backup og meta

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Serangan jantung berpotensi menjadi antara punca kematian buat sesetengah individu. Tetapi, tahukah anda tanda amaran penyakit jantung juga boleh dilihat melalui perubahan pada kulit?

Ya, kondisi kulit yang tertentu boleh menjadi petunjuk terhadap kesihatan jantung yang perlu anda perhatikan!

Tanda-tanda amaran ini boleh muncul di kulit dan kuku anda, sebab itulah pakar dermatologi mungkin menjadi doktor pertama yang akan menyedari anda menghidap penyakit jantung.

Apa itu penyakit jantung?

penyakit jantung

Penyakit jantung dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang menyerang tanpa mengira latar belakang mangsanya.

Jantung adalah organ penting  badan yang berfungsi untuk mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada organ-organ lain dan setiap anggota badan.

Selain itu, penyakit jantung koronari ini boleh berlaku akibat gangguan bekalan oksigen pada otot jantung.

Ia sering disebabkan oleh kerosakan dinding saluran darah atau pengumpulan kolesterol pada dinding lalu menyebabkan saluran darah menjadi sempit ataupun tersumbat.

Pengambilan makanan yang tidak sihat, kurang bersenam, dan tabiat merokok sering kali menyebabkan terjadinya masalah jantung.

Bukan itu sahaja, masalah tekanan darah tinggi, jangkitan, dan kecacatan kelahiran juga boleh berlaku jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Apa petanda penyakit jantung yang boleh kelihatan pada kulit?

Seperti yang dinyatakan pada awal artikel, penyakit jantung boleh dilihat pada kulit si penghidapnya.

Ini perubahan yang berlaku pada kulit jika anda menghidap sakit jantung:

#1 Tompok gelap di bawah kuku

Sekiranya anda tidak mengalami sebarang kecederaan pada kuku jari tangan atau kaki tetapi masih mempunyai tompok-tompok kecil darah yang terperangkap di bawah kuku, ini salah satu tandanya.

Ia menunjukkan jangkitan pada lapisan jantung atau injap, yang disebut endokarditis.

Anda juga boleh mendapat tompokan darah ini ketika menghidap diabetes, dan mereka dengan keadaan itu 2 sehingga 4  kali lebih berisiko mengalami penyakit jantung dan strok.

#2 Perubahan warna kulit

Warna biru atau kelabu pada jari tangan dan kaki mungkin disebabkan oleh peredaran darah dengan masalah oksigen yang lemah.

Ini sering disebabkan oleh kecacatan jantung ketika dilahirkan, saluran darah sempit atau tersumbat.

Selain itu, corak seakan renda, berbintik-bintik ungu muncul ketika potongan plak kolesterol terbentuk, kemudian tersekat di saluran darah yang kecil.

#3 Bengkak kaki

penyakit jantung

Bengkak di kaki adalah tanda amaran penyakit jantung yang mungkin sudah anda ketahui, kerana ini adalah salah satu gejala yang paling biasa berlaku.

Di samping itu, masalah bengkak ini sering terjadi bagi pesakit diabetes dan ia juga dapat menunjukkan fungsi jantung yang tidak betul.

Edema, istilah perubatan untuk pembengkakan, adalah penumpukan cairan yang mungkin disebabkan oleh peredaran darah yang lemah atau pembekuan darah.

Pembengkakan secara tiba-tiba yang tidak disebabkan oleh kecederaan adalah tanda pengumpulan cecair yang harus ditangani oleh golongan profesional dengan cepat, untuk memastikan jantung dapat berfungsi dengan baik.

#4 Kuku melengkung ke bawah dan hujung jari membengkak

Kelenturan menyebabkan kuku melengkung ke bawah. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami jangkitan jantung, penyakit jantung, atau masalah paru-paru.

Walaupun begitu, jika jari dan kuku anda kelihatan seperti ini, lebih baik untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk tahu jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan seperti penyakit paru-paru atau masalah jantung.

#5 Benjolan yang menyakitkan di jari tangan, kaki, atau kedua-duanya

Benjolan yang menyakitkan pada jari kaki disebut nod Osler. Ini menandakan anda mungkin mempunyai jangkitan pada jantung atau saluran darah.

Sekiranya anda mempunyai jangkitan jantung yang dikenali sebagai endokarditis infektif, benjolan yang menyakitkan ini boleh merebak ke jari tangan, kaki, atau di kedua-duanya.

Selain itu, masalah ini mampu bertahan selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Walaupun ia boleh hilang secara sendiri, pesakit akan masih memerlukan rawatan bagi jangkitan tersebut.

Ini kerana jangkitan ini adalah disebabkan oleh bakteria, dan ubat antibiotik sering dapat mengubatinya.

Namun kadangkala, pembedahan juga diperlukan untuk merawat sakit ini.

#6 Ruam, merekah dan bibir bengkak yang sering berdarah

Jika anak anda mempunyai masalah ruam, demam, dan bibir yang sangat kering, mereka mungkin mempunyai penyakit Kawasaki.

Apabila kanak-kanak mengalami ruam, demam, dan bibir kering yang merekah dan berdarah, penyakit Kawasaki adalah penyebabnya.

Penyakit yang menyerang saluran darah ini biasanya terjadi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan sehingga 5 tahun.

Walaupun penyakit ini dapat hilang dengan sendirinya dalam masa 12 hari tanpa rawatan, tapi ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, seperti penyakit jantung.

Tanda-tanda lain yang boleh muncul di kulit dan boleh menjadi tanda amaran penyakit jantung, termasuk:

  • Lingkaran bulat berwarna kelabu di sekitar bahagian mata
  • Perubahan pada lidah, seperti bengkak dan berubah menjadi warna merah terang
  • Kulit yang berubah warna

Sekiranya anda melihat tanda-tanda ini berlaku pada kulit anda, dinasihatkan agar anda melakukan janji temu dengan doktor.

Gejala-gejala ini mungkin tidak berbahaya, tetapi masih penting untuk diperiksa. Ingatlah penyakit jantung lebih mudah dirawat apabila dikesan dengan lebih awal.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms heart disease.https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118. Accessed 17 June 2022.
  2. Heart disease warning signs. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/heart-disease-warning-signs. Accessed 17 June 2022.
  3. Heart disease. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000775.htm. Accessed 17 June 2022.
  4. Heart Disease. https://thefhfoundation.org/early-signs-of-heart-disease. Accessed 17 June 2022.
  5. Heart disease warning signs. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/heart-disease-warning-signs. Accessed 17 June 2022.

Versi Terbaru

17/06/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Buat Pesakit Diabetes, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlupa Ambil Suntikan Insulin!

Ingin Jantung Yang Lebih Sihat? Amalkan SESUDU Minyak Zaitun Setiap Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan