backup og meta

Tanda Kekurangan Vitamin C Sepanjang Ramadan

Tanda Kekurangan Vitamin C Sepanjang Ramadan

Vitamin C adalah salah satu nutrisi penting bagi tubuh, kerana vitamin C berfungsi  meningkatkan kekebalan tubuh dan mencegah flu sepanjang berpuasa. Biasanya simptom kekurangan vitamin C semasa puasa yang paling sering terjadi adalah bibir pecah/kering dan gusi berdarah. Namun ingat, puasa bukanlah penyebab semua masalah tersebut, melainkan gaya hidup dan pola pemakanan tidak sehat sepanjang bulan puasa yang menjadi penyebabnya.

Puasa baik untuk kesihatan anda jika dilakukan dengan betul. Menjaga tubuh sentiasa sihat merupakan salah satu kewajiban sepanjang menjalani ibadah puasa. Itu sebabnya anda harus memastikan tubuh mendapatkan nutrisi yang diperlukan, termasuk memastikan pengambilan vitamin C mencukupi semasa puasa.

Faktor kekurangan vitamin C semasa puasa

Jika pengambilan vitamin C harian anda di bawah dos yang disyorkan, ini akan menyebabkan anda kekurangan vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh yang utamaa, oleh itu anda harus mengambil vitamin C dalam jumlah yang tepat. Ini kerana vitamin C hanya diperlukan tubuh dalam jumlah kecil sesuai dengan keperluan setiap tubuh manusia. Jumlah vitamin C yang diperlukan tubuh kira-kira 45-75 mg per hari.

Kekurangan vitamin C biasanya terjadi akibat pola pemakanan tidak teratur, seperti tidak makan buah dan sayuran. Selain itu, kebiasaan merokok dan memasak dengan kaedah yang salah seperti bergoreng akan mengurangi kadar vitamin C dalam darah. Hal ini dapat menyebabkan stres oksidatif (yang dapat menyebabkan kerosakan sel). Disebabkan itu, penting untuk anda mengenali simptom kekurangan vitamin C semasa puasa.

Simptom kekurangan vitamin C semasa puasa

Jika anda adalah seorang yang berminat melihat perubahan fizikal, ia boleh menjadi langkah pertama untuk mencegah kekurang vitamin C apabila berpuasa. Ini adalah tanda-tanda kekurangan vitamin C semasa puasa yang perlu anda tahu:

  • Badan cepat penat kerana kekurangan tenaga
  • Sakit otot dan sendi
  • Mudah lebam
  • Terdapat bintik merah pada kulit
  • Rambut kering, bercabang dan gugur
  • Bengkak dan perubahan warna gusi
  • Pendarahan gusi secara tiba-tiba
  • Gingivitis (radang gusi)
  • Mudah dijangkiti kerana sistem imun lemah
  • Gangguan pencernaan
  • Luka lambat sembuh
  • Penurunan berat badan

Cara mencegah kekurangan vitamin C semasa puasa

Anda boleh mendapatkan nutrisi dan vitamin C paling banyak dari buah dan sayuran. Makanan semula jadi akan memberi tubuh anda sumber nutrisi yang paling banyak, jadi walaupun kebanyakan orang memilih untuk mengambil suplemen supaya mendapatkan lebih banyak vitamin ke dalam tubuh mereka namun ternyata sumber terbaik vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh ada pada buah dan sayuran semula jadi. Pastikan anda mengambil buah-buahan dan sayuran untuk berbuka dan sahur yang kaya vitamin C.

Buah yang tinggi kandungan vitamin C adalah jambu, oren, betik, kiwi, strawberi, nanas, dan mangga. Sama ada dimakan begitu sahaja atau yang sudah diolah menjadi jus. Namun pastikan jika anda membuat jus, tidak ditambahkan dengan gula. Sedangkan sayuran yang tinggi kandungan vitamin C seperti, brokoli, kubis, lada, cabai dan sayuran berwarna hijau lainnya.

Jangan lupa untuk memperhatikan terhadap kaedah memasaknya, kaedah memasak yang tidak tepat akan mengurangkan kandungan nutrisi di dalam buah dan sayur yang anda makan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vitamin C Deficiency And Risk Of Myocardial Infarction: Prospective Population Study Of Men From Eastern Finland. – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9066474 diakses pada 31 Mei 2017

Fasting and Your Health – http://www.nhs.uk/Livewell/Healthyramadan/Pages/fastingandhealth.aspx diakses pada 31 Mei 2017

8 Symptoms of Vitamin C defiency – http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/vitamins-minerals/8-symptoms-of-vitamin-c-deficiency.html diakses pada 31 Mei 2017

Vitamin C Foods, Signs of Deficiency, & Health Benefits – https://draxe.com/vitamin-c-foods/ diakses pada 31 Mei 2017

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan