backup og meta

Cara Mudah Atasi Masalah Salur Darah Tersumbat, Awasi Apa Yang Anda Makan!

Cara Mudah Atasi Masalah Salur Darah Tersumbat, Awasi Apa Yang Anda Makan!

Jika anda pernah menghidapi penyakit jantung, mungkin anda akan lebih prihatin mengenai cara mengatasi saluran darah tersumbat.

Sebenarnya, sukar untuk kita membuang plak yang telah terbentuk pada dinding arteri. Malah, ia merupakan sesuatu yang mustahil tanpa rawatan yang invasif.

Oleh sebab itu, pencegahan merupakan cara mengatasi saluran darah tersumbat yang terbaik.

Tidak ada cara lain untuk mengatasi masalah saluran darah tersumbat selain melakukan perubahan dari segi pemakanan untuk mengelakkan penyakit aterosklerosis pada masa akan datang.

Makanan adalah salah satu cara mengatasi saluran darah tersumbat?

cara mengatasi saluran darah tersumbat

Mungkin anda pernah terlihat beberapa produk di pasaran yang dikatakan boleh membersihkan saluran darah yang tersumbat.

Untuk pengetahuan anda, buat masa ini masih belum ada lagi ubat-ubatan semula jadi yang boleh menghilangkan plak pada kawasan salur darah. 

Malah, kajian yang sedia ada juga tidak menyokong pengambilan makanan tertentu untuk membersihkan saluran darah.

Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan terhadap haiwan menunjukkan dapatan yang baik dan mungkin digunakan di dalam bidang perubatan pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, langkah yang terbaik untuk membendung masalah salur darah tersumbat adalah melalui pemakanan yang sihat

Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan plak daripada terbentuk dengan lebih banyak pada masa akan datang.

Menurut pakar dietetik Julia Zumpano dari Cleaveland Clinic, ada makanan yang boleh merendahkan risiko penyakit kardiovaskular jika diambil dengan kerap. 

Beliau juga menyarankan agar semua orang mengambil makanan dalam bentuk semula jadi dan terus daripada tanah.

Ini bermaksud, kita haruslah makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin penuh dan makanan lain seperti ikan yang merupakan sumber lemak yang sihat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh tambahkan makanan seperti daging yang bukan diproses ataupun susu ke dalam diet harian anda untuk mendapatkan nutrisi yang lebih langkap.

Makanan terbaik untuk kesihatan jantung anda!

cara mengatasi saluran darah tersumbat

Diet memainkan peranan yang penting dalam kesihatan jantung anda.

Malah, dengan diet yang sihat, risiko anda untuk mengalami pembentukan plak dalam saluran darah akan berkurangan.

Tidak ada istilah sudah terlambat jika anda ingin mengubah cara pemakanan ke arah yang lebih sihat.

Jika anda terus mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan kurang lemak, tidak mustahil sebarang kerosakan yang berlaku pada jantung dapat dipulihkan.

Tetapi, apakah makanan yang terbaik sebagai cara mengatasi saluran darah tersumbat?

Semak senarai di bawah untuk periksa sama ada anda mengamalkan diet yang sihat ataupun tidak:

  1. Tambah lebih banyak lemak yang sihat di dalam makanan. Lemak ini turut dikenali dengan nama lemak tidak tepu. Ia boleh didapati di dalam makanan seperti avokado, kekacang dan ikan.
  2. Kurangkan pengambilan lemak tepu seperti daging dan produk tenusu. Cuba pilih potongan daging yang kurang lemak dan tambah sayur dalam makanan.
  3. Elakkan pengambilan lemak trans. Selalunya, lemak trans boleh didapati di dalam makanan yang diproses seperti biskut dan kek.
  4. Makan lebih banyak serat. Pengambilan serat dapat mengurangkan kolesterol LDL dalam badan.
  5. Kurangkan gula dalam makanan. Seperti yang kita tahu, pengambilan gula yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti diabetes jenis 2. Elakkan mengambil terlalu banyak snek, biskut, gula-gula dan minuman berkarbonat untuk pastikan jantung sentiasa sihat.

Sebenarnya, diet yang sihat bukanlah satu-satunya cara mengatasi saluran darah tersumbat.

Senaman juga mempunyai kebaikan yang sama seperti pemakanan yang sihat.

Oleh sebab itu, senaman dan diet perlulah dilakukan bersama-sama untuk memastikan jantung anda kekal sihat pada masa hadapan.

Simptom awal bahawa salur darah tersumbat!

cara mengatasi saluran darah tersumbat

Bagaimana hendak mengesan masalah salur darah tersumbat? Sebenarnya, ada beberapa tanda amaran yang perlu anda awasi.

Apabila kolesterol terbentuk di dalam arteri, ia akan menyebabkan pengaliran darah jadi tersekat.

Masalah ini boleh menyebabkan kesakitan dan juga penyakit jantung pada masa hadapan. Sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan simptom seperti:

  1. Sakit dada
  2. Sesak nafas
  3. Sakit pada belakang badan
  4. Letih dan kerap pening kepala
  5. Serangan strok
  6. Masalah disfungsi erektil
  7. Rasa kebas pada kawasan tangan dan kaki
  8. Penyakit jantung yang kronik

Walaupun setiap individu mempunyai simptom yang berbeza, namun semua tanda dan kesan saluran darah tersumbat di atas adalah perkara lazim dan perlu dibawa ke doktor.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2019. 12 Heart-Healthy Foods to Work into Your Diet. July 12. Accessed May 31, 2021. https://health.clevelandclinic.org/12-heart-healthy-foods-to-work-into-your-diet/.
  2. Fisher-Titus Medical Center. 2016. Eat These 10 Foods to Cleanse Your Arteries. April 26. Accessed May 31, 2021. https://www.fishertitus.org/about-us/healthy-living-blog/2016/eat-these-10-foods-to-cleanse-your-arteries/.
  3. Heart Foundation. n.d. Guide to eating for a healthy heart. Accessed May 31, 2021. https://www.heartfoundation.org.nz/wellbeing/healthy-eating/eating-for-a-healthy-heart.
  4. Mayo Clinic. 2021. Arteriosclerosis / atherosclerosis. March 16. Accessed May 31, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/arteriosclerosis-atherosclerosis/symptoms-causes/syc-20350569.
  5. PhysiciansCommittee . 2015. The Warning Signs of Clogged Arteries. July 27. Accessed May 31, 2021. https://www.pcrm.org/news/blog/warning-signs-clogged-arteries.

Versi Terbaru

22/11/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Pantang Larang Makanan Untuk Pesakit Jantung, Jangan Main Bedal Aje!

Embolisme Pulmonari, Kondisi Apabila Saluran Darah Pada Paru-Paru Tersumbat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan