
Walaupun jerawat telah hilang, anda masih boleh melihat parut kecil jerawat pada kulit anda. Parut ini boleh menghalang kulit anda dari kelihatan sempurna dan menggelapkan kulit anda. Jangan risau! Makanan ini boleh membantu anda mengelakkan parut jerawat dengan mudah.
Ubi keledek
Ubi keledek kaya dengan vitamin A. Ia adalah penting untuk penyembuhan kulit kerana ia adalah sejenis antioksida yang kuat. Kerana sifat-sifatnya sebagai antioksida, ia efektif dalam mengukuhkan sistem imun dan membantu proses penyembuhan dengan mengurangkan keradangan. Vitamin A penting untuk proses pertumbuhan semula, membantu mencegah kedutan dan bintik hitam.
Bayam
Bayam adalah sejenis sayur yang kaya dengan zink unsur surih. Bagaimana zink membantu penyembuhan kulit? Walaupun zink bukanlah penyembuh ajaib untuk jerawat, tetapi ternyata bahawa ramai penghidap jerawat mengalami kekurangan zink. Mengambil zink atau makanan yang kaya dengan zink adalah cara yang mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Badam
Vitamin E, yang boleh didapati dalam badam, adalah sejenis antioksida. Fungsi utamanya dalam penjagaan kulit adalah dengan memberikan perlindungan dari sinaran matahari, tetapi ia juga boleh digunakan dalam merawat kulit kering dan keradangan dengan membuatkan kulit kekal terhidrat dan sihat untuk menghasilkan kolagen.
Flaxseed
Asid lemak omega-3 dalam flaxseed adalah sejenis antioksidan. Omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan kemerahan dan bengkak, mengehadkan kerengsaan. Semua ini adalah aspek positif untuk kulit yang lebih sempurna. Asid lemak menggalakkan penghasilan secara semula jadi, bahan kimia yang mengawal keradangan.
Kapsikum kuning
Warna kuning adalah petanda bagi vitamin C. Vitamin C adalah pada kadar yang tinggi di dalam epidermis (lapisan luar kulit) serta dermis (lapisan dalaman kulit). Sifat anti-kanser (antioksida), dan peranannya dalam membantu penghasilan kolagen membantu memberikan kulit yang sihat.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.