Makin Tua, Makin Kurang Narsisistik: Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Selalu kita dengar perihal isu narsisistik. Kata orang, generasi sekarang makin lama, semakin narsisistik. Keras kepala, tak boleh terima pendapat orang lain dan suka membesar-besarkan diri. Namun tiada kajian khusus yang mengukur tahap narsisistik seseorang itu apabila mereka dimamah usia. Kajian terbaru yang dibuat oleh Universiti Michigan telah menunjukkan bahawa sikap narsisistik individu akan berkurangan apabila meningkat usia seseorang itu. Baca artikel ini untuk tahu maklumat lanjut.

Sepintas lalu mengenai narsisistik

Narsisistik merupakan gangguan keperibadian yang telah diklasifikasikan sebagai penyakit mental. Menurut buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM–5), mereka yang mengalaminya akan menunjukkan sekurang-kurangnya 5 daripada sikap yang disenaraikan di bawah:

  • Merasakan diri mereka penting (membesar-besarkan pencapaian dan bakat mereka, mengharapkan individu di sekeliling menganggap dirinya sebagai seorang yang berada pada kedudukan atas tanpa memiliki apa-apa pencapaian yang setara)
  • Yakin pada konsep fantasi seperti kejayaan, kuasa, kecantikan dan kekayaan tanpa had
  • Merasakan diri mereka istimewa dan hanya boleh difahami oleh mereka yang istimewa atau mempunyai status yang tinggi
  • Mahu orang di sekeliling untuk mengaguminya
  • Mempunyai jangkaan yang tidak masuk akal terutamanya apabila ia melibatkan hak yang memberikan kebaikan kepada penerimanya
  • Menggunakan individu lain untuk mencapai objektif mereka sendiri
  • Tidak mempedulikan perasaan orang lain
  • Selalu cemburu dengan orang lain atau menganggap orang lain sering mencemburuinya
  • Angkuh 

Mereka yang mempunyai gangguan personaliti ini juga tidak boleh menerima kritikan daripada individu lain. Mereka akan:

  • Cepat marah jika mereka tidak menerima sebarang layanan istimewa daripada mana-mana pihak
  • Mempunyai masalah yang jelas berkaitan hubungan dengan individu lain dan cepat terasa
  • Senang melenting dan suka mengungkit kesalahan atau kelemahan orang lain untuk menampakkan diri mereka besar
  • Mempunyai masalah dalam mengawal emosi dan tingkah laku yang berkaitan dengan narsisistik
  • Mengalami masalah besar dalam menguruskan tekanan emosi dan sebarang perubahan baru seperti perubahan tempat tinggal
  • Mengalami kemurungan dan hilang mood jika menerima kritikan kerana mereka merasakan diri mereka tidak sempurna 

Dalam masyarakat yang menganggap penyakit mental sebagai tabu, kebanyakan individu yang mempunyai masalah gangguan personaliti narsisistik tidak mendapatkan rawatan. Tanpa pemeriksaan oleh doktor yang bertauliah, individu tersebut berkemungkinan tidak tahu-menahu berkenaan dengan diagnosis tersebut. Penerimaan mereka terhadap diagnosis tersebut berbeza mengikut individu namun kebanyakan daripada mereka merasakan tiada apa-apa masalah pada diri mereka.

Kenapa ada individu yang bersikap sebegitu?

Susah untuk kita berikan sebab mengapa sifat narsisistik ini wujud dalam sebilangan individu. Seperti gangguan kesihatan mental yang lain, punca kepada terjadinya sikap ini agak kompleks. Ia bukan sahaja disebabkan oleh faktor genetik, malah pengaruh persekitaran dan hubungan di antara otak, tingkah laku dan pemikiran.

Sikap ibu bapa yang suka mengkritik atau memanjakan anak secara melampau boleh menyebabkan terjadinya permasalahan ini. Kadang kala ibu bapa lebih suka untuk menyebelahi anak mereka sendiri dalam persengketaan yang dihadapi oleh anak dengan individu lain tanpa mengambil kira siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan persengketaan tersebut.

Disebabkan oleh ketiadaan maklumat spesifik berkaitan dengan punca penyakit mental ini, rawatannya boleh menjadi rumit. Psikoterapi secara perseorangan boleh membantu individu narsisistik dalam mengenal pasti punca kepada permasalahan hubungan mereka dengan individu lain bagi:

  • Memahami punca ketidakstabilan emosi, perkara yang mendorong individu tersebut untuk bersaing secara tidak sihat dan sikap tidak mempercayai individu lain
  • Mengenali teknik yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam membina hubungan dengan individu lain supaya ia menjadi lebih intim, menyeronokkan dan lebih memberi manfaat secara menyeluruh
  • Meningkatkan kebolehan seseorang individu itu untuk memahami dan mengawal perasaan di saat mereka tidak mendapat perkara yang diingini
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan individu tersebut agar mereka lebih terbuka untuk menerima kritikan secara profesional atau peribadi 

Gangguan keperibadian narsisistik berkurangan mengikut usia

Terdapat pelbagai jenis cabaran di dunia ini yang memaksa sesetengah individu untuk menjadi lebih narsisistik. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak sama dengan gangguan personaliti narsisistik yang dikategorikan sebagai penyakit mental. Perkara tersebut kebiasaannya mempengaruhi kualiti hidup mereka yang didiagnosis dengan masalah keperibadian narsisistik.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Michigan melibatkan 747 individu yang lahir antara tahun 1923 hingga 1969. Ini bermakna jarak umur individu dalam kalangan subjek di antara 13 tahun sehingga 77 tahun. Kajian tersebut telah menyimpulkan bahawa semakin tua seseorang individu itu, semakin berkuranglah kecenderungan mereka untuk menjadi lebih narsisistik.

Ini berikutan jumlah hubungan baru dan pengalaman yang memberi impak secara langsung terhadap pembinaan karakter individu terbabit. Mereka akan menyedari bahawa tumpuan individu lain tidak semestinya akan beralih kepada mereka. Menurut kajian tersebut juga, antara saat yang paling kritikal menyebabkan penurunan mendadak sikap narsisistik ini adalah selepas mereka mendapat pekerjaan yang pertama.

Perubahan ketara dialami oleh mereka yang muda dan ia tidak mempunyai umur spesifik yang akan menyebabkan ia berakhir. Menurut  Wiliam Chopik, Profesor Madya dalam bidang psikologi dan merupakan pengkaji utama dalam kajian ini, mereka yang mempunyai sikap narsisistik sukar untuk menerima kritikan. Namun, apabila mengharungi kehidupan, mereka terpaksa menerima maklum balas, putus hubungan intim dan tragedi yang melanda. Ini boleh membuatkan mereka berfikir sejenak dalam proses untuk memahami bahawa mereka tidaklah sehebat seperti yang mereka sangkakan.

Kajian lain mengenai personaliti narsisistik

Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh ahli akademik dalam memahami masalah ini. Pada awal tahun 2019, Universiti Belfast telah menamatkan kajian dengan kesimpulan bahawa mereka yang narsisistik mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi. Ini berikutan keupayaan mereka untuk tidak mengambil tahu apa yang diperkatakan oleh individu lain terhadap mereka.

Ada juga kajian yang menyatakan bahawa mereka yang percaya kepada teori konspirasi berkemungkinan mempunyai masalah gangguan personaliti narsisistik. Kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 2015 melibatkan 202 orang subjek. Dalam kajian tersebut, mereka yang menilai diri mereka pada skala narsisistik tinggi, sebahagian besar merupakan individu yang percaya pada teori konspirasi. 

Namun, itu tidak memberikan gambaran objektif secara menyeluruh. Ini bermakna anda boleh mempunyai tahap narsisistik yang rendah dan percaya kepada teori konspirasi.

Konklusi

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Michigan telah menunjukkan mereka yang narsisistik akan mengalami perubahan pada keperibadian mereka apabila mereka semakin tua. Kesan penurunan sikap narsisistik tersebut dilihat signifikan pada saat individu tersebut mendapat pekerjaan mereka yang pertama. Jika anda merasakan anda atau individu di sekeliling anda, mempunyai permasalahan tersebut dan ia mempengaruhi kualiti hidup, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan. Gangguan keperibadian narsisistik merupakan penyakit mental yang serius. Jika tidak dibendung, ia boleh menyebabkan penyakit mental yang lain seperti keresahan dan kemurungan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

    Simpan barang banyak-banyak, tapi sayang nak buang? Jaga-jaga, itu mungkin tanda hoarding disorder yang anda tidak perasan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketahui Bahaya Penyakit Bipolar Mania Terhadap Remaja!

    Tahukah anda bahawa penyakit bipolar mania sering menyerang remaja? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gangguan Mood, Kesihatan Mental 02/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Kemurungan bukanlah satu penyakit mental yang mudah untuk dikenali. Baru-baru ini tular video wanita mengamuk kerana kereta ditunda. Kemurungankah itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gangguan Mood, Kesihatan Mental 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    “Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Life Dia”. Anda Silap Jika Berfikir Seperti Ini

    Anda tidak boleh menghakimi apa yang sedang dirasai oleh mereka yang sedang keresahan atau masalah kemurungan. Baca 6 salah faham berikut dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gangguan Mood, Kesihatan Mental 16/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    serangan panik

    Ini 5 Mitos PALING POPULAR Mengenai Serangan Panik, Rupanya Ia Tidak Seperti Yang Disangka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
    kemurungan selepas bersalin

    Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    maksud narsisistik

    Periksa 15 Tanda Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan