backup og meta

Bagaimana Nak Tahu Tekanan Darah Normal? Kenali Bacaan Sistolik & Diastolik

Bagaimana Nak Tahu Tekanan Darah Normal? Kenali Bacaan Sistolik & Diastolik

Tekanan darah normal membolehkan darah bergerak ke seluruh badan dan membekalkan oksigen serta nutrien dengan baik. Apabila ia terganggu, macam-macam keadaan kesihatan boleh berlaku.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Apakah maksud tekanan darah normal?

Kita mungkin sering mendengar tentang tekanan darah atau ada ahli keluarga yang mengalami tekanan darah tinggi.

Namun, tahukah anda apakah kadar nadi normal?

Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh badan. Setiap kali jantung mengepam, darah akan mengalir daripada jantung ke seluruh badan melalui saluran darah.

Kekuatan darah yang menekan dinding saluran darah itu adalah bacaan tekanan darah anda. Jika anda mengalami hipertensi, ia memberikan beban yang lebih besar ke atas saluran darah serta jantung.

tekanan darah normal
Kategori tekanan darah.

Berapakah angka tekanan darah normal?

Anda hanya boleh mengetahui mengenainya melalui alat pengukur sphygmomanometer, sama ada elektronik atau yang menggunakan merkuri.

Perubahan pada tekanan ini kebiasaannya tidak memberikan simptom yang jelas sehingga komplikasi seperti strok atau serangan jantung berlaku.

Oleh itu, pemeriksaan berkala adalah sangat penting untuk mengesan sebarang perubahan padanya dengan lebih awal.

Apa perlu tahu tentang nombor di atas dan di bawah?

Seperti jadual di atas, tekanan darah normal ialah kurang daripada 120/80.

Bacaan keadaan kesihatan ini mengandungi dua nombor yang disukat dalam unit mmHg (milimeter merkuri).

Nombor pertama (atau di atas) mewakili sistolik. Ia adalah bacaan tertinggi semasa jantung sedang mengecut dan menolak darah keluar.

Nombor kedua (atau di bawah) pula adalah diastolik. Ia adalah bacaan paling rendah semasa jantung sedang mengembang dan diisi dengan darah.

Perbezaan antara dua bacaan ini juga adalah penting kerana ia mungkin memberikan petanda kepada sesetengah keadaan kesihatan.

Perbezaan antara sistolik dan diastolik disebut sebagai tekanan tekanan nadi (pulse pressure) dengan bacaan normal antara 30 mmHg hingga 60 mmHg.

Apakah kesan jika ia tidak normal?

Tekanan yang tinggi menyebabkan saluran darah menegang dan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan tersebut. Ia boleh menyebabkan banyak keadaan kesihatan di seluruh badan.

Antara kesannya adalah seperti di bawah:

  • Arteri menjadi sempit atau kembang (aneurisma)
  • Penyakit arteri koronari sehingga menyebabkan serangan jantung
  • Jantung menjadi kembang dan boleh membawa kepada kegagalan jantung
  • Strok
  • Demensia
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kerosakan pada retina (retinopathy) yang boleh menyebabkan buta
  • Gangguan seksual seperti disfungsi erektil
tekanan darah
Contoh tekanan darah rendah.

Cara kawal tekanan darah tinggi @ tekanan darah rendah

Walaupun anda masih muda dan tidak mengalami masalah tekanan darah rendah atau tinggi ini, anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengawalnya.

Lebih-lebih lagi jika ahli keluarga anda ada yang mengalami hipertensi, anda berisiko untuk mengalaminya juga.

Tekanan darah normal pada hari ini tidak menjanjikan ia akan berkekalan selama-lamanya. Beberapa gaya hidup sihat yang anda boleh amalkan untuk mengawalnya:

  • Bersenam dengan lebih kerap
  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram
  • Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kekalkan berat badan pada tahap yang sihat
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup
  • Elakkan perkara yang membuatkan anda stres dan tertekan
  • Tidak merokok

Dalam masa yang sama, bacaan tekanan darah rendah juga tidak bagus ya? Dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor.

Kesimpulan

Tanpa pemeriksaan, anda tidak akan dapat tahu bacaan tekanan darah rendah anda. Untuk orang yang bertekanan darah normal, memadai untuk menjalani pemeriksaan sekali dalam lima tahun.

Jika umur sudah meningkat, kekerapan yang lebih banyak dan kerap adalah diperlukan!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is blood pressure and how is it measured?, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279251/, Accessed Feb 26 2021.
  2. Blood Pressure, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17649-blood-pressure, Accessed Feb 26 2021.
  3. What is blood pressure?, https://www.nhs.uk/common-health-questions/lifestyle/what-is-blood-pressure/, Accessed Feb 26 2021.
  4. What Is Blood Pressure, http://www.bloodpressureuk.org/BloodPressureandyou/Thebasics/Bloodpressure, Accessed Feb 26 2021.
  5. Understanding Blood Pressure Reading, http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HighBloodPressure/KnowYourNumbers/Understanding-Blood-Pressure-Readings_UCM_301764_Article.jsp#.WxoqgoozbIU, Accessed Feb 26 2021.

Versi Terbaru

05/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan