brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tengkuk? 6 Cara Untuk Hilangkan Dengan Pantas!

Selalu dengar orang kata tiada masa untuk sakit kepala sahaja bukan? Bagaimana pula dengan sakit di tempat lain seperti tengkuk? Ini dia antara cara hilangkan sakit tengkuk anda boleh cuba amalkan!

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tengkuk? 6 Cara Untuk Hilangkan Dengan Pantas!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot Dan Tulang, anda boleh klik di sini.

Apa gejala, punca dan kesan sakit tengkuk?

Sesuai dengan nama kondisi ini, ia akan membawa rasa sakit, lenguh, berat dan tidak selesa pada tengkuk. Namun, kesakitan itu juga mungkin boleh menyebar ke leher, bahu serta kepala.

Kesakitan ini mungkin boleh digambarkan dengan sensasi seperti dicucuk jarum atau ditekan beban yang berat di tengkuk. Ia berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan masing-masing.

Hampir semua orang pernah atau sering mengalami masalah ini dalam hidup yang berpunca akibat masalah berikut:

cara hilangkan sakit tengkuk

Dalam pada itu, ia mungkin akan terpengaruh oleh beberapa lagi faktor risiko berkaitan dengan gaya hidup termasuk:

Akibatnya, tengkuk anda akan mengalami rasa sakit dan tidak selesa yang menyebalkan lantas menjejaskan kualiti aktiviti seharian sekali gus kehidupan anda secara keseluruhan!

Bagaimana cara nak hilangkan sakit tengkuk?

Setelah menjalani pemeriksaan dengan doktor, anda mungkin akan dibekalkan dengan perubatan tahan sakit seperti paracetamol, ibuprofen dan naproxen bagi melegakan rasa sakit itu.

Wujud juga terapi fizikal termasuk fisioterapi untuk mengembalikan kesejajaran tulang dan otot pada tengkuk supaya kesakitan di kawasan sekitar itu dapat dikurangkan pada kadar optimum.

Sekiranya anda ingin cuba amalkan cara nak hilangkan sakit tengkuk yang tradisional, boleh cuba petua di bawah:

#1. Tuam pek sejuk atau panas di tengkuk

Cara hilangkan sakit bahu dan leher yang pertama adalah dengan menuamkan ia dengan pek sejuk atau panas.

Kedua-dua cara ini mampu mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan kelancaran darah pada tengkuk lalu mengurangkan rasa tidak selesa yang telah sekian lama anda alami.

cara hilangkan sakit tengkuk

Cara hilangkan sakit tengkuk #2. Urutan

Kedua, anda juga boleh cuba melakukan urutan yang lembut dan perlahan pada kawasan tengkuk. Dengannya, anda akan mampu untuk melegakan ketegangan otot di kawasan sekitar.

Adalah lebih baik jika urutan dilakukan dengan ramuan minyak urut khas agar bahagian itu lebih licin. Sebaiknya, dapatkan khidmat urut daripada pakar atau profesional kalau kurang yakin.

Cara hilangkan sakit tengkuk #3. Regangan

Ketiga, sedikit aktiviti regangan atau senaman pada intensiti rendah boleh membantu mengurangkan kesakitan pada tengkuk. Namun, pastikan ia dilakukan pada waktu dan kadar ideal.

Contohnya, anda boleh cuba aktiviti menolak bahu ke hadapan dan ke belakang selain menggerakkan leher secara membulat dalam usaha untuk meminimumkan rasa sakit pada tengkuk anda.

#4. Akupuntur adalah antara petua terbaik?

Menurut kepercayaan masyarakat kita, mencucuk jarum kecil pada titik tertentu di tubuh badan itu sangat bagus!

Dikenali dengan nama akupuntur, ia dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada kawasan yang diingini. Pun begitu, belum ada kajian saintifik yang mampu mengesahkan keberkesannya.

#5. Betulkan postur tubuh dan posisi tidur

cara hilangkan sakit tengkuk

Seperti yang telah dikatakan di atas tadi, sakit tengkuk turut disebabkan oleh posisi tidur dan postur tubuh yang tidak ideal. Untuk mengelakkan masalah ini terjadi, ia perlu diubah.

Jika sebelum ini anda asyik jalan membongkok dan tidur meniarap, cuba berjalan dengan tegak dan berbaring telentang agar tiada tekanan berlebihan wujud pada tengkuk anda.

#6. Kurangkan stres fizikal dan mental

Terakhir, kalian harus mengurangkan tekanan tidak kira dari segi fizikal atau mental agar tiada tekanan yang timbul.

Caranya adalah dengan berlatih teknik bernafas, membuat jadual bekerja, mengelak tabiat bertangguh serta pelbagai petua lain agar kesihatan fizikal dan mental anda sentiasa terjaga.

Konklusinya, kesakitan pada tengkuk anda itu mungkin disebabkan oleh macam-macam punca dan faktor risiko yang ringan, sederhana atau teruk!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu