backup og meta

11 Tanda Dehidrasi Berbahaya Semasa Puasa

11 Tanda Dehidrasi Berbahaya Semasa Puasa

Sepanjang berpuasa, terdapat pelbagai cabaran yang tidak diduga. Misalnya tiba-tiba mengalami dehidrasi. Dehidrasi ringan sering terjadi pada bulan Ramadan. Namun, hati-hati kalau mengalami dehidrasi yang serius atau kronik. Dengan mengenali  tanda dehidrasi semasa puasa yang membimbangkan, anda boleh elak daripada perbagai komplikasi lain.

Faktor dehidrasi serius semasa puasa

Dehidrasi adalah keadaan tubuh kekurangan cairan sehingga tidak boleh berfungsi dengan baik. Puasa, jika dilakukan dengan betul, biasanya tidak menyebabkan dehidrasi walaupun tidak minum apa pun selama berjam-jam. Namun, perkara berikut boleh mendorong kepada dehidrasi serius semasa puasa.

  • Aktiviti fizikal yang berat seperti bersukan
  • Diarrhea/cirit-birit
  • Berpeluh kerana berada di bawah terik matahari atau di ruangan panas
  • Muntah-muntah
  • Tidak makan atau minum apa-apa semasa sahur dan sebelum tidur di malam hari
  • Mengidap diabetes
  • Warga emas

Adakah dehidrasi semasa puasa berbahaya?

Dehidrasi ringan biasanya tak begitu berbahaya bagi kesihatan. Walau bagaimanapun, dehidrasi hingga serius sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Sekiranya anda mengalami dehidrasi yang serius, sebaiknya segera berjumpa doktor.

Jika tidak dirawat segera, anda berisiko mengalami gangguan fungsi ginjal dan penyakit batu karang. Dehidrasi juga menyebabkan kerosakan otot dan gangguan pencernaan, misalnya sembelit. Dalam kes yang tertentu, dehidrasi boleh menyebabkan pengsan atau kematian.

Simptom dehidrasi semasa puasa

Anda mungkin sudah tahu berbagai tanda dehidrasi ringan. Bermula dengan rasa haus, bibir dan kulit kering, pening, sakit kepala, lemas, hingga urin berwarna gelap atau juga tidak buang air kecil sama sekali.

Walau bagaimanapun, terdapat 11 tanda dehidrasi semasa puasa yang berbahaya dan mungkin mengancam nyawa. Anda perlu membatalkan puasa dan segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda atau orang sekeliling anda mengalami simptom berikut:

  1. Bingung dan tidak boleh berpikir
  2. Kulit tidak kembali asal setelah dicubit
  3. Bernafas laju
  4. Jantung berdebar
  5. Demam
  6. Meracau atau mengigau
  7. Pening ketika bangun dari tempat duduk, tapi pening tidak hilang
  8. Tidak buang air kecil lebih dari lapan jam
  9. Denyutan nadi lemah
  10. Kekejangan
  11. Tidak sedarkan diri/pengsan

Mengelakkan dehidrasi serius semasa puasa

Bagi mengelakkan dehidrasi serius ketika berpuasa, pastikan anda minum lapan gelas air sehari. Anda boleh membahagikan lapan gelas air semasa bersahur dan berbuka puasa. Sebaiknya bersahur dan berbuka dengan menu yang kaya dengan nutrisi penting.

Apabila anda mengalami diarrhea atau mengidap penyakit tertentu, bincang dengan doktor sama ada anda boleh menjalani puasa atau sebaliknya. Ini kerana, penyakit-penyakit tertentu seperti demam berdarah atau demam panas boleh menyebabkan tubuh anda kehilangan banyak cairan.

Selain itu, anda harus berhati-hati sekiranya merasakan simptom dehidrasi ringan. Berhenti atau kurangkan aktiviti berat dan cari tempat berteduh yang udaranya lembap. Anda juga boleh meletakkan pelembap pada bibir dan kulit yang kering. Ini boleh mengelakkan tanda dehidrasi semasa puasa yang lebih serius.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dehydration – Symptoms. http://www.nhs.uk/Conditions/Dehydration/Pages/Symptoms.aspx Diakses pada 7 Juni 2017.

What Happens to Your Body When You’re Dehydrated. http://articles.mercola.com/dehydration-symptoms.aspx Diakses pada 7 Juni 2017.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan