backup og meta

Lemak Tumbuhan dan Lemak Haiwan, Apa Bezanya?

Lemak Tumbuhan dan Lemak Haiwan, Apa Bezanya?

Sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang jenis lemak tertentu seperti lemak tumbuhan dan haiwan, mana yang lebih baik dan sebagainya, anda perlu belajar tentang lemak dan kesannya kepada kesihatan anda.

Lemak jahat

Lemak jahat boleh meningkatkan tahap kolesterol dan risiko penyakit jantung dan penyumbatan arteri anda. Terdapat 2 jenis lemak jahat, lemak trans dan lemak tepu.

Lemak Trans

lemak tumbuhan

Lemak trans adalah minyak buatan, hasil sampingan daripada pemprosesan minyak sihat ke dalam bentuk pepejal untuk mencegahnya daripada basi dan dipasarkan sebagai “minyak separa hidrogenasi” dalam senarai ramuan.

Lemak trans tidak mempunyai nutrien atau faedah kesihatan yang telah terbukti. Pengambilan minyak trans boleh dielakkan dengan memilih daging tanpa lemak dan produk rendah lemak.

Lemak trans adalah antara sebab diabetes jenis 2, penyakit jantung dan strok.

Walaupun mempunyai reputasi buruk kepada kesihatan anda, lemak trans digunakan secara meluas dalam industri makanan segera yang bergoreng atau dibakar, biskut, makanan ringan yang dibungkus dan bertih jagung microwave.

Lemak Tepu

Lemak tepu pula dianggap sebagai antara baik dan buruk. 

Ia tidak baik untuk kesihatan anda tetapi tidak 100% sama dengan lemak trans.

Lemak tepu boleh didapati dalam banyak produk haiwan seperti telur, susu, daging merah dan juga dalam minyak kelapa atau minyak sawit.

Tiada bukti bahawa lemak tepu dikaitkan dengan penyakit jantung tetapi American Heart Association menyarankan untuk mengehadkan pengambilannya kepada kurang daripada 7% daripada pengambilan kalori harian anda.

Lemak baik

Lemak baik boleh menurunkan paras kolesterol, mengawal berat badan dan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung.

Sama dengan lemak jahat, terdapat juga 2 jenis lemak baik: lemak monounsaturated dan lemak polyunsaturated.

Lemak Monounsaturated

Lemak monounsaturated yang terdapat dalam minyak zaitun, minyak kacang tanah, kacang dan biji benih. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber yang kaya vitamin E.

Jadi jangan lupa untuk menghiasi salad anda dengan minyak zaitun kerana dapat memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Lemak Polyunsaturated

lemak tumbuhan

Lemak polyunsaturated dikaitkan dengan bukan sahaja peningkatan tetapi juga perlindungan dan rawatan terhadap penyakit jantung.

Lemak ini menawarkan banyak faedah lain dan diperlukan badan. Lemak polyunsaturated terdapat dalam 2 bentuk: asid lemak Omega-6 dan Omega-3 asid lemak.

Asid lemak omega-6 terdapat dalam banyak minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, walnut dan kacang soya.

Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam makanan semula jadi dan makanan tambahan, tetapi omega-3 tambahan hanya disyorkan apabila anda jarang mendapat sumber makanan dengan omega-3.

Ikan berlemak merupakan sumber terbaik omega-3.

Dua hidangan ikan berlemak seperti salmon, trout, ikan kembung perlu dimasukkan dalam menu mingguan anda. Selain itu, biji flaks dan walnut juga alternatif yang hebat untuk golongan vegetarian dan vegan.

Pendek kata, lemak haiwan bukan semuanya lemak jahat dan lemak tumbuhan tidak 100% baik untuk kesihatan anda.

Daripada memilih hanya satu jenis lemak; haiwan/tumbuhan, anda boleh memasukkan kedua-duanya dalam diet anda dengan bijak.

Perlu diingat bahawa lemak juga menyelinap masuk ke dalam diet anda melalui gula-gula, pencuci mulut, kerepek dan banyak makanan goreng.

Oleh itu, rajinkanlah diri membaca label makanan di samping kerap mengambil makanan segar berbanding produk siap diproses.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.health.harvard.edu/staying-healthy/the-truth-about-fats-bad-and-good

“Trans Fat Free Food: What’s the Truth?” Alice H. Lichtenstein, DSc, Gershoff Professor of Nutrition Science and Policy, director and senior scientist, Cardiovascular Nutrition Laboratory, Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging, Tufts University. Robert Eckel, MD, past president, American Heart Association. Michael Jacobson, PhD, executive director, Center for Science in the Public Interest. Colleen Doyle, MS, RD, nutrition and physical activity director, American Cancer Society.

 

 

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

8 Jenis Makanan Yang Membantu Menurunkan Asid Urik Lantas Mencegah Gout!

Dalang Sebenar Anda Menjadi Gemuk, Ia Adalah Gula Dan Bukan Lemak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan