 1.6 kali lebih tinggi semasa tempoh berpuasa berbanding tempoh tidak berpuasa.

    Jadi bagaimana untuk penghidap diabetes berpuasa?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

    Apa itu masalah kencing manis?

    Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.

    Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.  

    Kekurangan insulin menyebabkan gula yang dihasilkan daripada makanan tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

    Jenis-jenis diabetes

    Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)

    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin pada kadar yang mencukupi

    Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)

    masalah kencing manis

    Masalah kencing manis ketika hamil (Gestational diabetes)

    • Ia merupakan diabetis yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

    5 persoalan membelenggu pesakit diabetes

    1. Adakah penghidap diabetes boleh berpuasa?

    Ya, sestengah penghidap boleh berpuasa dengan selamat, tetapi setiap orang adalah berbeza.

    Sebarang keputusan yang anda lakukan perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana pengambilan ubat boleh mempengaruhi anda

    . Doktor mungkin menyarankan pelan pemakanan yang bersesuaian untuk anda.

    2. Apakah risiko bagi penghidap diabetes yang berpuasa?

    i. Paras gula dalam darah rendah (hypoglycemia)

    Ia biasanya berlaku kepada mereka yang mengambil insulin atau pil diabetes tertentu. Hadkan aktiviti fizikal semasa puasa dan lebih aktif selepas matahari terbenam.

    Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui jenis ubat yang menjadi puncanya dan cara menanganinya.

    Baca juga:

    ii. Paras gula dalam darah tinggi (hyperglycemia)

    Ia sering terjadi selepas waktu berbuka puasa. Ini kerana semasa berbuka anda mungkin terlebih makan.

    Sebaiknya elakkan makanan manis dan pastikan hidangan makanan yang di ambil dalam jumlah yang sederhana.

    iii. Dehidrasi

    Ia biasanya berlaku semasa puasa pada musim panas. Pastikan anda minum banyak air tanpa gula ketika berbuka dan bersahur, serta elakkan minuman berkafein.

    3. Adakah pemeriksaan paras gula dalam darah membatalkan puasa?

    Pemeriksaan paras gula tidak membatalkan puasa. Malah ia sangat penting untuk mengetahui paras gula rendah atau sebaliknya.

    Penghidap diabetes disarankan berbuka puasa sekiranya paras gula sangat rendah (kurang 70 mg/dl).

    4. Adakah pengambilan ubat perlu dihentikan?

    Tidak. Anda perlu teruskan pengambilan ubat, tetapi tukar masa pengambilan yang sesuai.

    Dos juga mungkin akan berubah. Jadi penting untuk berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan puasa Ramadan.

    masalah kencing manis

    5. Bagaimana cara mengawal pemakanan semasa puasa?

    Semasa sahur, anda perlu mengambil karbohidrat yang seimbang dengan protein dan lemak bagi membantu memperlahankan kadar penghadaman makanan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama sepanjang hari.

    Oleh itu, bagi individu dengan masalah kencing manis perlu meniktikberatkan amalan pemakanan sihat sepanjang Ramadan bagi mengelakkan makan secara berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam yang menyukarkan kawalan diabetes.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan