backup og meta

Bahaya Influenza Pada Bayi Dalam Kandungan, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Ambil Vaksin!

Bahaya Influenza Pada Bayi Dalam Kandungan, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Ambil Vaksin!

Seperti mana yang kita semua maklum, influenza atau juga disebut flu sememangnya berbahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Terkini, terdapat kajian yang menyatakan bahawa ia lebih berbahaya terhadap wanita hamil! Persoalannya, benarkah ibu mengandung lebih mudah terdedah kepada bahaya influenza? Apakah sebenarnya punca penyakit influenza ini?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apa itu influenza?

bahaya influenza

Teruskan pembacaan anda untuk kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan influenza atau flu.

Untuk pengetahuan anda, influenza atau juga disebut flu adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang terjadi pada hidung, tekak dan paru-paru 1.

Dapatkan vaksin influenza anda di klinik berdekatan. Klik link di bawah untuk buat janji temu dengan klinik berhampiran anda!

klinik vaksinasi influenza

Di negara yang bermusim, penyakit ini biasanya berlaku pada musim sejuk iaitu antara November hingga Mac di Hemisfera Utara, dan antara April hingga September di Hemisfera Selatan.

Namun di negara tropikal seperti Malaysia, ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun. 

Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit selesema burung? Ya, ia juga adalah salah satu daripada jenis jangkitan flu atau bahaya influenza.

Sekiranya anda mendapat jangkitan ini, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti berikut 2:

  • Demam panas 
  • Badan terasa sejuk
  • Batuk 
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sakit tekak
  • Hidung berair
  • Cirit-birit atau muntah-muntah (biasa terjadi pada kanak-kanak)
  • Tidak bermaya

Kebiasaannya, simptom-simptom yang dinyatakan di atas ini mungkin hanya akan berlaku selama seminggu sahaja.

Walaupun begitu, warga emas dan kanak-kanak mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk dan lebih lama.

Apa punca penyakit influenza?

Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, punca penyakit influenza adalah daripada serangan virus dan bukanlah disebabkan oleh bakteria atau kulat. 

Oleh itu, jika anda mengalami jangkitan ini, ia tidak boleh dirawat melalui penggunaan antibiotik. 

Antibiotik adalah rawatan bagi jangkitan yang berpunca daripada bakteria sahaja.

Jika anda belum tahu, virus influenza ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu A, B, C dan D 3.

Daripada jenis-jenis ini, terdapat pelbagai sub-kategori virus ini dan antara yang paling kerap menjangkiti manusia adalah H1N1 dan H3N2 3.

Tidak kira apapun jenisnya, flu sememangnya berbahaya terhadap kesihatan dan tindakan segera dengan mendapatkan rawatan adalah langkah terbaik.

Bahaya influenza: Lebih berisiko buat wanita hamil?

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh University of South Australia (UniSA), flu boleh menjadi punca komplikasi kesihatan kronik terhadap wanita hamil 4.

Pengkaji kajian ini iaitu Profesor Doug Brooks dan Dr Robert Brooks bersama pasukan penyelidik dari RMIT University percaya ia mungkin ada benarnya.

bahaya influenza

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan makmal itu menunjukkan bahawa virus influenza bukan sahaja boleh menjejaskan paru-paru, malah berpotensi menyebabkan pelbagai komplikasi lain terhadap ibu hamil 4.

Antara komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti hipoksia, skizofrenia, praeklampsia dan peningkatan risiko penyakit jantung 4.

Kajian ini menjelaskan bahawa flu akan menjejaskan sistem vaskular tubuh badan sekali gus menyempitkan perjalanan darah, oksigen dan nutrien.

Impaknya, pelbagai kesan negatif akan berlaku kepada si ibu dan janin di dalam kandungan.

Selain itu, menurut kajian terbaharu oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), jangkitan influenza semasa kehamilan juga dikaitkan dengan risiko keguguran dan bayi kurang berat yang lebih tinggi 5

Namun, walaupun wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang serius daripada bahaya influenza, maklumat mengenai kesan penyakit ini terhadap kehamilan masih lagi kurang 5.

Kepentingan vaksin influenza kepada ibu hamil

bahaya influenza

Langkah paling penting untuk mencegah penyakit ini adalah dengan mengambil vaksin influenza, terutamanya bagi wanita hamil.

Sebagai pencegahan awal, anda sangat disarankan untuk mengambil vaksin influenza di klinik atau hospital berdekatan.

Vaksin ini tidak hanya melindungi ibu daripada bahaya influenza, tetapi juga memberikan perlindungan kepada bayi yang belum lahir. 

Apabila seorang wanita hamil divaksin, tubuhnya akan menghasilkan antibodi yang dapat dipindahkan kepada bayinya. 

Ini dapat memberikan perlindungan kepada bayi selama beberapa bulan selepas kelahiran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar wanita hamil menerima vaksinasi influenza untuk melindungi diri dan bayi yang baru lahir 11.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menekankan kepentingan pengambilan vaksinasi influenza setiap tahun disebabkan beberapa faktor iaitu 12 13:

  • Formulasi vaksin yang dikemas kini setiap tahun oleh WHO
  • Struktur virus influenza yang berubah setiap masa
  • Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang menular setiap musim

Apa rawatan terbaik bagi melawan bahaya influenza ini?

Antara cara untuk merawat bahaya influenza ini adalah dengan mengurangkan simptom-simptomnya agar tidak menjadi lebih teruk kerana ia boleh membawa maut.

Anda dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut 1 2:

  • Rehat di rumah dan elakkan menyentuh orang lain agar jangkitan tidak tersebar
  • Sentiasa basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun
  • Elakkan menyentuh bahagian muka terutamanya mata, hidung dan mulut
  • Makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air kosong
  • Ambil ubat demam dan ubat tahan sakit seperti paracetamol, ibuprofen dan acetaminophen
  • Ubat antivirus atas preskripsi doktor seperti oseltamivir dapat membantu proses pemulihan yang lebih cepat
  • Lakukan kuarantin di rumah sehinggalah demam sembuh

Jika anda tinggal berseorangan, hubungilah ahli keluarga atau kenalan untuk beritahu keadaan anda.

Sekiranya demam dan simptom berlaku lebih daripada 3 hari, berjumpalah dengan doktor dalam kadar segera kerana ada kemungkinan anda mengalami demam denggi.

Kesimpulan

Vaksinasi influenza adalah penting bagi wanita hamil untuk melindungi diri mereka dan juga bayi daripada kesan-kesan bahaya influenza

Berbincanglah dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu sebelum mengambil vaksinasi influenza ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Influenza (flu). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/flu/symptoms-causes/syc-20351719. Diakses pada Ogos 7, 2023. 
  2. Flu (Influenza). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4335-influenza-flu. Diakses pada Ogos 7, 2023.
  3. Influenza Virus (Flu). https://www.bcm.edu/departments/molecular-virology-and-microbiology/emerging-infections-and-biodefense/specific-agents/influenza-virus-flu. Diakses pada Ogos 7, 2023.
  4. New Study Reveals Why Flu Can Be Devastating for Pregnant Women. https://www.unisa.edu.au/Media-Centre/Releases/2020/new-study-reveals-why-flu-can-be-devastating-for-pregnant-women/. Diakses pada Ogos 7, 2023.
  5. New Study Finds Influenza during Pregnancy is Associated with Increased Risk of Pregnancy Loss and Reduced Birthweight. https://www.cdc.gov/flu/spotlights/2020-2021/influenza-pregnancy-loss.htm. Diakses pada Ogos 7, 2023.
  6. 1. Legge, A., Dodds, L., MacDonald, N. E., Scott, J., & McNeil, S. (2014). Rates and determinants of seasonal influenza vaccination in pregnancy and association with neonatal outcomes. Canadian Medical Association Journal, 186(4). https://doi.org/10.1503/cmaj.130499. Diakses pada 11 Ogos, 2023.
  7. 2. Fell, D. B., Sprague, A. E., Liu, N., Yasseen, A. S., Wen, S.-W., Smith, G., & Walker, M. C. (2012). H1N1 influenza vaccination during pregnancy and fetal and neonatal outcomes. American Journal of Public Health, 102(6). https://doi.org/10.2105/ajph.2011.300606. Diakses pada 11 Ogos, 2023.
  8. 3. Zaman, K., Roy, E., Arifeen, S. E., Rahman, M., Raqib, R., Wilson, E., Omer, S. B., Shahid, N. S., Breiman, R. F., & Steinhoff, M. C. (2008). Effectiveness of maternal influenza immunization in mothers and infants. New England Journal of Medicine, 359(15), 1555–1564. https://doi.org/10.1056/nejmoa0708630. Diakses pada 11 Ogos, 2023.
  9. 4. Sheffield, J. S., Greer, L. G., Rogers, V. L., Roberts, S. W., Lytle, H., McIntire, D. D., & Wendel, G. D. (2012). Effect of influenza vaccination in the first trimester of pregnancy. Obstetrics & Gynecology, 120(3), 532–537. https://doi.org/10.1097/aog.0b013e318263a278. Diakses pada 11 Ogos, 2023.
  10. 5. Nunes, M. C., & Madhi, S. A. (2017). Influenza vaccination during pregnancy for prevention of influenza confirmed illness in the infants: A systematic review and meta-analysis. Human Vaccines & Immunotherapeutics, 14(3), 758–766. https://doi.org/10.1080/21645515.2017.1345385. Diakses pada 11 Ogos, 2023.
  11. Influenza (Seasonal). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/influenza-(seasonal). Diakses pada Ogos 7, 2023.
  12. Influenza. https://jknselangor.moh.gov.my/htgkarang/index.php/2-uncategorised/61-influenza.html. Diakses pada Ogos 7, 2023.
  13. Infografik: Vaksin Infleunza, Kenapa Ia Perlu Diambil Setiap Tahun?. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/vaksin-influenza-kenapa-ia-perlu-diambil-setiap-tahun/10156651111566237/. Diakses pada Ogos 7, 2023.

Versi Terbaru

24/11/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema

Cuaca Tak Menentu Penyebab Selesema? Ikut 4 Tip Ini Elak Satu Keluarga Berjangkit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan