backup og meta

Ini Jenis Makanan Yang Perlu Diambil & Elak Selepas Pembedahan Pundi Hempedu

Ini Jenis Makanan Yang Perlu Diambil & Elak Selepas Pembedahan Pundi Hempedu

Pundi hempedu adalah sejenis organ sebesar 4 inci panjang dan terletak bersambung dengan hati di dalam tubuh badan manusia. Ia berfungsi menghasilkan hempedu untuk dilepaskan kepada usus kecil bagi membantu menguraikan makanan dan minuman. Sekiranya ia rosak, ada kemungkinan untuk pundi hempedu dibuang dan prosedur ini dinamakan sebagai kolesistektomi.

Persoalannya, adakah terdapat pantang larang mengenai makanan dan minuman yang diambil selepas buang pundi hempedu? Kerana ada yang kata akan gemuk selepas buang hempedu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Kesan pada tubuh badan jika pundi hempedu dibuang

Benarkah akan gemuk selepas buang hempedu? Meskipun organ ini hanyalah bersaiz kecil sahaja, akan wujud beberapa kesan pada tubuh badan sekiranya ia dibuang melalui prosedur pembedahan.

Tanpa pundi hempedu, hempedu akan dilepaskan secara tidak terkawal pada usus kecil lantas menjejaskan kemampuannya menguraikan makanan dan minuman.

Ya, keadaan ini mungkin tidak seteruk yang disangka kerana individu masih boleh hidup seperti biasa selepas pundi hempedu dibuang.

Pun begitu, terdapat beberapa pantang larang berkenaan makanan dan minuman yang boleh anda ambil atau elak di dalam diet seharian.

pundi hempedu dibuang
Ilustrasi hempedu dalam badan.

Selepas pundi hempedu dibuang, anda harus ambil…

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa ada beberapa jenis makanan yang bagus untuk diambil selepas prosedur membuang pundi hempedu dijalankan.

Berikut adalah contoh diet yang perlu anda ambil:

Makanan tinggi serat

Serat boleh membantu sistem pencernaan akibat ketidaktentuan perlepasan hempedu selain tinggi kandungan vitamin, kalsium dan asid lemak omega-3.

Antara sumber makanan yang tinggi dengan serat adalah:

Nutrien daripada buah dan sayur

Disebabkan pundi hempedu dibuang dari tubuh badan, anda perlu mendapatkan nutrien seperti serat daripada buah dan sayur.

Berikut merupakan cadangan terbaik buat anda:

  • Kubis
  • Kubis bunga
  • Kailan
  • Avokado
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Buah beri
  • Buah sitrus
pundi hempedu dibuang
Makan lebih banyak buah dan sayuran selepas pembedahan.

Alternatif untuk daging

Untuk pengetahuan anda, daging adalah antara musuh utama selepas pembedahan membuang pundi hempedu, namun jangan risau kerana ada alternatif lain yang boleh dicuba.

Jika ingin ambil protein, cuba makanan di bawah ini:

  • Ayam
  • Ikan
  • Tofu
  • Kimchi
  • Tempe

Selepas pundi hempedu dibuang, anda perlu elak…

Tidak wujud satu senarai menu khas yang kalian perlu elak, namun secara amnya makanan berlemak, berminyak, bergula, bergaram dan diproses adalah musuh utama.

Berikut adalah contoh diet yang harus anda elak:

Makanan berlemak

Makanan seperti daging yang diproses serta tinggi lemak sudah pasti tidak bagus untuk sistem pencernaan anda terutamanya selepas organ ini dibuang.

Antara jenis daging tersebut termasuklah:

  • Lembu
  • Kambing
  • Khinzir
  • Sosej
  • Steak
  • Bologna
  • Salami

Makanan diproses

Makanan diproses kebiasaannya mengandungi kadar gula dan lemak yang sangat tinggi serta rendah nutrisi sekali gus menyebabkannya sukar untuk diproses.

Mereka yang sudah dibuang pundi hempedu perlu mengelak makanan ini bagi elakkan risiko pembedahan buang hempedu:

Produk tenusu

pundi hempedu dibuang
Elakkan makan keju selepas pembedahan.

Apa risiko pembedahan buang hempedu? Makanan dan minuman yang berasaskan produk tenusu juga tidak bagus kerana ia akan menyukarkan tubuh badan tanpa pundi hempedu untuk menguraikannya.

Sila elak atau hadkan daripada mengambil:

Antara tip lain untuk penjagaan selepas pembedahan

Selain daripada beberapa senarai makanan dan minuman yang kami telah nyatakan di atas tadi, terdapat beberapa tip yang juga wajar kalian ikuti.

Pengalaman lepas buang hempedu ini, kalian sewajarnya:

  • Tidak terus makan makanan pejal sejurus selepas prosedur – Mulakan dengan makanan cair sebelum beralih perlahan-lahan ke makanan pejal
  • Makan kuantiti sedikit sahaja – Makan terlalu banyak boleh menyebabkan angin, jadi sila kawal waktu dan amaun anda makan
  • Cuba amalkan diet vegetarian – Makanan berlemak adalah musuh utama dan ini wajar ditukarkan sementara dengan buah dan sayur
  • Cuba tukarkan resepi diet – Sebagai contoh, kalian boleh gunakan ayam dan ikan untuk menggantikan daging merah yang perlu dielakkan
  • Kekal cergas dan cerdasBersenamlah dengan kerap agar berat badan stabil sekali gus dapat membantu proses pencernaan lebih baik

Akhir kata, sebenarnya adalah tidak sukar untuk menjaga makan dan minum walaupun pengalaman lepas buang hempedu melalui prosedur pembedahan.

Perhatian!


Jika berlaku sebarang komplikasi walaupun selepas mengikuti tip ini, sila segera berjumpa dengan doktor pakar untuk konsultasi.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cholecystectomy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/cholecystectomy. Accessed on February 17, 2021.

Cholecystectomy (gallbladder removal). https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/cholecystectomy/about/pac-20384818. Accessed on February 17, 2021.

Liszt, K. I., Ley, J. P., Lieder, B., Behrens, M., Stöger, V., Reiner, A., Hochkogler, C. M., Köck, E., Marchiori, A., Hans, J., Widder, S., Krammer, G., Sanger, G. J., Somoza, M. M., Meyerhof, W., & Somoza, V. (2017). Caffeine induces gastric acid secretion via bitter taste signaling in gastric parietal cells. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America, 114(30), E6260–E6269. https://doi.org/10.1073/pnas.1703728114. Accessed on February 17, 2021.

Do I need to change my diet after gallbladder surgery?. https://www.nhs.uk/common-health-questions/operations-tests-and-procedures/do-i-need-to-change-my-diet-after-gallbladder-surgery/. Accessed on February 17, 2021.

Laparoscopic Cholecystectomy (Gallbladder Removal). https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/7017-laparoscopic-cholecystectomy-gallbladder-removal. Accessed on February 17, 2021.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Simptom Ini Petanda Anak Alami Masalah Pedih Ulu Hati

Ada Banyak Punca Perut Kerap Masuk Angin? Lakukan 7 Cara Ini, Gerenti Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan