Lebih 90% Kanak-Kanak di Dunia Menghirup Udara Toksik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Hampir setiap orang di planet ini menghirup udara kotor yang berpotensi menjejaskan kesihatan dan boleh menyebabkan kematian, menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Golongan muda menghadapi risiko paling besar dalam masalah ini. Pencemaran udara menyumbang kepada kematian lebih setengah juta kanak-kanak bawah umur 15 pada tahun 2016.

Menurut WHO, pencemaran udara ialah salah satu daripada penyebab utama kematian kanak-kanak. Ia merangkumi 1 daripada 10 kematian kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Wanita mengandung yang terdedah kepada udara toksik lebih berisiko untuk bersalin pramatang dan mendapat bayi kecil dan berat badan yang rendah. Terdapat juga bukti bahawa pencemaran udara mempunyai kesan buruk terhadap perkembangan otak dan kognitif kanak-kanak. Tambahan lagi, kanak-kanak yang terdedah kepada udara toksik mungkin mengalami risiko penyakit kronik (seperti penyakit jantung) yang lebih tinggi apabila dewasa.

Ini ialah sebahagian daripada laporan Prescribing Clean Air yang menyatakan bahawa lebih 90% daripada kanak-kanak di dunia menghirup udara kotor dan sekitar 7 juta orang mati lebih awal setiap tahun disebabkan oleh penyakit berpunca daripada pencemaran udara. Menurut WHO lagi, pencemaran tidak tertumpu hanya kepada udara di luar tetapi juga di dalam rumah melalui wap daripada aktiviti memasak dan membakar.

Di majlis pembukaan Persidangan Global WHO mengenai Pencemaran Udara dan Kesihatan di Geneva pada 30 Oktober 2018, WHO menyeru semua industri dan kerajaan untuk mengambil langkah lebih berani dan efektif dalam meningkatkan kualiti udara. Langkah tersebut termasuk mengurangkan pergantungan terhadap bahan bakar, menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, serta meningkatkan tahap kecekapan tenaga.

WHO juga menyeru kepada penggunaan teknologi dan bahan bakar yang lebih mesra alam sekitar untuk kegunaan memasak dan membakar di dalam rumah serta pengurusan sisa buangan yang lebih efisien bagi mengurangkan jumlah sisa yang dibakar dalam kalangan komuniti penduduk.

Ini sememangnya sebuah fenomena di peringkat global. Sebahagian daripada bandar paling tercemar di dunia mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat. Kesatuan Eropah (EU) juga menghadapi masalah yang sama di mana sekitar 400,000 orang mati lebih awal setiap tahun disebabkan oleh kualiti udara yang rendah.

Menurut ketua Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA) Hans Bruyninckx, bahan bakar dan sisa daripada kenderaan, pertanian, penghasilan tenaga, industri, dan isi rumah merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

    Tahukah anda bahawa hujan asid akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan persekitaran kita? Klik artikel untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Basmi Pencemaran Udara Secara Semula Jadi

    Kajian menunjukkan bahawa penanaman pokok pada kawasan yang berdekatan dengan kilang dapat membasmi pencemaran udara. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Berdasarkan Kajian, Pencemaran Udara Boleh Jadi Pembunuh Senyap Kehamilan

    Keguguran berlaku disebabkan faktor seperti pemakanan atau tekanan emosi. Tetapi ada kajian mengatakan pencemaran udara juga boleh menjadi punca, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    pokok dalam rumah

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    persekitaran-dan-tahap-kesihatan-manusia

    Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    udara-tingkatkan-risiko-skizofrenia

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/01/2020 . 4 minit bacaan