backup og meta

Jus Ceri Mampu Mengurangkan Risiko Gout?

Jus Ceri Mampu Mengurangkan Risiko Gout?

Benarkah jus ceri memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat gout? Ia adalah sejenis artritis yang kebiasaannya akan menjejaskan sendi periferal yang menyebabkan bengkak kaki serta menjejaskan lutut, siku, ibu jari atau jari.

Lelaki lebih cenderung untuk mendapat gout berbanding wanita, walaupun wanita selepas menopaus juga mengalami peningkatan risikonya.

Ceri dan Gout

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pesakit gout yang menggunakan ceri dalam tempoh dua hari menunjukkan risiko serangan gout lebih rendah sebanyak 35% berbanding dengan mereka yang tidak memakannya.

Jus ini juga boleh memberi manfaat kepada penyakit gout kerana ia mempunyai sifat anti keradangan dan antioksidan yang kuat.

Percubaan klinikal membuktikan sifat-sifat antiradang yang membantu mengurangkan kesakitan dan pembengkakan gaut.

Kajian juga menunjukkan bahawa minuman ini boleh mengurangkan paras asid urik dalam darah yang boleh menyumbang kepada manfaat bagi penyakit gout.

Antara manfaat jus ceri adalah:

  • Mengurangkan keradangan

Ceri mengandungi bahan kimia tumbuhan yang telah terbukti mempunyai kesan antiradang.

Kesan ini boleh membantu dalam mengurangkan keradangan bagi pesakit gout.

Ciri-ciri antiradang ceri telah terbukti berbanding ubat-ubatan antiradang tanpa steroid (NSAID) yang kebanyakannya digunakan dalam rawatan gout.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa minuman ini meminimumkan penanda radang (sebatian bio-kimia yang dikeluarkan di dalam badan akibat keradangan) dalam kesihatan.

  • Mengurangkan kesakitan

Jus ceri telah terbukti mengurangkan kesakitan melalui latihan dalam kajian klinikal berbanding dengan plasebo.

Satu kajian yang dijalankan oleh Tall et al. al., membuktikan minuman ini boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh keradangan.

Jus ini juga mempunyai sifat melegakan kesakitan dengan mengurangkan kapasiti keradangan dan tekanan oksidatif.

Penggunaan NSAID untuk melegakan kesakitan dikaitkan dengan banyak kesan sampingan.

Oleh itu, penggunaan air ini untuk melegakan kesakitan adalah pilihan yang lebih selamat untuk melawan sakit gout.

  • Manfaat antioksidan

Jus ceri adalah antioksidan yang kuat. Antosianin yang terdapat dalam minuman ini bertanggungjawab untuk kesan antioksidan.

Jus ini telah ditunjukkan untuk mengurangkan tekanan oksidatif (ketidakseimbangan antara pembentukan dan pelepasan spesies oksigen reaktif yang menyebabkan kerosakan sel) dalam kesihatan.

Pesakit gout didapati mempunyai lebih banyak tekanan oksidatif dan kesan antioksidan jus ceri boleh membantu dalam pengurangan tekanan.

  • Mengurangkan serangan gout berulang

Serangan gout berulang adalah masalah utama bagi pesakit gout. Disebabkan itu, kesan pengambilan jus ceri terhadap serangan itu juga dijaki secara meluas.

Percubaan klinikal yang dijalankan oleh Zhang Y et. al., menunjukkan 35% daripada pengurangan serangan gout dalam kumpulan pesakit gout pada jus ceri apabila dibandingkan dengan sekumpulan pesakit gout tanpa pengambilan jus ceri.

Penyelidikan juga menunjukkan pelbagai jenis ceri juga telah memberi manfaat dalam mengurangkan serangan gout.

  • Menurunkan asid urik dalam darah

asid-urik-punca-masalah-kesihatan

Keadaan ini disebabkan oleh mengurangan pengeluaran asid urik atau peningkatan dalam penghapusan urik asid daripada badan.

Kajian haiwan juga menunjukkan bahawa jus ceri dapat mengurangkan paras asid urik dalam gout.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 5 Benefits of Cherry Juice in Gout (Science Backed) https://www.naturalarthritistreatments.net/gout/5-benefits-of-cherry-juice-in-gout-science-backed Accessed on Aug 27, 2018.

Versi Terbaru

11/08/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Bukan Orang Dewasa Sahaja, Kanak-kanak Turut Berisiko Menghidapi GOUT!

Vitamin C (Asid Askorbik)


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan