backup og meta

Seks dan Jantung Anda

Seks dan Jantung Anda

Aktiviti seksual adalah sebahagian daripada kehidupan yang sihat. Walau bagaimanapun, pesakit penyakit jantung sering tertanya sama ada seks mempunyai kesan ke atas penyakit mereka atau tidak. Menurut Persatuan Jantung Amerika, ia adalah selamat untuk mereka yang mempunyai penyakit jantung, atau dikenali sebagai penyakit kardiovaskular, yang stabil untuk melakukan seks. Tetapi, terdapat sesetengah individu yang bimbang untuk melakukan seks, manakala terdapat juga yang berasa sukar untuk menikmati atau melakukan seks. Jadi, apakah perkaitan antara seks dan jantung anda?

Adakah seks satu senaman?

Jawapannya adalah Ya. Apabila anda melakukan seks, ia sebenarnya seperti anda melakukan senaman ringan ke sederhana. Oleh itu, jika anda boleh melakukan senaman berjalan pantas, sudah tentu anda boleh melakukan seks. Atau, jika anda boleh menaiki tangga yang banyak dan tinggi tanpa sebarang simptom, seperti berlakunya sakit jantung, maka anda boleh melakukan seks secara normal.

Melakukan hubungan seksual secara sederhana tidak akan membakar kalori harian anda. Hubungan seks yang dilakukan secara sederhana, sekitar 5-15 minit, adalah bersamaan dengan berjalan kaki selama 20 minit.

Adakah seks baik untuk jantung?

Sudah tentu. Satu kajian menunjukkan, sebagai contoh, lelaki yang melakukan hubungan seks sekali, atau kurang, dalam sebulan, cenderung untuk menghidapi penyakit jantung berbanding lelaki yang terlibat dalam seksual aktiviti dua kali seminggu (atau lebih). Kajian ini tidak membuktikan bahawa seks boleh mencegah penyakit kardiovaskular, tetapi menunjukkan bahawa seks memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat.

Seks dan penyakit jantung

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ingat jika anda didiagnos dengan penyakit jantung:

  • Dapatkan penilaian penuh daripada doktor sebelum anda boleh kembali melakukan seks
  • Jika anda pernah mengalami kegagalan jantung atau serangan jantung, pemulihan jantung dan aktiviti fizikal yang kerap boleh mengurangkan risiko komplikasi berkaitan aktiviti seks
  • Jika disfungsi seks berlaku, berbincang dengan doktor anda untuk melihat sama ada ia berkaitan dengan penyakit jantung atau faktor lain

Bilakah tempoh selamat untuk kembali melakukan seks?

Jika anda baru didiagnosis dengan serangan jantung, atau menjalani pembedahan jantung, anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengetahui masa yang sesuai untuk kembali melakukan seks.

Dalam sesetengah kes, seks perlu dielakkan untuk tempoh yang tertentu, terutama jika anda menderita akibat masalah jantung atau mengalami simptom tertentu, seperti sakit dada, apabila melakukan aktiviti fizikal. Hindari seks sehingga anda pulih daripada simptom sepenuhnya. Jika anda baru menjalani pembedahan jantung, tunggu sehingga pembedahan itu pulih sepenuhnya sebelum melakukan seks.

Masalah seksual

Masalah jantung boleh menyebabkan perubahan fizikal yang cenderung menyebabkan masalah seksual. Sebagai contoh, sesetengah individu mungkin akan hilang minat seperti sebelumnya. Individu lelaki mungkin menderita akibat disfungsi erektil, manakala bagi individu wanita, mungkin akan berdepan isu seperti kekeringan vagina. Dalam kes seperti ini, anda perlu membuat temu janji dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bersesuaian dengan anda. Doktor akan mencadangkan anda beberapa ubatan untuk masalah seksual ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 Common Questions About Sex and Your Heart. https://health.clevelandclinic.org/2014/02/5-common-questions-about-sex-and-your-heart/. Accessed August 4, 2017

Sex and Your Heart – Topic Overview. http://www.webmd.com/heart-disease/tc/sex-and-your-heart-topic-overview#1. Accessed August 4, 2017

Versi Terbaru

03/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Soal Jawab Doktor: Kenapa Selalu Rasa Nak Pitam Setiap Kali Bangun Dan Berdiri?

Jantung Rasa Berdebar? Ini Boleh Jadi Puncanya, #5 Faktor Biasa Untuk Kaum Hawa


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan