Benarkah tidur mempengaruhi tekanan darah?
Terdapat hubungan jelas antara jumlah tidur seseorang dengan risiko tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang tidur kurang dari enam jam pada waktu malam adalah 20% lebih mungkin mempunyai hipertensi. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mendapatkan jumlah tidur yang disyorkan setiap malam.
Dalam kajian lain, penyelidik mendapati bahawa orang yang hanya tidur enam jam pada waktu malam sebelumnya menunjukkan mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi pada hari yang berikutnya berbanding mereka yang mendapat tidur malam yang baik. Kekurangan tidur yang berterusan boleh menambahkan lagi kesannya. Tanpa tidur yang betul bagi mencergaskan semula tubuh boleh menyebabkan diri anda tertekan tanpa menyedarinya sehinggia ia sudah terlambat.
Jika anda mengalami tidur apnea (keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika), mengalami hipertensi boleh menambahkan sakit kepala. Tidur apnes ini biasanya disebabkan oleh belakang tekak melegakan dan mengehadkan aliran udara ke dalam badan. Bagi mereka yang menghidap tidur apnea ini lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi.
Apabila anda mengalami hipertensi bersama tidur apnea, oksigen mengalir melalui tubuh sangat berkurang. Tidur apnea boleh meningkatkan tekanan darah dengan mengurangkan oksigen yang anda dapatkan. Semakin tinggi tekanan darah meningkat, semakin berisiko anda menghidap masalah kesihatan yang serius seperti kegagalan jantung kongestif dan strok.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen