backup og meta

Tembikai Susu, Beri 4 Manfaat Ini Jika Diambil Semasa Berbuka Puasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    Tembikai Susu, Beri 4 Manfaat Ini Jika Diambil Semasa Berbuka Puasa

    Manfaat tembikai susu selain menjadi minuman berbuka puasa pada bulan Ramadan, ternyata nutrisi dan khasiatnya baik untuk kesihatan tubuh. Buah yang isinya berwarna oren dengan bentuk luar yang mirip labu ini, mempunyai nama latin iaitu cucumis melo var cantalupensis.

    Tembikai susu mudah didapati di pasaran tradisional di negara-negara Asia Tenggara, contohnya Indonesia dan Malaysia. Ingin tahu manfaat buah tembikai susu selain sajian dan rasanya yang menyegarkan? Ikuti artikel ini sepenuhnya.

    Nutrisi dan manfaat tembikai susu yang baik untuk kesihatan

    Tembikai susu atau boleh juga disebut cantaloupe, mempunyai pelbagai nutrisi, serta baik bagi yang menjalankan diet rendah kalori. Beberapa kandungan nutrisi yang terdapat pada buah tembikai susu antaranya adalah sumber serat, antioksida, beta karotena, potasium, magnesium, sumber vitamin A, vitamin B dan sumber vitamin C yang baik untuk menjaga ketahanan badan.

    Berikut merupakan manfaat tembikai susu yang baik untuk badan anda jika diambil semasa berbuka puasa:

    1. Baik untuk kesihatan kulit

    Biasanya buah-buahan yang berwarna oren seperti lobak merah, ubi keledek, labu dan sudah tentu tembikai susu, merupakan sumber karotenoid (pigmen organik tumbuhan) tinggi yang boleh mengurangkan risiko kanser kulit.

    Karotenoid juga berguna dalam menghilangkan rasa sakit dan kerosakan yang berkaitan dengan sengatan matahari. Pigmen karotenoid juga boleh mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit termasuk garis-garis halus, perubahan warna, dan kedutan. Jadi, pengambilan tembikai susu secara rutin boleh menjadikan wajah dan kulit tetap awet muda.

    2. Melancarkan pencernaan

    manfaat tembikai susu

    Tembikai susu adalah buah yang sangat menghidrasi badan kerana kandungan airnya yang tinggi. Ia cukup baik bagi pencernaan kerana membantu mendetoksifikasi badan, membuang racun, dan membantu usus mencerna makanan dengan baik. Selain itu, tembikai susu juga membantu karbohidrat yang sukar dicerna, yang boleh mencetuskan gejala Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan gangguan pencernaan lain.

    3. Rendah kalori dan baik untuk pengambilan diet

    100 gram tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori. Sedangkan kandungan air dan nutrisi pada manfaat blewah bagus untuk menurunkan berat badan anda. Ini adalah kerana tembikai susu mempunyai tekstur isi yang padat dan mengandungi nutrisi penting lain.

    Lalu ketika anda ingin melakukan diet rendah kalori, tembikai susu boleh menjadi pilihan yang tepat jika disukat dengan jumlah kalorinya yang rendah tetapi manfaat kesihatannya tinggi secara keseluruhan. Biasanya bagi mereka yang sedang mengikuti diet rendah kalori, kadangkala boleh mengalami kekurangan nutrisi, menyebabkan kitaran pencernaan yang buruk, ketahanan badan yang rendah, serta badan jadi mudah letih.

    Dengan mengambil atau menambahkan tembikai susu ke dalam makanan, diharapkan dapat membantu mengimbangi risiko tersebut dan memastikan badan memperoleh banyak vitamin dan mineral dalam proses menurunkan berat badan.

    4. Tembikai susu mampu cegah kanser

    Seperti yang telah disebutkan di atas, tembikai susu mengandungi sumber antioksida yang banyak seperti flavonoid seperti beta karotena, lutein, zea-xanthin dan Cryptoxanthin. Antioksida tersebut berperanan melindungi badan serta sel dan struktur badan lain dari kerosakan tekanan DNA. Banyak kajian yang juga telah menunjukkan bahawa tembikai susu bermanfaat untuk mencegah kanser di seluruh bahagian tubuh kerana kandungan antioksidanya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan