backup og meta

Slipped Disc: Gelinciran Cakera yang Menyebabkan Sakit Belakang

Slipped Disc: Gelinciran Cakera yang Menyebabkan Sakit Belakang

Apabila bercakap tentang sakit belakang, antara perkara pertama yang difikirkan ialah slipped disc atau gelinciran cakera. Sebenarnya, kebanyakan sakit belakang berpunca daripada tekanan yang kuat ke atas tulang belakang dan akan hilang selepas beberapa minggu. Ia disebut sebagai sakit belakang biasa.

Slipped disc bukanlah keadaan yang sangat kerap berlaku jika dibandingkan dengan punca sakit belakang yang lain dan ia mungkin lebih serius berbanding sakit biasa.

Apa itu slipped disc/ gelinciran cakera?

Tulang belakang manusia terdiri daripada 26 tulang bermula dari leher hingga ke pinggul. Antara tulang ini terdapat cakera atau disc yang berfungsi membantu pergerakan tulang belakang dengan menyerap tekanan serta mengelakkan tulang bergeser antara satu sama lain yang boleh menyebabkan rasa sakit.

Cakera tersebut mempunyai dua bahagian iaitu bahagian dalam yang lembut dan bahagian keras di luar. Slipped disc berlaku apabila bahagian luar menjadi lemah atau koyak menyebabkan bahagian dalam tergelincir keluar. Rasa sakit berlaku apabila cakera tersebut menekan urat saraf berhampiran. Sakit juga mungkin disebabkan oleh dua tulang belakang yang bergeser antara satu sama lain.

Sakit belakang menjalar

Kebiasaannya, mereka yang mengalami slipped disc akan mengadu sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, paha, dan kadangkala betis. Dalam kes yang lebih teruk, mereka mungkin mengalami lemah otot dan rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Ada juga kes di mana individu terbabit tidak dapat menahan air kencing dan najis. Keadaan seperti ini memerlukan pembedahan disebabkan tekanan yang serius ke atas urat saraf.

Jika anda melakukan kerja-kerja fizikal yang berat atau terlibat dalam sebarang kemalangan dan mengalami rasa sakit belakang seperti yang disebutkan di atas, mendapatkan nasihat perubatan ialah jalan yang paling selamat terutamanya jika sakit tersebut tidak hilang selepas sebulan.

Slipped disc boleh diuruskan dengan baik jika rawatan awal diberikan. Jika bertangguh, urat saraf yang terbabit mungkin akan mengalami kecederaan yang lebih serius.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sakit Belakang Angkara Slipped Disc – http://www.mmgazette.com/sakit-belakang-angkara-slipped-disc-dr-ahmad-mahyuddin/

Do I Have a Herniated Disc? – https://www.webmd.com/pain-management/do-i-have-a-herniated-disk#1

Slipped (Herniated) Disc – https://www.healthline.com/health/herniated-disk

Versi Terbaru

16/04/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!

7 Nutrien Ini Perlu Ada Untuk Membina Tulang Yang Kuat, Ini Cara Untuk Anda Dapatkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 16/04/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan