home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Perentak Jantung (Pacemaker) Berfungsi?

Bagaimana Perentak Jantung (Pacemaker) Berfungsi?

Perentak jantung (pacemaker) merupakan alat elektronik yang membantu jantung berdetak dengan normal. Antara keperluan penggunaan perentak jantung adalah heart block dan bradikardia. Pendetak jantung memantau dan merawat rima jantung agar anda dapat menjalani kehidupan yang normal.

Apa itu Bradikardia?

Bradikardia adalah denyutan jantung yang perlahan, biasanya kurang daripada 60 denyutan seminit. Oleh kerana ruang jantung anda tidak mengalami kontraksi dengan kekerapan yang mencukupi untuk membekalkan jumlah darah yang betul, tubuh anda tidak mendapat oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Akibatnya, anda mungkin berasa letih atau pening, mempunyai sesak nafas, atau pengsan.

Bagaimana Perentak Jantung (Pacemaker) Berfungsi

Alat perentak jantung mengandungi komputer dengan bateri kecil, yang biasanya dipasang dalam dada anda, dan satu atau dua wayar, yang disambungkan kepada alat tersebut. Perentak jantung terus memantau rima jantung anda dan menyampaikan tenaga elektrik (seperti yang diprogramkan oleh doktor anda) untuk mempercepatkan jantung anda jika ia berdegup terlalu perlahan.

Perentak jantung anda juga menyimpan maklumat mengenai jantung anda. Ini membolehkan doktor anda menilai terapi yang ditetapkan untuk rima jantung anda dan mengubah tetapan perentak jantung jika perlu.

Bateri Perentak Jantung (Pacemaker)

Seperti mana-mana bateri, bateri perentak jantung anda akan kehabisan. Disebabkan bateri tersebut terkandung dalam perentak jantung secara kekal, ia tidak boleh digantikan apabila tenaganya habis. Jadi jika bateri anda habis, seluruh alat perentak jantung anda perlu diganti. Hayat bateri ini bergantung pada tetapan program doktor anda dan berapa banyak terapi yang anda terima.

Perentak jantung anda akan selalu memeriksa baterinya sendiri. Di samping itu, doktor anda akan menyemak untuk melihat berapa banyak tenaga bateri anda yang tersisa pada setiap lawatan susulan.

Risiko Implantasi Perentak Jantung

Walaupun komplikasi jarang berlaku, penting untuk mengetahui bahawa terdapat risiko yang berkaitan dengan implantasi sebarang alat. Anda harus berbincang dengan doktor tentang risiko-risiko ini, termasuk yang berikut.

Beberapa risiko yang dihadapi semasa prosedur implan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:

  • Pendarahan
  • Pembentukan darah beku
  • Kerosakan kepada struktur berdekatan (tendon, otot, saraf)
  • Tertusuk pada paru-paru atau vena
  • Kerosakan jantung (penembusan atau kerosakan tisu)
  • Aritmia berbahaya
  • Serangan sakit jantung
  • Strok
  • Kematian

Beberapa risiko yang dihadapi selepas sistem perentak jantung dimasukkan termasuklah:

  • Anda mungkin mengalami jangkitan
  • Anda mungkin mengalami hakisan kulit berhampiran peranti anda
  • Perentak jantung boleh bergerak daripada tapak implan asal
  • Elektrod mungkin bergerak keluar dari jantung
  • Elektrod mungkin menyebabkan kesan kerengsaan atau merosakkan pada tisu sekitarnya, termasuk tisu jantung dan saraf
  • Anda mungkin menghadapi kesukaran menghadapi alat peranti yang diimplan
  • Alat ini mungkin dihalang daripada berdetak kerana gangguan elektromagnet
  • Anda mungkin menerima terapi perentak apabila tidak diperlukan
  • Alat ini mungkin tidak dapat mengesan atau merawat rima jantung anda dengan sewajarnya
  • Kerosakan alat boleh mengganggu terapi

Pastikan anda berbincang dengan doktor anda supaya anda memahami sepenuhnya semua risiko dan faedah yang berkaitan dengan implantasi sistem perentak jantung. Doktor anda akan bekerjasama dengan anda untuk menentukan jenis perentak jantung yang terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.nhlbi.nih.gov/node/3465

http://www.bostonscientific.com/en-US/patients/about-your-device/pacemakers/how-pacemakers-work.html

https://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/test_procedures/cardiovascular/pacemaker_insertion_92,P07980

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 09/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x