backup og meta

Nak Beli Water Filter? Ini 5 Penapis Air Terbaik Untuk Anda Sekeluarga Pada Tahun 2023!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Nak Beli Water Filter? Ini 5 Penapis Air Terbaik Untuk Anda Sekeluarga Pada Tahun 2023!

Anda sedang mencari penapis air terbaik di Malaysia pada tahun 2023? Jangan risau, anda berada di tempat yang betul!

Penapis air merupakan salah satu item wajib yang perlu dimiliki oleh setiap keluarga. Walau bagaimanapun, disebabkan harganya yang mahal, ramai orang yang akan berfikir 2-3 kali sebelum berbelanja untuk sebuah penapis air.

Jika anda mempunyai masalah yang sama, jangan runsing! Dalam artikel kali ini, kami akan berikan rekomendasi 5 penapis air terbaik di Malaysia yang boleh anda beli secara atas talian!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Cara pilih penapis air terbaik untuk rumah

penapis air terbaik

Pertama sekali, selidik dahulu kebaikan dan manfaat penapis air sebelum beli.

Sebagai contoh, perhatikan apakah sistem penapisan yang digunakan. Adakah ia dapat menapis kekotoran, bakteria dan virus daripada air? Bagaimana pula dengan harganya?

Di pasaran, ada penapis yang menggunakan arang (activated charcoal) sebagai medium penapisan. Penapis jenis ini akan memastikan air yang diminum masih lagi mengandungi mineral penting yang diperlukan badan.

Selain itu, ada juga penapis yang menggunakan sistem osmosis songsang.

Selalunya, air yang ditapis menggunakan sistem ini akan menapis segala kotoran, termasuklah mineral yang anda perlukan dari air. Jadi, ia mungkin tidak akan membawa sebarang manfaat kepada kesihatan.

Walaupun begitu, kini ada banyak jenis penapis air yang lebih canggih dengan teknologi terkini.

Anda bukan sahaja boleh kawal suhu dan pH, malahan air yang dibekalkan juga lebih sihat, sesuai untuk mereka yang lebih cakna terhadap kesihatan diri.

[embed-health-tool-bmi]

Penapis air terbaik di pasaran 2023

penapis air terbaik

Di bawah, kami akan senaraikan beberapa jenis penapis air pada tahun 2023:

1. Panasonic TK-AS700-WMA Alkaline Water Ionizer

Pasti semua orang pernah dengar akan jenama Panasonic yang terkenal dengan ketahanannya. Salah satu model penapis air terbaik oleh Panasonic ialah TK-AS700-WMA: Alkaline Water Ionizer.

Apa yang istimewa tentang penapis ini ialah ia dapat membekalkan anda dengan 7 jenis air berbeza – 4 tahap alkali, 2 tahap asidik dan 1 air tulen.

Bukan itu sahaja, penapis ini juga akan memastikan bekalan air yang diterima bebas daripada 19 jenis bahan berbahaya dan juga bakteria serta virus yang mungkin terkandung dalam air.

Air yang bersifat alkali dapat mengurangkan simptom gastrousus seperti ketidakhadaman, perut berasid, cirit-birit kronik dan sembelit. Penggunaannya juga telah disahkan selamat oleh Japan Pharmaceutical and Medical Device Act (PMD Act).

Sekiranya anda inginkan gaya hidup yang lebih sihat, penapis ini adalah pilihan yang terbaik untuk kegunaan anda dan seisi keluarga.

2. Xiaomi Mijia Smart Water Purifier Dispenser MRH112: Penapis air terbaik 2023

Sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah, Xiaomi Mijia Smart Water Purifier Dispenser MRH112 merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Harganya berbaloi dan mempunyai banyak fitur, setanding mesin penapis air lain yang dijual di pasaran.

Selain itu, penapis air ini juga menggunakan teknologi 6-level Reverse Osmosis. Ia juga mempunyai lampu antibakteria dengan sinaran UV yang dapat membantu membunuh virus dalam air.

Paling penting, anda juga boleh mengganti penapisnya sendiri. Jimat bukan!

3. Panasonic TK-CS20 Water Purifier

Jangan terpedaya dengan saiznya yang kecil! Walaupun bersaiz mini, penapis air TK-CS20 dari Panasonic ini boleh menapis air sebanyak 6 liter/min! Banyak tu!

Selain itu, ia juga menggunakan penapis yang diperbuat daripada activated carbon. Bahan ini dapat menapis segala kotoran dan juga bahan kimia berbahaya daripada air dengan selamat.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuang hampir 95% klorin yang terdapat dalam air paip. Dengan saiznya yang kecil, ia boleh diletakkan di tempat sempit. Selalunya, orang letak di tepi singki sahaja!

Jika anda mempunyai bajet yang kecil, penapis ini sangat sesuai untuk anda!

Baca juga:

4. Joven Water Purifier JP200: Penapis air terbaik dengan harga murah

Inginkan penapis air yang lebih murah? Jangan risau, kami ada satu lagi rekomendasi penapis air dengan harga yang mesra poket.

Dengan harga di bawah RM150, anda boleh dapatkan penapis dari Joven ini, sesuai untuk mereka yang duduk di rumah sewa atau inginkan sesuatu yang mudah dan murah.

Ada banyak kebaikan penapis air ini. Antaranya, ia mudah dipasang. Selain itu, penapisnya juga boleh ditukar sendiri di rumah. Ia mempunyai 2 fitur – air yang ditapis dan air yang tidak ditapis. Jadi, anda boleh tukar antara kedua-dua fitur ini pada bila-bila masa.

Penapisnya pula diperbuat daripada arang (activated charcoal). 3 tahap penapisan air yang dibekalkan oleh sistem ini membolehkan klorin, karat, pasir dan bau dibuang daripada air dan menjadikannya lebih selamat diminum.

5. AQUASANA AQ-4000W

Tahukah anda, Aquasana merupakan salah satu jenama yang popular di Amerika Syarikat? Manakan tidak, penapis air ini dijual dengan harga yang mampu milik. Saiznya yang sederhana juga membuatkannya lebih mudah untuk dipasang di kawasan dapur.

Penapis air terbaik dari Aquasana juga menerima pensijilan dari NSF International, sebuah organisasi yang melakukan audit terhadap produk makanan dan juga air.

Antara kebaikan penapis Aquasana ialah:

  1. Dapat mengurangkan logam berat yang terkandung dalam air.
  2. Menapis racun serangga pada sayur-sayuran.
  3. Mampu menapis cryptosporidium dan giardia, bakteria yang lazim dijumpai dalam air yang kotor.

Tidak kiralah apa jenis penapis air yang anda pilih, pastikan anda beli produk yang terbaik untuk keluarga anda. Jangan lupa, fikirkan juga tentang harga item yang dibeli nanti. Jangan hanya kerana nak ikut trend, poket jadi rabak!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Choosing Home Water Filters & Other Water Treatment Systems. https://www.cdc.gov/healthywater/drinking/home-water-treatment/water-filters/step3.html. Accessed on February 10, 2023.
  2. Cryptosporidium and Giardia in Humans, Domestic Animals, and Village Water Sources in Rural India. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4559703/. Accessed on February 10, 2023.
  3. Goal 6: Ensure access to water and sanitation for all. https://www.un.org/sustainabledevelopment/water-and-sanitation/. Accessed on February 10, 2023.
  4. How to Define Clean Water. https://healingwaters.org/how-to-define-clean-water/. Accessed on February 10, 2023.
  5. Which Water Is Best For Health? Hint: Don’t Discount The Tap. https://www.npr.org/sections/thesalt/2018/07/27/632393234/which-water-is-best-for-health-hint-dont-discount-the-tap. Accessed on February 10, 2023.

Versi Terbaru

16/02/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Meneran Semasa Membuang Air Besar, Keluar Air Mani Sekali. Normal Ke Tu?

Jangan Ambil Mudah! Ini Bahayanya Jika Air Di Rumah Anda Kotor, Boleh Dapat Penyakit Bawaan Air!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan