backup og meta

Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/05/2020

    Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

    Macam pelikkan bila penulis menggalakkan anda untuk cuba mengambil bertih jagung (popcorn) sebagai snek untuk tips kekal sihat? Tak percaya? 

    Tips kekal sihat: Turunkan berat badan dengan popcorn

    Jangan salah faham. Penulis tidak maksudkan popcorn yang dibeli sebelum memasuki panggung wayang.

    Makanan tersebut telah disalut dengan karamel dan perasa tambahan menjadikan kalorinya setinggi 1,000.

    Pada tahun 2009, Center for Science in the Public Interest telah mendapati bahawa set kombo bertih jagung dan air berkarbonat bersaiz medium yang sering dijual di kiosk panggung wayang mempunyai 1,610 kalori.

    Ia juga mempunyai 60 gram kandungan lemak tepu bersamaan dengan jumlah rekomendasi pengambilan lemak untuk tempoh 3 hari.

    Secara terang-terangan, bertih jagung ini tidak sesuai untuk dimakan jika anda ingin menurunkan berat badan.

    Walau bagaimanapun, bertih jagung mentah (air popped popcorn) hanya mengandungi 31 kalori secawan. Ia merupakan snek yang mengandungi jumlah kalori terendah berbanding dengan snek-snek yang lain.

    Tambahan pula, 15 kalori bertih jagung mentah ini mempunyai kapasiti kekenyangan yang sama dengan 150 kalori keropok kentang.

    Namun, kunci kepada kejayaan untuk menurunkan berat badan bergantung kepada disiplin diri dalam mengehadkan pengambilan makanan meskipun ia sihat, seperti bertih jagung ini.

    Jika diambil pada jumlah yang banyak, ia tetap menggemukkan. 

    Tips kekal sihat: Popcorn tinggi serat

    bertih jagung

    Bertih jagung mentah diperbuat daripada bijian yang tidak diproses, bermaksud ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

    Serat merupakan mineral yang tidak boleh diserap oleh tubuh namun ia memberikan beberapa kesan baik terhadap fisiologi badan.

    Serat boleh mengurangkan tahap penyerapan glukosa di usus kecil bagi memberikan kestabilan rembesan insulin seterusnya boleh menyumbang kepada penurunan berat badan yang sihat.

    Ia juga melancarkan pergerakan najis melalui usus besar dan memainkan peranan penting dalam menghindari kanser usus yang sedang menular kini.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Joe Vinson, walaupun bijirin sarapan seperti oat sering dipasarkan sebagai bahan makanan bijirin tulen.

    Walau bagaimanapun, ia tidak mengandungi peratusan bijirin setinggi bertih jagung mentah.

    Kandungan seratnya dapat mengekalkan tahap kekenyangan individu untuk jangka masa yang lama dan ia dapat memberikan kesan positif terhadap sistem penghadaman individu.

    Komponen antioksidan

    Polyphenol merupakan molekul antioksidan yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Ia dapat menurunkan tahap keradangan di dalam badan dan sering dikaitkan dengan kelanjutan usia.

    Namun, kebaikan antioksidan ini hanya boleh dinikmati pada kadar minimum memandangkan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan air yang tinggi.

    Popcorn juga mempunyai molekul antioksidan ini membuatkan ia makanan terbaik untuk kekal sihat.

    Baca juga:

    Malah, ia mempunyai kandungan polyphenol yang sangat pekat memandangkan kandungan airnya yang sedikit (4 peratus). 

    Semangkuk bertih jagung mempunyai jumlah polyphenol yang lebih tinggi daripada mana-mana buah-buahan atau sayur-sayuran. Ia merupakan salah satu alternatif yang sihat.

    Bijian ini juga kaya dengan vitamin yang merupakan komponen penting dalam diet setiap individu.

    Kandungan polyphenol di dalamnya boleh menghindarkan anda daripada mendapat penyakit kardiovaskular dan kanser memandangkan polyphenol mempunyai sifat antiradang. 

    Konklusi

    Pemakanan seimbang adalah kunci kepada kelanjutan usia. Popcorn mentah mempunyai kebaikan yang pelbagai.

    Jika anda ingin mengambil snek ketika menonton televisyen, bertih jagung mentah merupakan pilihan terbaik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan