backup og meta

AWAS! Sebenarnya Terdapat Bahaya Penapis Air Terhadap Kesihatan Mulut Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/08/2023

    AWAS! Sebenarnya Terdapat Bahaya Penapis Air Terhadap Kesihatan Mulut Anda!

    Zaman sekarang, kebanyakan orang sudah tidak lagi menjerang air memakai cerek kerana sudah tahu akan kebaikan penapis air tanpa peduli tentang bahaya penapis air.

    Lihat sahaja di dalam rumah atau pejabat, majoriti mesti memasangnya.

    Pun begitu, ada ura-ura yang mengatakan bahawa air yang ditapis menggunakannya tidak selamat untuk diminum dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mulut. Benarkah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

    Perlu atau tidak anda pasang penapis air?

    Kini, lambakan jenama penapis air sama ada tempatan atau luar negara telah berada di pasaran.

    Bukan itu sahaja, mereka juga kini sudah bergiat lebih aktif dengan menggunakan khidmat ejen untuk memasarkan atau mempromosikan setiap produk mereka.

    Maka, tidak hairanlah jika banyak kediaman yang memasangnya tanpa tahu apa bahaya penapis air ini.

    Persoalannya, adakah ia satu keperluan?

    bahaya penapis air

    Untuk pengetahuan anda, syarikat pengurusan bekalan air di Malaysia seperti Syabas, Sains dan Ranhill SAJ dan lain-lain telah menetapkan standard taraf kualiti air di negara kita yang berpandukan standard World Health Organization (WHO).

    Oleh itu, kandungan klorin dan florida dalam air di negara adalah selamat untuk digunakan sebagai air minuman.

    Jadi, pemasangan penapis air di dalam kediaman anda adalah alternatif pilihan anda sendiri, bukannya satu keperluan.

    Ini bahaya penapis air kepada kesihatan!

    Di negara kita, syarikat bekalan air telah membekalkan air yang mengandungi klorin dan florida dan pelbagai mineral lain kepada kita.

    Ia sebenarnya adalah satu kaedah yang paling jimat, selamat dan efektif dalam mencegah penyakit karies gigi.

    Pun begitu, sudah banyak kajian kini yang membuktikan alat penapis air dengan sistem osmosis berbalik akan mengurangkan atau menyingkirkan terus kandungan mineral-mineral ini.

    Oleh itu, ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kesihatan mulut kita.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ia sebenarnya mungkin akan mengganggu sistem yang telah dicipta oleh manusia dalam membekalkan mineral-mineral yang diperlukan oleh kesihatan mulut kita.

    Jadi, apakah yang boleh anda lakukan?

    bahaya penapis air

    Pilih alat yang jauh lebih sesuai ya?

    Tidak salah untuk anda menggunakannya dengan alasan untuk menghilangkan rasa payau pada air atau menyahkan warna dan bendasing yang terdapat dalam air.

    Cuma, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu:

  • Pastikan sistem penapisan air yang anda gunakan telah berdaftar dengan badan regulasi seperti SIRIM
  • Pastikan sistem penapisan air yang anda gunakan diselenggara secara berkala seperti 3 bulan sekali
  • Jadi, keputusan untuk memasang sistem penapisan air di rumah atau pejabat adalah terletak di tangan anda.

    Ya, mungkin ada bahaya penapis air kepada kesihatan mulut kita. Namun, kita juga tidak boleh nafikan ia berkesan dalam menapis bau, warna dan tekstur air.

    Jika anda tidak mahu menggunakannya, tidak wujud sebarang masalah. Anda masih boleh terus menggunakan cerek untuk menjerang air!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan