backup og meta

Trend Minum Air Kangen, Benarkah Jika Ia Lebih Bagus Dari Air Biasa Atau Mineral?

Bukan, ia tidak ada kaitan dengan kugiran popular dari negara seberang. Namun, air kangen ini juga sudah jadi trend kesihatan yang amat popular. Apakah ia? Adakah tidak wujud bahaya air ini?

Trend Minum Air Kangen, Benarkah Jika Ia Lebih Bagus Dari Air Biasa Atau Mineral?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Air kangen itu dari jenis alkali?

Untuk pengetahuan anda semua, kangen water adalah sejenis minuman alkali yang mengandungi kadar pH jauh lebih tinggi berbanding minuman lain seperti dari jenis biasa atau mineral.

Kebiasaannya, air minuman lain memiliki kadar pH neutral sekitar angka 7 manakala air ini pula mempunyai kadar pH sehingga angka 8 ke 9. Sedikit perbezaan ini punya banyak kesan.

Dek kerana kadar pH yang tinggi, ramai percaya kebaikan air kangen boleh meneutralkan asid dalam tubuh badan!

Kenapa ramai yang mula memilih untuk mengambil air ini sebagai pilihan minuman kesihatan?

Selain meneutralkan asid dalam badan, air alkali juga dipercayai akan membawa pelbagai khasiat dan manfaat kesihatan termasuk mencegah daripada pelbagai penyakit kronik seperti kanser.

Bezanya dengan jenis biasa dan mineral

air kangen
Air alkali berbeza dengan jenis minuman yang lain.

Sebelum beli dan minum air alkali, adalah penting untuk anda tahu apa beza air kangen dengan air lain:

  • Air biasa – Air dari sumber semula jadi yang perlu direbus atau dimasak terlebih dahulu sebelum diminum untuk menyingkirkan anasir tidak selamat.
  • Air mineral – Air dari sumber semula jadi yang diproses dan ditambah dengan variasi mineral penting bagi meningkatkan lagi khasiat serta manfaat.
  • Air alkali – Air dari sumber semula jadi yang diproses dengan kaedah elektrolisis dalam usaha untuk memisahkan molekul asid dengan molekul alkali.

Dalam erti kata lebih mudah, kesemua jenis air ini masih berasal dari sumber semula jadi seperti sungai, tasik, danau atau hujan yang telah ditakung di dalam tangki dan paip rumah anda.

Perbezaannya pula hanya pada cara ia diproses serta bahan yang ditambah ke dalam air tersebut. Jika anda hendak tahu mana yang paling sihat untuk kesihatan, maka terus baca artikel ini.

Adakah selamat minum air kangen?

Seperti mana yang kami sudah beritahu di atas tadi, ia adalah sejenis air alkali yang punya kadar pH tinggi dan boleh membaca banyak khasiat dan manfaat namun adakah ia selamat?

Pengambilan air alkali ini adalah selamat kerana ia masih berasal dari sumber semula jadi seperti air biasa dan mineral.

Bahaya air alkali yang sangat tinggi kandungan alkali di dalamnya juga mungkin tidak akan beri sebarang kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan.

air kangen
Air alkali memberikan manfaat kesihatan yang besar.

Pun begitu, ramai pakar lebih mengutamakan sama ada ia benar sihat untuk individu atau tidak. Ini kerana belum ada bukti saintifik cukup kuat untuk sokong kenyataan yang berikut.

Sehubungan dengan pelbagai khasiat air kangen yang diwar-warkan, individu mungkin perlu tahu bahawa manfaat yang ramai percaya mungkin benar atau sekadar khabar angin sahaja.

Apakah manfaat minum air kangen?

Sehingga kini, manfaat daripada air alkali ini masih menjadi hal yang kontroversi. Ini kerana ramai orang percaya jika air kangen bagus manakala ramai pakar pula masih menyangkal dakwaan itu.

Sebagai contoh, kajian pada tahun 2012 menemukan individu yang kerap minum air alkali dengan kadar pH 8.8 mampu menyahaktifkan pepsin, enzim yang memicu refluks asid perut.

Penelitian lain pula menyatakan bahawa ia mungkin boleh bawa manfaat kepada pesakit penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi serta isu jantung.

Meskipun sudah wujud beberapa penelitian tentang manfaat air ini, kajian lanjutan masih perlu dijalankan. Ini sangat penting dalam usaha untuk kita semua menyelesaikan teka-teki tersebut.

Adakah minuman ini selamat dan sihat untuk diminum oleh individu kerana tidak wujud keburukan air kangen?

air kangen
Air sejuk atau panas yang lebih bagus?

Minuman mana yang paling bagus?

Seperti mana yang telah disarankan sejak dari dahulu, individu perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Tetapi, tidak pula dikatakan jenis air mana yang paling bagus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), individu perlu elak minuman yang rendah mineral pada setiap hari kerana ia mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan pada anda.

Jika hendak dibandingkan di antara 3 jenis minuman di atas tadi, air biasa adalah yang paling rendah mineral. Jadi, ia mungkin perlu dikurangkan? Manakala bagi minuman mineral dan kangen, ia sudah tentu lebih tinggi mineral – amat bagus diamalkan!

Kalkulator BMR

health-tool-icon

tahun

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Is alkaline water better for you than plain water?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/alkaline-water/faq-20058029, Accessed June 2 2022.
  2. Health Benefits of Alkaline Water, https://www.news-medical.net/health/Health-Benefits-of-Alkaline-Water.aspx, Accessed June 2 2022.
  3. Is Alkaline Water Good for You? It’s a Hard Question to Answer, https://connectforwater.org/is-alkaline-water-good/, Accessed June 2 2022.
  4. Alkaline Water: A Scam?, https://nutritionfacts.org/topics/alkaline-water/, Accessed June 2 2022.
  5. Bottled Alkaline Water — Don’t Believe the Marketing Hype, https://health.clevelandclinic.org/alkaline-water-dont-believe-the-marketing-hype/, Accessed June 2 2022.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Bagi Badan Kurus, Bila Waktu Sesuai Minum Teh Hijau?

7 Minuman Untuk Kurus, No. 4 Paling Ramai Orang Suka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan