Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Merungkai Mitos Penyakit Asma, Benarkah Si Gebu Boleh Jadi Punca? Pesakit Tak Boleh Bersenam?
Pernahkah anda terdengar pelbagai mitos penyakit asthma yang seringkali menimbulkan kekeliruan? Misalnya, ada dakwaan mengatakan asma boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan tertentu atau penggunaan inhaler dikatakan membawa lebih banyak keburukan berbanding manfaat.
Bersempena Hari Kesedaran Penyakit Asthma Sedunia yang jatuh pada tanggal 4 Mei, mari kita sama-sama merungkai kebenaran di sebalik mitos-mitos yang acap kali diperkatakan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Keradangan terbentuk mengakibatkan saluran udara menjadi sempit lantas menyukarkan keupayaan bernafas.
Hal ini berupaya memicu simptom asma; sesak dada, nafas, batuk, dan menghasilkan bunyi pelik semasa bernafas.
Jika parah, penyakit asthma berupaya menjejaskan aktiviti harian dan kebolehan untuk bercakap!
Disebabkan penyakit ini telah pun wujud sejak sekian lama, terdapat pelbagai mitos berlegaran yang dipercayai masyarakat sejak turun-temurun. Antaranya:
# 1 Pesakit asma perlu elak bersenam, antara mitos penyakit asthma
Penyakit asma tidak menghalang seseorang untuk bersenam.
Tahukah anda, ramai atlet ternama termasuk pelari Paula Radcliffe, Jo Pavey, malah pemain bola sepak terkemuka David Beckham, menghidap asma?
Menurut Dr Andy Whittamore, Doktor Praktikal dan Ketua Klinikal di Asthma UK, hanya sebilangan kecil penderita asma mengalami ‘exercise-induced asthma‘ yang bermaksud, individu mengalami gejala dengan aktiviti fizikal.
Tetapi, tekanan atau perubahan tahap hormon seperti saat akil baligh, kehamilan dan menopaus juga boleh mempengaruhi keadaan ini.
#3 Pesakit perlu mengambil inhaler apabila bergejala saja
Kebanyakan penghidap asma bakal dipreskripsikan dengan inhaler pencegahan, biasanya berwarna coklat yang harus diambil setiap hari, menurut Dr Whittamore.
Inhaler inilah yang dapat menghentikan seseorang daripada mengalami serangan asma dan menyelamatkan nyawa mereka!
Tambah Dr Whittamore, ketika penderita asma melakukan kontak dengan pemicu asma, saluran udara menjadi lebih sempit, menjadikan mereka sukar bernafas dan menimbulkan gejala seperti semput, batuk dan sesak nafas.
Inhaler berwarna biru memberikan kelegaan segera dengan membuka saluran udara, menjadikan pesakit lebih mudah untuk bernafas.
Sekiranya anda perlu menggunakan alat sedut inhaler lebih daripada 3 kali seminggu, berbincanglah dengan doktor.
Apa yang terjadi pada paru-paru anda apabila asma menyerang.
#4 Penyakit asthma boleh dirawat dengan mudah
Oleh sebab kondisi ini tidak dianggap berprofil tinggi seakan penyakit lain, ramai orang mungkin menganggap bahawa penghidap asma memperolehi rawatan yang diperlukan.
Malangnya, hal ini jauh panggang dari api. Permintaan rawatan untuk asma telah meningkat dan kematian juga sudah mencecah tahap tertinggi dalam tempoh 1 dekad!
Lebih teruk lagi, sebilangan besar kematian telah diakibatkan oleh serangan asma yang boleh dicegah jika pesakit mendapatkan rawatan asas daripada doktor mereka, kata Dr Whittamore.
Kesemua pesakit harus mendapatkan rancangan tindakan bertulis yang menggariskan cara pengurusan asma mereka.
Kebanyakan orang berpendapat bahawa haiwan peliharaan adalah pemicu asma yang terbesar!
Semua haiwan, termasuk anjing dan kucing, menghasilkan dander (bulu/kulit halus), air kencing dan air liur, yang berisiko mencetuskan asma.
Pun begitu, ternyata ia bukanlah pemicu yang biasa berlaku seperti yang difikirkan orang, kata Dr Whittamore.
Kajian baharu menunjukkan, pencetus asma yang paling umum adalah udara sejuk, selesema dan flu, diikuti debu, pencemaran udara, asap rokok dan minyak wangi.
Ini kerana ‘hipotesis kebersihan’ menyatakan, pendedahan kepada pelbagai bakteria sebenarnya diperlukan untuk meningkatkan sistem imun tubuh di usia muda.
Haiwan peliharaan dikatakan dapat meningkatkan sistem imun anda, memicu pengeluaran antibodi yang melindungi daripada alahan, yang sering menjadi pencetus penyakit asthma.
Menurut penjelasan Dr Whittamore, walaupun sejarah keluarga asma boleh menjadi indikasi yang kuat untuk seseorang menghidapnya, namun kebenarannya, penyebab sebenar kondisi ini masih belum diketahui.
Akhir kata…
Demikian adalah antara mitos penyakit asthma yang sering diperkatakan dan dipercayai dalam kalangan masyarakat. Ternyata kebanyakannya adalah auta!
Justeru, ambil iktibar dan lakukan semakan fakta dengan doktor atau golongan perubatan profesional terlebih dahulu sebelum kalian percaya bulat-bulat dengan sebarang khabar angin okey?
Semoga ‘pembongkaran’ mitos penyakit asthma ini dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai penyakit asthma serta menambahkan ilmu pengetahuan pembaca sekalian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Asthma. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma/symptoms-causes/syc-20369653#:~:text=Asthma%20is%20a%20condition%20in,asthma%20is%20a%20minor%20nuisance. Diakses Januari 27, 2025.
What Is Asthma? https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/asthma. Diakses Januari 27, 2025.
5 Myths About Asthma. https://allergyasthmanetwork.org/news/myths-about-asthma/\. Diakses Januari 27, 2025.
Asthma Myths, Debunked. https://www.aaaai.org/tools-for-the-public/conditions-library/asthma/asthma-myths-debunked. Diakses Januari 27, 2025.
Busting common asthma myths. https://www.asthmafoundation.org.nz/stories/busting-common-asthma-myths. Diakses Januari 27, 2025.
Versi Terbaru
27/01/2025
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman