Adakah boleh suntik vitamin C semasa puasa?
Beberapa ahli kesihatan terkemuka tidak mengesyorkan anda untuk menyuntik vitamin C semasa puasa. Rutin menerima suntikan vitamin C dos tinggi boleh menyebabkan risiko terlebih dos vitamin C. Dos umum untuk suntik vitamin C adalah kira-kira 500 mg sampai 1 g. Namun dos besar hingga 25 g boleh diberikan jika diperlukan. Anda juga harus mempertimbangkan pengambilan vitamin C dari makanan dan suplemen multivitamin sepanjang bulan puasa.
Ternyata, keperluan vitamin C harian orang dewasa di antara 75–90 mg sehari. Sementara itu, had maksimum vitamin C dalam satu hari yang dibenarkan adalah 2000 mg. Jika anda mengambil vitamin C melebihi had ini, anda boleh mengalami muntah, pedih ulu hati (heartburn), sakit kepala, insomnia, hingga batu karang. Pemberian suntikan vitamin C dalam dos tinggi sebenarnya hanya diperlukan untuk orang-orang yang mengalami defisiensi vitamin C berat, misalnya pasakit kanser atau keadaan skurvi.
Kebanyakan pengambilan vitamin C mengurangkan keberkesanan beberapa rawatan tertentu serta memberi kesan buruk daripada manfaatnya. Misalnya, pada dos tertentu, vitamin C dapat digunakan untuk mencegah penyakit katarak. Namun pengambilan vitamin C dalam dos yang berlebihan meningkatkan risiko mendapat katarak.
Kandungan vitamin C yang berlebihan dalam tubuh juga memburukkan keadaan hemokromatosis jika anda menghidapnya. Hemokromatosis adalah penyakit genetik yang membuat tubuh menyerap terlalu banyak zat besi dari makanan yang masuk ke dalam tubuh. Penyakit ini sering kali menyerang hati, jantung, dan pankreas. Ini kerana vitamin C berperanan dalam penyerapan zat besi yang terjadi dalam tubuh.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen