Siapa yang tidak pernah mencuba makan ayam goreng pedas keluaran sebuah syarikat makanan segera satu ketika dahulu? Tetapi tahukah anda kesan pengambilannya kepada sistem penghadaman? Ini penjelasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Kegilaan makan ayam goreng
Ketika pelancaran ayam goreng baru daripada McDonald’s dahulu, ramai yang telah menyerbu kedai makanan segera tersebut bagi merasai sendiri keenakan ayam goreng yang disaluti kepedasan tiga kali ganda berbanding edisi biasa.
Ada yang mungkin ingin makan ayam goreng pedas ini kerana minat semula jadi terhadap makanan-makanan pedas; ada juga yang inginkan menyahut cabaran daripada kawan-kawan.
Apa jua tujuan anda dalam mendapatkan hidangan tersebut, yang pastinya sebilangan besar daripada mereka yang telah mencuba ayam goreng tersebut, mengalami gejala cirit-birit tidak lama selepas itu.
Rasa cirit birit ini juga diikuti oleh rasa pedih seakan terbakar di bahagian pembukaan dubur mereka. Apa yang sedang berlaku?
Makan ayam goreng pedas: Bahan yang terdapat di dalamnya
Untuk memahami bagaimana gejala cirit-birit dan ketidakselesaan abdomen boleh berlaku dengan pengambilan makanan pedas, anda perlu memahami terlebih dahulu apa yang menyebabkan suatu hidangan yang dicampur dengan cili atau lada itu mempunyai rasa yang pedas.
Bahan yang terdapat dalam cili atau lada yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rasa ‘hot and spicy’ ini adalah capsaicin. Apabila diambil, ia akan melekat kepada reseptor TRPV1.
Dalam keadaan biasa, reseptor ini akan diaktifkan apabila terjadinya kecederaan sel dan juga haba yang panas. Reseptor ini kemudiannya akan menghantar isyarat sakit bercampur rasa panas kepada sistem saraf.
Namun yang demikian, Capsaicin juga berupaya untuk mengaktifkan reseptor ini, menghasilkan gabungan isyarat haba dan sakit.
Selain capsaicin, terdapat juga beberapa kompaun semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang lain yang berupaya untuk memberikan rasa pedas dan panas yang sama. Antaranya adalah piperine dalam lada hitam, gingerol dalam akar halia dan juga kompaun allyl isothiocyanate dalam lobak kuda.
Makan ayam goreng pedas: Mengukur tahap kepedasan
Satu skala ukuran digunakan untuk mengukur rasa pedas pada cili dan lada iaitu skala Scoville. Skala Scoville telah direka oleh seorang ahli farmasi dari Amerika Syarikat dan ia berfungsi dengan cara mengukur kepekatan kompaun capsaicinoid.
Cara kepekatan kompaun ini diukur dalam sesuatu bahan adalah dengan menggunakan High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Unit yang diguna pakai untuk skala ini adalah Scoville Heat Unit (SHU).
Untuk melihat perbezaan antara SHU lada yang berbeza, berikut merupakan SHU untuk tumbuh-tumbuhan tertentu:
- 0 – 100 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada kembung dan Pimento.
- 100 – 1000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada pisang (banana pepper) dan juga Cubanelle.
- 1000 – 10,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada Guajillo dan juga Jalapeno.
- 10,000 – 100,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada Malagueta dan juga lada Cayenne.
- 100,000 – 350,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Habanero dan juga lada Scotch Bonnet.
- 350,000 – 800,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Savina merah (Red savina) dan juga chocolate habanero.
- 800,000 – 3,200,000 SHU
Contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Carolina reaper, Pepper X dan juga lada Dragon’s breath.
Baca juga: