home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

6 Helah Berpuasa untuk Penagih Kopi

6 Helah Berpuasa untuk Penagih Kopi

Data Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan perubahan mood dan tingkah laku. Bukan itu sahaja, kafein juga boleh mengganggu kerja, pekerjaan, serta kemampuan berfikir dalam masa tertentu. Anda penagih kopi? Baca tip ini untuk menjalani puasa dengan lebih baik.

Hentikan kopi seminggu sebelum puasa

Ia mungkin satu kerja gila bagi anda tetapi ia sangat bermanfaat. Jika anda menghentikan pengambilan kopi seminggu sebelum Ramadan, anda akan mengalami simptom penarikan ketika tidak berpuasa. Ketika ini anda mungkin mengalami sakit kepala atau pening selama 3 hingga 6 hari kerana badan tidak menerima kafein secara mengejut. Namun, ini akan membantu anda menjalani puasa dengan lebih baik tanpa kopi.

Jadualkan pengambilan kopi

Jika anda tidak boleh menghentikan pengambilan kopi sebelum Ramadan, anda boleh meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari dan elakkan pengambilannya pada waktu siang. Dengan ini secara tidak langsung akan membantu badan anda terbiasa untuk tidak meminum kopi pada awal pagi atau sepanjang waktu siang

Makan banyak karbohidrat untuk tenaga
Salah satu sebab mengapa kebanyakan orang meminum kapo adalah disebabkan tenaga yang dibekalkannya. Jadi, anda boleh menggantikan kopi dengan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membekalkan banyak tenaga untuk badan anda. Selain itu, banyakkan memakan buah-buahan antara berbuka dan sahur. Jangan lupa manisan Ramadan juga kerana ia membuatkan bertenaga dan membantu anda tidak memerlukan kopi.

Pisang kekalkan anda terhidrat

Pisang membuatkan anda terhidrat, yang mana sangat diperlukan pada waktu pagi semasa Ramadan. Tetapi selain itu, pisang membantu meneutralkan sakit kepala yang berlaku kerana kekurangan kafein.

Hanya minum secawan selepas iftar bukannya semasa sahur

Anda dibenarkan minum secawan kopi dalam masa 2 jam selepas berbuka puasa, tetapi tidak semasa sahur. Elakkan berbuka puasa dengan kopi kerana ia membuatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada perut kosong dan seterusnya menyakitkan mukosa perut. Tetapi dengan meminumnya selepas 2 jam lebih baik, kerana badan anda akan menyesuaikan tahap glukosa darah ketika itu. Manakala, minum secawan pada waktu sahur akan membuatkan anda dehidrasi selama seharian.

Minum teh pada waktu malam
Nikmati pelbagai teh selepas berbuka puasa. Ya, teh mengandungi kafein tetapi pada tahap yang lebih rendah. Teh adalah lebih sihat dan kurang ketagihan. Ia juga membantu meneutralkan sakit kepala dan ketegangan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

6 Tricks For Coffee Addicts to Survive Ramadan This Year http://identity-mag.com/6-tricks-coffee-addicts-survive-ramadan-year/ Accessed 16 May 2018.

Puasa kopi bikin pusing? Itu tanda kecanduan kafein! https://www.merdeka.com/sehat/puasa-kopi-bikin-pusing-itu-tanda-kecanduan-kafein.html Accessed 16 May 2018.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 16/05/2018
x