backup og meta

Apa Itu Atresia Biliari Yang Biasa Berlaku Kepada Bayi? Ia Menjejaskan Organ Mereka?

Apa Itu Atresia Biliari Yang Biasa Berlaku Kepada Bayi? Ia Menjejaskan Organ Mereka?

Apa itu atresia biliari yang berlaku kepada bahagian pundi hempedu manusia? Adakah ia satu kondisi yang biasa atau berbahaya? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu atresia biliari?

Apa itu atresia biliari? Atresia; ketiadaan bukaan pada tubuh atau organ. Biliari; berkaitan hempedu merujuk kepada keadaan yang jarang dijumpai yang menyebabkan penyumbatan dalam saluran hempedu.

Saluran hempedu dalam hati, yang turut dikenali sebagai saluran hati (hepatic duct) adalah saluran yang membawa hempedu daripada hati ke pundi hempedu untuk simpanan dan ke usus kecil untuk pencernaan.

Hempedu ialah cecair yang dihasilkan hati untuk dua fungsi: membawa toksik dan sisa badan serta membantu badan mencerna lemak dan menyerap vitamin yang larut lemak A, D, E dan K.

Apabila saluran hempedu tersumbat, hempedu akan terkumpul dalam hati dan meyebabkan kerosakan hati. Ini menyukarkan fungsi hati untuk menyingkirkan toksik dalam badan.

Terdapat dua jenis masalah hempedu ini, fetal (sewaktu janin) dan perinatal (sekitar waktu kelahiran). Atresia biliari sewaktu janin berlaku sewaktu bayi masih dalam kandungan.

apa itu atresia biliari

Biliari atresia perinatal adalah lebih kerap berlaku dan tidak kelihatan sehingga 2 hingga 4 minggu selepas kelahiran.

Sesetengah bayi terutamanya yang menghidap atresia biliari jenis fetal turut mempunyai kecacatan pada jantung, limpa atau usus.

Simptom

Simptom apa itu atresia Biliari?

Simptom pertama bahaya atresia biliari adalah jaundis dan kekuningan mata. Jaundis mungkin sukar untuk dikesan.

Kebiasaannya, bayi dilahirkan dengan jaundis dalam minggu 1-2 dan hilang daripada minggu 2 ke 3. Manakala bayi dengan masalah hempedu ini, mengalami jaundis yang kian melarat.

Terdapat juga simptom lain untuk masalah hempedu ini seperti:

Terdapat simptom dan tanda lain yang tidak disebut. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang simptom berikut, dapatkan saranan doktor.

Punca

Punca apa itu atresia biliari?

apa itu atresia biliari

Walaupun punca sebenar masalah hempedu ini tidak diketahui, terdapat beberapa faktor risiko yang diketahui berkait dengan atresia biliari.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko atresia biliari?

Terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko berlakunya masalah hempedu ini, termasuklah:

  • Jangkitan virus atau bakteria selepas kelahiran
  • Menghidap penyakit autoimun yang menyerang hati atau saluran hempedu
  • Mutasi genetik
  • Kecacatan kongenital pada hati dan saluran hempedu
  • Pendedahan kepada bahan yang berbahaya

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit masalah ini didiagnosis?

Untuk menentukan diagnosis yang tepat, doktor anda mungkin akan melakukan ujian berikut:

  • Mengambil keterangan kesihatan dan pemeriksaan fizikal
  • Ujian darah
  • X-ray pada abdomen
  • Ultrabunyi
  • Imbasan pada hati
  • Dan/atau biopsi hati

Bagaimana pesakit masalah ini dirawat?

Apa itu atresia biliari kebiasannya dirawat dengan pembedahan, terutamanya pembedahan yang dikenali sebagai prosuder Kasai, atau dengan cara pemindahan hati.

Cara merawat masalah hempedu ini #1. Prosedur kasai

Kebiasannya ini adalah rawatan utama bagi masalah hempedu ini. Sewaktu pembedahan ini, ahli bedah akan membuang saluran hempedu yang tersumbat dan menarik gelung usus ke atas untuk menggantikannya.

Dengan cara ini, hempedu tersebut akan mengalir terus ke dalam usus kecil. Jika pembedahan ini berjaya, pesakit tersebut akan bertambah sihat dan tidak akan mengalami masalah hati.

apa itu atresia biliari

Jika pembedahan ini gagal, bayi tersebut akan memerlukan pemindahan hati dalam masa 1-2 tahun.

Walaupun pemindahan tersebut berjaya, bayi tersebut berisiko menghidap sirosis disebabkan penyumbatan saluran hempedu (obstructive biliary cirrhosis) sewaktu dewasa.

Disebabkan itu, pesakit mungkin perlu diperiksa secara kerap untuk melihat keadaan organ hati mereka.

Cara merawat masalah hempedu ini #2. Pemindahan hati

Kemajuan dalam pembedahan pemindahan organ telah meningkatkan kecekapan pengurusan pemindahan hati dalam kanak-kanak.

Sebelum ini, hanya pemindahan hati daripada penyumbang yang bersesuaian, iaitu penyumbang kanak-kanak yang telah meninggal yang dapat dilaksanakan.

Namun, sekarang dengan kecanggihan pembedahan, pakar bedah dapat menggunakan hati daripada penyumbang orang dewasa.

Ini juga turut dikenali sebagai pemindahan secara pengecilan (reduced size) atau secara perpecahan (split).

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Biliary Atresia, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21076-biliary-atresia, Accessed Dec 4 2023.
  2. Biliary Atresia, https://rarediseases.org/rare-diseases/extrahepatic-biliary-atresia/, Accessed Dec 4 2023.
  3. Biliary Atresia, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/biliary-atresia, Accessed Dec 4 2023.
  4. Biliary Atresia, https://www.cincinnatichildrens.org/health/b/biliary-atresia, Accessed Dec 4 2023.
  5. Biliary Atresia: Symptoms, Causes & Treatment, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/biliary-atresia.aspx, Accessed Dec 4 2023.

 

Versi Terbaru

08/12/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 15 Cara Merawat & Melegakan Simptom Asid Refluks GERD, Jom Cuba!

Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan