backup og meta

Selalu Rebus Telur Tapi 'Menggerutu' Masa Kupas? Ini 2 Cara Merebus Confirm Telur Licin!

Selalu Rebus Telur Tapi 'Menggerutu' Masa Kupas? Ini 2 Cara Merebus Confirm Telur Licin!

Anda suka makan telur? Tahukah anda, ada banyak cara rebus telur yang anda perlu tahu? Sudah tiba masanya untuk anda ‘kejutkan’ chef dalam diri anda dan cuba cara buat telur rebus yang berbeza supaya masakan anda kekal unik tapi dalam masa yang sama, sedap dan berkhasiat!

Bahagian putih dan kuning telur kedua-duanya kaya dengan nutrisi seperti protein, vitamin dan mineral. Kuning telur mengandungi banyak vitamin larut air seperti vitamin D dan E. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan asid lemak yang penting untuk badan.

Ada sebabnya mengapa ramai suka makan telur. Selain rasanya yang sedap, telur juga merupakan sejenis makanan yang sangat versatil. Anda boleh goreng atau rebus telur, makan bersama salad atau dibuat sambal – pendek kata, apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan bincangkan mengenai kebaikan telur dan beberapa cara rebus telur yang kreatif. Barulah orang rumah kagum dengan kepelbagaian masakan anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Kebaikan telur rebus untuk kesihatan anda

cara rebus telur

  1. Kaya dengan pelbagai nutrisi. Telur merupakan sumber nutrisi yang sukar untuk didapati seperti vitamin D dan B12 serta mineral, iodin. Malah, telur juga mengandungi protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino yang berbeza.
  2. Baik untuk kesihatan jantung. Telur juga mengandungi betain dan kolina yang bermanfaat untuk jantung.
  3. Sumber kolina yang terbaik. Kolina bukan sahaja baik untuk jantung, ia juga bermanfaat untuk kesihatan otak. Malah, ia diperlukan oleh badan untuk pelbagai fungsi otak, lebih-lebih lagi dalam menguatkan memori.
  4. Bagus untuk mata. Telur juga mengandungi karotena seperti lutein dan zeaxanthin yang amat penting untuk mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula.

Tidak kiralah apa jua cara buat telur rebus yang anda gunakan, kandungan nutrisinya tetap sama. Jadi anda bebas untuk bereksperimen dengan cara masakan yang anda suka. Malah, anda juga boleh berkongsi resepi dalam komuniti keibubapaan Hello Doktor.

Cara rebus telur yang perfect

cara rebus telur

Saiz, suhu dan usia telur memainkan peranan yang sangat penting jika anda inginkan telur yang mudah dikupas. Untuk telur yang perfect, kami sarankan penggunaan telur yang baru dibeli atau baru berusia seminggu dua.

Di bawah, kami sediakan cara rebus telur untuk panduan anda:

  1. Rebus telur. Letakkan telur dalam periuk dan masukkan air hingga berketinggian lebih kurang 1 inci. Kemudian, nyalakan api dan tunggu air mendidih. Telur akan dimasak menggunakan gabungan air dan wap. Jadi, jangan lupa sediakan tutup periuk!
  2. Tutup api apabila air mula mendidih. Tutup periuk dan biarkan telur masak selama 10-12 minit. Jika anda sukakan kuning telur yang lebih berkrim, 10 minit sudah mencukupi.
  3. Pindahkan telur ke dalam bekas air berais selama 14 minit. Kemudian, baru kopek kulit telur dengan perlahan-lahan.

Jika anda mahu simpan telur rebus tersebut dan makan nanti, anda boleh simpannya dalam peti ais tanpa dikopek.

Namun, jangan sesekali culas semasa merendam telur dalam air berais. Proses ini amat penting untuk menghentikan proses memasak dan memastikan kulit telur mudah untuk dikupas.

Keliling kuning telur berwarna hijau? Jangan risau, resepi ini akan mengurangkan kebarangkalian telur dimasak terlalu lama dan mengelakkan cincin berwarna hijau daripada terbentuk di keliling kuning telur. Tak percaya? Cubalah!

Baca juga:

Cara rebus telur dengan kuning telur yang masih cair

cara rebus telur

Tidak dinafikan, telur rebus yang masak sepenuhnya sangat sedap. Tetapi, ada di antara kita yang lebih gemarkan telur rebus dengan bahagian kuning yang cair dan berkrim. Rasanya juga sangat sedap, seakan-akan keju cair!

Selalunya, telur ini dimakan bersama ramen, semangkuk salad atau roti bakar. Malah, ia juga boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek buat pengalas perut.

Walaupun nampak kompleks, telur rebus jenis ini amat mudah untuk disediakan. Cara rebus telur ini adalah:

  1. Panaskan air. Pastikan air diisi hanya sebanyak 1 inci. Kemudian, panaskan air hingga mendidih dan perlahankan api.
  2. Letakkan telur dalam periuk. Set masa selama 7 minit.
  3. Sediakan satu mangkuk berisi air berais. Apabila jam berbunyi, keluarkan telur daripada air panas dan masukkan ke dalam bekas tersebut untuk menghentikan proses memasak.

Akhir sekali, kupas telur. Anda boleh pecahkan bahagian bawah telur untuk membuang kulitnya dan gunakan sudu kecil untuk mengupas. Tetapi, sudah tentulah cara yang paling mudah adalah kupas menggunakan tangan!

Kini, anda ada banyak cara buat telur rebus yang boleh dipraktikkan di dapur.

Telur rebus merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Bagi ibu mengandung, telur rebus selamat dimakan dan sangat bermanfaat dalam menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Lepas ini, bolehlah gunakan cara rebus telur di atas untuk sediakan sarapan pagi!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 9 Health Benefits of Eating Eggs for Breakfast. https://www.keckmedicine.org/blog/10-healthy-benefits-of-eating-eggs-for-breakfast/. Accessed on July 14, 2022.
  2. Eggs. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/eggs/. Accessed on July 14, 2022.
  3. Eggs: Are they good or bad for my cholesterol? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/expert-answers/cholesterol/faq-20058468. Accessed on July 14, 2022.
  4. The Health Benefits of Eggs. https://www.australianeggs.org.au/nutrition/health-benefits. Accessed on July 14, 2022.
  5. What You Need to Know About Egg Safety. https://www.fda.gov/food/buy-store-serve-safe-food/what-you-need-know-about-egg-safety. Accessed on July 14, 2022.

Versi Terbaru

08/06/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Boleh Makan Telur & Daging Kalau Anda Ada Kolesterol Tinggi, Betul Ke?

Inginkan Resipi Donut Gebu Yang Sihat? Buat Ikut Sukatan Cawan, Tanpa Telur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan