Sementara itu, ujian pengimejan seperti sinar-X dan pengimbas MRI jarang sekali diperlukan untuk mengesan kecederaan otot. Salah satu mungkin diperlukan hanya untuk mengesan lain-lain kemungkinan punca kesakitan seperti kepatahan tulang atau hernia cakram intervetebral sekiranya keadaan-keadaan tersebut disyaki. Bagi pesakit yang mempunyai sejarah kanser ataupun kecederaan fizikal (trauma), ujian pengimejan yang utama diperlukan sebagai pengamalan kebiasaannya. Contohnya sinar-X akan dijalankan dahulu dan pengimbas MRI akan diarahkan sekiranya terdapat sesuatu yang membimbangkan berdasarkan imej sinar-X.
Bagaimanakah ketegangan pinggang dirawat?
Ketegangan pinggang mungkin akan terasa sangat menyakitkan dan merunsingkan. Tetapi, ada berita baik bagi kebanyakan kes kerana ia biasanya akan sembuh dengan sendiri selepas satu tempoh masa tertentu. Untuk mempercepatkan lagi penyembuhan, anda hendaklah:
- Tuamkan ais pada pinggang anda untuk mengurangkan kesakitan dan kebonjolan sebaik sahaja selepas kecederaan berlaku. Lakukan selama 20-30 minit setiap 3-4 jam untuk selama 2-3 hari. Anda juga boleh menuamkan dengan ais pada belakang pinggang anda setiap kali selepas aktiviti fizikal
- Tuamkan dengan haba pada belakang anda – tetapi hanya selepas 2-3 hari selepas anda menuamkannya dengan ais. Gunakan haba untuk belakang pinggang sebaik sahaja bengkak sudah surut. Anda juga boleh menggunakan pad pemanas elektrik atau air panas di dalam botol. Atau anda juga boleh dengan hanya berendam di dalam air panas
- Sila ambil ubat penahan sakit ataupun ubat-ubatan yang lain yang dicadangkan oleh doktor anda. Ubat penahan sakit / keradangan bukan steroid seperti Advil, Aleve atau Motrin akan membantu meredakan sakit ketegangan pinggang dan bengkak. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingannya. Ia seharusnya digunakan apabila diperlukan sahaja kecuali apabila doktor mengarahkan anda melakukan sebaliknya. Pengambilan ubat penahan sakit dan ubat relaksan otot adakalanya diperlukan
- Gunakan alat bantuan sokongan. Bertanyalah kepada doktor atau ahli terapi terlebih dahulu. Pertimbangkan untuk anda menggunakan tali pinggang khas atau bengkung untuk menyokong belakang badan anda. Gunakan untuk satu tempoh masa yang pendek atau hanya sewaktu untuk mengangkat beban yang berat yang berulang-ulang
- Dapatkan terapi fizikal untuk membina semula kekuatan, setelah doktor anda mencadangkannya. Jangan hanya terbaring di katil atau sofa sepanjang hari. Ia akan menjadikannya lebih teruk
- Kekalkan tona otot abdomen dan belakang dengan baik
Tidak kiralah apa yang orang kata, terlantar di katil tidak menyembuhkan. Ramai orang berpendapat, rawatan terbaik yang dapat melegakan sakit ketegangan pinggang adalah dengan berbaring sehingga baik. Tetapi, menurut kajian, ia tidak dapat membantu anda. Sebaliknya, selepas anda berehat (dari aktiviti) selepas sehari dua, anda disarankan untuk memulakan aktiviti ringan.
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas ketegangan pinggang?
Berikut adalah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang dapat membantu anda yang ketegangan pinggang;
Apapun yang anda lakukan, jangan melakukannya dengan gopoh, Jangan kembali kepada keaktifan anda sebelum ini sehinggalah:
- Anda boleh bergerak dengan mudah seperti sediakala
- Anda tidak merasakan kesakitan apabila membengkok badan, memusing badan, berjalan, lari dan melompat
Di sini, terdapat beberapa tips untuk mengelakkan ketegangan pinggang:
- Jika anda merasakan sakit pinggang sewaktu melakukan aktiviti, maka berhenti dengan segera
- Jika anda merasakan sakit pinggang dalam masa sehari selepas aktiviti bersenam, berehatlah dari aktiviti itu selama beberapa hari
- Jaga bentuk badan anda. Bersenam dan membuat regangan pada otot belakang anda secara berkala
- Elakkan anda tidur meniarap. Tidurlah secara berbaring atau mengiring, dan letakkan bantal di antara dua kaki anda
- Jika anda ingin mengangkat sesuatu beban yang berat, bengkokkan lutut, bukan pinggang anda
- Kurangkan berat badan sekiranya anda seorang yang gemuk
- Dapatkan postur badan yang betul. Duduk pada kerusi dengan tulang belakang anda selari dengan belakang kerusi
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan kefahaman lebih baik tentang penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perundingan kesihatan, diagnosis ataupun rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen