backup og meta

Awas Kaum Hawa! Gejala Berikut Tanda Anda Alami Serangan Jantung

Awas Kaum Hawa! Gejala Berikut Tanda Anda Alami Serangan Jantung

Simptom serangan jantung pada wanita tidaklah selalunya sama seperti lelaki, seperti rasa sakit dada yang menular ke tangan.

Wanita boleh mengalami simptom sama seperti itu, tetapi simptomnya boleh menjadi sangat ringan sehingga mereka mungkin terlepas pandang.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Punca berlakunya serangan jantung pada wanita

Plak yang terkumpul dalam saluran koronari menghalang peredaran darah ke jantung, mengakibatkan heart attack.

Perokok tegar, individu yang mempunyai stres yang tinggi dan golongan yang terlalu obes adalah berisiko tinggi terhadap serangan jantung.

Penyakit jantung dianggarkan sebagai pembunuh nombor satu di kalangan wanita.

Oleh sebab itu ia adalah penting kepada wanita, dan lelaki juga, untuk memahami tanda dan simptom dengan betul, membuat janji temu dengan doktor anda secara berkala, dan mengetahui sejarah kesihatan keluarga.

serangan jantung pada wanita

Simptom serangan jantung

Sakit dada atau rasa tidak selesa

Ini merupakan simptom serangan jantung yang paling selalu terjadi; walaupun begitu, bagaimana wanita mengalaminya mungkin berbeza berbanding lelaki. 

Simptomnya mungkin adalah seperti rasa seperti ditekan atau sesak dada, dan rasa sakit mungkin bukan hanya di sebelah kiri, tetapi ia boleh terjadi di mana-mana kawasan dada.

Simptom tersebut, secara umumnya, dipercayai adalah rasa amat tidak selesa. Sesetengah pakar kardiologi menyatakan bahawa wanita mungkin mempunyai simptom yang lain, seperti loya, pendek nafas.

Gejala serangan jantung pada wanita #Pendek nafas, loya, pening

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar bernafas tanpa sebab tertentu, anda mungkin mempunyai serangan jantung, terutamanya jika ia berlaku dengan satu atau lebih simptom yang lain.

Ia berasa seperti anda baru lepas berlari maraton, tetapi anda tidak melakukan sebarang pergerakan.

Baca juga:

Sakit pada tangan, belakang, leher, rahang atau perut

Wanita selalunya mengalami simptom sebegini berbanding lelaki.

Rasa sakit tersebut bukan saja dirasakan pada dada dan tangan kiri tetapi juga pada rahang atau belakang badan yang boleh mengelirukan.

Rasa sakit tersebut boleh datang sedikit demi sedikit atau datang sekali gus, dan ia mungkin terdapat masa yang tinggi dan rendah sebelum ia menjadi sangat menyakitkan.

Kesakitan tersebut boleh mengejutkan anda sekiranya anda sedang tidur.

Pakar kardiologi menasihatkan agar individu yang mengalami simptom yang tidak boleh dijelaskan pada mana-mana bahagian badan atas daripada pinggang anda harus memberitahu doktor mereka dengan segera.

Dalam kes sakit perut, ia selalunya disalah ertikan dengan ulser perut, pedih ulu hati atau selesema berbanding tanda-tanda heart attack

Pakar kardiologi melaporkan bahawa wanita mungkin akan mengalami rasa tekanan pada abdominal yang serius yang dirasakan seperti terdapat binatang yang besar sedang duduk di atas perut mereka.

[embed-health-tool-heart-rate]

Keletihan, antara simptom serangan jantung pada wanita

Wanita yang mempunyai serangan jantung mungkin akan dibelenggu dengan rasa kelesuan yang kuat, walaupun apabila mereka tidak melakukan sebarang pergerakan.

Sesetengah pesakit melaporkan bahawa mereka selalunya berasa letih pada dada mereka dan tidak boleh melakukan aktiviti ringan.

Berpeluh

Simptom ini berbeza dengan berpeluh yang anda dapat semasa melakukan senaman atau ketika berada di persekitaran yang panas; ia lebih kepada berpeluh yang berkaitan dengan stres.

serangan jantung pada wanitaCegah serangan jantung pada wanita dengan menjaga kesihatan diri

Anda boleh mencegah penyakit jantung dengan:

  • Berhenti merokok. Setahun tidak merokok bersamaan dengan pengurangan risiko penyakit jantung koronari
  • Anda boleh mengurangkan risiko strok dan serangan jantung dengan memperuntukkan setengah jam setiap hari dengan berjalan kaki
  • Pastikan anda makan makanan yang sihat, seperti daging yang kurang lemak ataupun sayur-sayuran, ke dalam diet anda

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms of a Heart Attack. https://www.goredforwomen.org/about-heart-disease/symptoms_of_heart_disease_in_women/symptoms-of-a-heart-attack/. Accessed August 21, 2017.
  2. Heart Attack Symptoms in Women. http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HeartAttack/WarningSignsofaHeartAttack/Heart-Attack-Symptoms-in-Women_UCM_436448_Article.jsp#.WZpiZ1EjHIU. Accessed August 21, 2017.
  3. Heart disease in women: Understand symptoms and risk factors. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-disease/art-20046167, accessed on Feb 24, 2022.
  4. 3 Heart Attack Signs Women Shouldn’t Ignore. https://health.clevelandclinic.org/women-dont-ignore-3-subtle-heart-attack-symptoms/, accessed on Feb 24, 2022.
  5. Heart attack. https://www.nhs.uk/conditions/heart-attack/symptoms/, accessed on Feb 24, 2022.

 

Versi Terbaru

24/02/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Nak Ubati Sakit Kegagalan Jantung? Cuba Pilihan Rawatan Terbaik Ini!

Gemar Minum Air Kosong? Tabiat Ini Juga Bahaya, Boleh Buat Kegagalan Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 24/02/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan