backup og meta

Selain Botak Tengah, Ada 3 Lagi Masalah Rambut Boleh Berlaku Apabila Anda Semakin Tua

Selain Botak Tengah, Ada 3 Lagi Masalah Rambut Boleh Berlaku Apabila Anda Semakin Tua

Kepala botak tengah menjadi antara masalah yang sering berlaku seiring pertambahan usia. Walaupun lelaki lebih sinonim dengan tumbuh rambut botak, namun kaum wanita juga tidak terlepas daripada masalah ini.

Berikut adalah antara masalah-masalah rambut yang sering berlaku apabila usia semakin meningkat.

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah rambut seperti kepala botak tengah

Seperti mana anggota tubuh badan yang lain, rambut juga mengalami fasa penuaannya yang tersendiri.

Penuaan rambut boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan hormon dan juga biokimia.

Selain itu, penuaan pada rambut juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan juga faktor persekitaran.

Faktor-faktor seperti inilah yang menyumbang kepada penuaan rambut dan masalah-masalah rambut yang berkaitan dengan peningkatan usia.

Masalah-masalah pada rambut yang berlaku seiring dengan peningkatan usia

Walaupun masalah-masalah yang akan dinyatakan ini boleh berlaku kepada mana-mana peringkat umur, namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang berusia.

Antara jenis perubahan pada rambut yang boleh berlaku disebabkan penuaan ialah:

#1. Kepala botak tengah atau tumbuh rambut botak

kepala botak tengah

Kepala botak tengah ini sangat sinonim dengan imej seorang lelaki yang telah berusia.

Namun, perlu diketahui bahawa ia juga boleh berlaku kepada wanita.

Apabila seseorang itu sudah mencapai umur 30 tahun, dia berisiko untuk mengalami apa yang disebut sebagai male-pattern baldness atau tumbuh rambut botak tengah.

Biasanya rambut di bahagian tengah kepala akan mengalami keguguran atau tidak tumbuh.

Kejadian tumbuh rambut botak seperti ini biasanya adalah kesan daripada perubahan hormon yang berlaku seiring dengan peningkatan usia.

Bagi wanita pula, tumbuh rambut botak yang berlaku ini biasa disebabkan oleh perubahan hormon, kekurangan vitamin dan juga faktor genetik.

Orang lelaki akan mengalami kebotakan penuh apabila menjelang umur 60 tahun.

#2. Perubahan tekstur dan ketebalan rambut

Rambut yang sudah panjang akan terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran yang mempengaruhi teksturnya.

Antaranya adalah seperti sinar UV matahari, geseran ketika menyikat rambut, haba panas daripada pengering rambut, pewarna rambut serta bermacam-macam lagi.

Faktor-faktor seperti ini menyebabkan sel kutikel rambut menjadi besar dan lembut, lalu menjadikan rambut lebih kasar dan mudah pecah.

Lama-kelamaan, folikel rambut akan menghasilkan rambut yang lebih halus, nipis atau tidak menghasilkan rambut sama sekali.

Perubahan rambut ini juga adalah antara perubahan yang biasa berlaku seiring dengan pertambahan usia. 

#3. Selain kepala botak tengah, anda juga akan mengalami rambut beruban

kepala botak tengah

Rambut yang beruban berlaku apabila melanin pada rambut telah dihentikan pengeluarannya oleh tubuh.

Melanin adalah pigmen yang bertanggungjawab memberikan warna pada rambut dan kulit manusia.

Ada teori yang menyatakan bahawa, rambut beruban disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berlaku pada rambut tersebut.

Tekanan oksidatif berlaku apabila radikal bebas menghancurkan DNA dalam sel penghasil melanin di folikel rambut, yang disebut sebagai melanosit.

Akhirnya, melanosit ini mati dan tidak lagi menghasilkan melanin untuk warna rambut manusia.

Rambut beruban juga merupakan antara jenis perubahan rambut yang sering berlaku apabila usia telah meningkat.

Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana ia adalah perkara yang biasa berlaku.

#4. Rambut tumbuh terlalu banyak

Walaupun proses penuaan sering dikaitkan dengan fenomena kehilangan rambut, namun ia juga boleh menyebabkan masalah rambut yang tumbuh terlalu banyak.

Masalah ini adalah masalah yang banyak dialami oleh golongan wanita.

Keadaan pertumbuhan rambut atau bulu badan yang banyak ini dikenali sebagai hirsutism.

Ia berlaku apabila terdapatnya pertumbuhan bulu atau rambut yang melebihi daripada kadar normal.

Ia juga tumbuh di kawasan tubuh di mana bulu tersebut biasa tumbuh pada orang lelaki. Antaranya adalah pada wajah, leher, dada dan paha.

Antara punca yang menyebabkan hirsutism ini adalah seperti kesan ubat-ubatan, genetik, faktor usia, dan keadaan kesihatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS). 

Perubahan yang biasa seiring peningkatan umur

Isu-isu seperti kepala botak tengah atau tumbuh rambut botak ini adalah perkara yang biasa berlaku apabila semakin tua.

Anda mungkin boleh mengurangkan kadar ia berlaku, namun anda tidak dapat mengelakkan diri daripada perubahan ini.

Ini kerana tubuh badan akan semakin menua dan ia pasti akan memberikan kesan kepada rambut anda. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair. https://medlineplus.gov/ency/article/004005.htm#:~:text=Nearly%20everyone%20has%20some%20hair,fine%2C%20light%2Dcolored%20hair. Accessed 26 July 2022.
  2. Guide to aging hair. https://health.clevelandclinic.org/your-guide-to-aging-hair/Accessed 26 July 2022.
  3. Hair analysis. https://www.atsdr.cdc.gov/HAC/hair_analysis/2.4.html. Accessed 26 July 2022.
  4. Hair analysis. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26370639/ Accessed 26 July 2022.
  5. Causes of gray hair. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2021/causes-gray-hair.html. Accessed 26 July 2022.

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Orang Lelaki, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat Dan Elak 10 Benda Ini Dulu!

Masalah Botak & Rambut Beruban? Anda Berisiko Hidap Sakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan