backup og meta

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca UTAMA Anda Cepat Gemuk!

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca UTAMA Anda Cepat Gemuk!

Makan dengan banyak bukanlah satu-satunya perkara yang membuatkan badan anda cepat gemuk. Sebenarnya, ada beberapa faktor lain yang menjadi penyebab badan gemuk yang mungkin tidak pernah anda ketahui atau terfikir.

Sila lihat kepada 5 perkara yang boleh buatkan anda jadi cepat gemuk.

Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.

#1. Makan dengan cepat

Salah satu penyebab badan gemuk adalah cara makan yang terlalu cepat atau gelojoh. Kajian ada menunjukkan bahawa orang yang makan makanan mereka dengan cepat cenderung untuk menjadi lebih gemuk atau obes.

Ini kerana, badan memerlukan lebih banyak masa untuk memberitahu otak anda bahawa ia sudah kenyang.

Oleh itu, individu yang makan dengan cepat sebenarnya telah mengambil lebih banyak makanan daripada keperluan tubuh sebelum mereka berasa kenyang.

Sekiranya anda seorang yang gemar makan dengan cepat, cuba makan dengan perlahan-lahan selepas ini dan kunyah gigitan makanan yang lebih kecil.

#2. Tidak minum banyak air

penyebab badan gemuk

Kajian menganggarkan bahawa sehingga 16-28% orang dewasa mengalami dehidrasi, dengan orang yang lebih tua mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Tidak minum air yang mencukupi boleh membuatkan anda menjadi haus. Menariknya, rasa dahaga yang dialami boleh disalah anggap sebagai tanda lapar atau keinginan terhadap makanan oleh tubuh.

Dalam satu kajian, saintis mendapati bahawa individu yang minum dua cawan air sebelum sarapan, makan 22% lebih sedikit kalori pada waktu makannya berbanding individu yang tidak minum air.

Jenis minuman yang terbaik semestinya adalah air kosong. Ini kerana air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.

Beberapa kajian mendapati bahawa menggantikan minuman manis dengan air kosong boleh mengurangkan pengambilan kalori sehingga 200 kalori sehari.

Sekiranya anda telah bosan dengan air kosong, cuba tambahkan potongan timun, lemon atau buah kegemaran anda untuk menambahkan sedikit rasa pada minuman tersebut.

#3. Makan dengan menggunakan pinggan yang besar

Pinggan bersaiz besar boleh jadi punca atau penyebab badan gemuk.

Dalam analisis terhadap 72 kajian, para saintis mendapati bahawa individu akan makan lebih banyak ketika dihidangkan di atas pinggan dan mangkuk yang lebih besar tanpa menyedarinya.

Secara puratanya, individu yang makan daripada pinggan mangkuk yang lebih besar menggunakan 16% lebih banyak kalori dalam setiap hidangan.

Selain itu, kajian lain mendapati bahawa, pakar pemakanan juga secara tidak sedar telah memakan 31% lebih banyak aiskrim apabila mereka diberi mangkuk yang lebih besar.

Ini berlaku kerana pinggan yang lebih besar dapat menjadikan hidangan makanan kelihatan lebih kecil daripada yang sepatutnya.

Ini membuat otak anda berfikir bahawa anda belum makan makanan tersebut dengan cukup. Beralihlah kepada pinggan mangkuk yang lebih kecil kerana ia dapat membantu anda makan lebih sedikit tanpa merasa lapar.

#4. Duduk terlalu lama

penyebab badan gemuk

Duduk terlalu lama juga boleh menjadi penyebab badan gemuk. Walaupun ia kelihatan seperti tidak berbahaya, tapi kajian menunjukkan bahawa orang yang duduk lebih lama cenderung untuk mengalami kegemukan.

Di samping itu, mereka juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kronik dan kematian awal.

Sebagai contoh, analisis enam kajian terhadap hampir 600,000 individu mendapati bahawa orang dewasa yang duduk lebih dari 10 jam sehari, seperti pekerja pejabat, rata-ratanya, mempunyai risiko kematian awal 34% lebih tinggi.

Menariknya, kajian juga mendapati bahawa orang yang duduk paling lama nampaknya tidak begitu aktif dalam bersenam, yang semestinya boleh membantu menurunkan berat badan.

Sekiranya kerja anda memerlukan anda untuk sering duduk dalam jangka masa yang lama, pastikan anda bersenam sama ada sebelum bekerja, semasa makan tengah hari atau selepas bekerja beberapa kali dalam seminggu.

Anda juga boleh cuba menggunakan meja berdiri untuk mengelakkan duduk terlalu lama semasa bekerja.

#5. Ambil lebih banyak kalori melalui minuman

Penyebab badan gemuk yang kelima ialah berkaitan dengan minuman.

Minum jus buah-buahan, minuman ringan dan minuman lain mungkin membuat anda bertambah gemuk.

Otak anda tidak mengesan kalori daripada minuman anda dengan cara yang sama ia mengesan kalori daripada makanan.

Dalam satu kajian, 40 individu dikehendaki mengambil sejumlah 300 kalori daripada buah epal, sos epal atau jus epal dengan makanan mereka pada enam waktu yang berbeza.

Para saintis mendapati buah epal lebih mengenyangkan berbanding daripada jus epal yang tidak mengenyangkan. Dapatkan kalori anda daripada makanan dan bukannya minuman.

Makanan memerlukan lebih banyak masa untuk dikunyah dan ditelan, sekali gus memberikan otak anda lebih banyak masa untuk memproses isyarat lapar.

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi tabiat lain yang sering menjadi penyebab badan gemuk

Faktor-faktor penyebab badan gemuk ini tidak lain berpunca daripada tabiat tidak sihat kita sendiri.

5 penyebab cepat gemuk ini adalah antara yang paling sering dilakukan oleh ramai individu di luar sana. Oleh itu, elakkan daripada melakukan perkara-perkara ini jika anda ingin kembali kurus dan ramping. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ohkuma, T., Hirakawa, Y., Nakamura, U., Kiyohara, Y., Kitazono, T., & Ninomiya, T. (2015). Association between eating rate and obesity: a systematic review and meta-analysis. International journal of obesity (2005), 39(11), 1589–1596. https://doi.org/10.1038/ijo.2015.96

Yosten GLC, Samson WK. Separating Thirst from Hunger. In: De Luca LA Jr, Menani JV, Johnson AK, editors. Neurobiology of Body Fluid Homeostasis: Transduction and Integration. Boca Raton (FL): CRC Press/Taylor & Francis; 2014. Chapter 6. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK200963/

Brown, W. J., Miller, Y. D., & Miller, R. (2003). Sitting time and work patterns as indicators of overweight and obesity in Australian adults. International journal of obesity and related metabolic disorders : journal of the International Association for the Study of Obesity, 27(11), 1340–1346. https://doi.org/10.1038/sj.ijo.0802426

Malik, V. S., Schulze, M. B., & Hu, F. B. (2006). Intake of sugar-sweetened beverages and weight gain: a systematic review. The American journal of clinical nutrition, 84(2), 274–288. https://doi.org/10.1093/ajcn/84.1.274

Portion, package or tableware size. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4579823/. Accessed November 13, 2020.

 

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

Gemuk Mesti Dianggap Miliki Zakar Kecil, Tapi Berapa Saiz Normal Kemaluan Lelaki?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan