backup og meta

Manfaat Dan Risiko Mengambil Vitamin E Di Bulan Ramadan

Manfaat Dan Risiko Mengambil Vitamin E Di Bulan Ramadan

Suplemen multivitamin seringkali menjadi pilhan ramai orang untuk menjaga kecergasan badan sepanjang berpuasa. Vitamin E termasuk salah satu vitamin pilihan terbaik kerana mengandungi antioksida yang dapat meningkatkan kekuatan sistem imun tubuh. Tapi, berapa besarkah manfaat minum vitamin E semasa berpuasa? Ikuti ulasan lanjut.

Fungsi vitamin E untuk badan

Vitamin E mempunyai beberapa fungsi. Namun, peranan utamanya adalah bertindak sebagai antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel dan DNA di dalam badan dengan meneutralkan molekul berbahaya yang digelar radikal bebas. Radikal bebas boleh masuk ke dalam tubuh anda dari mana saja. Dari udara yang anda hirup, dari makanan yang anda makan, dan dari sinar matahari yang menyentuh kulit anda. Radikal bebas telah lama dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit, mulai dari Alzheimer, kanser, penyakit jantung, aterosklerosis, Parkinson, dan beberapa penyakit lain. Radikal bebas jugalah yang menjadi pencetus kepada proses penuaan.

Selain fungsinya sebagai antioksida, vitamin E diketahui membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan sistem pencernaan. Vitamin E juga menguatkan sistem imun badan dengan membantu tubuh anda melawan patogen. Mengambil vitamin E dapat memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular anda sekaligus membantu anda mengelakkan gangguan vaskular dan penyakit jantung. Fungsi antioksida daripada vitamin E mungkin juga bermanfaat bagi mata anda dan membantu mencegah katarak.

Tambahan vitamin E juga biasa digunakan untuk merawat diabetes dan komplikasinya. Vitamin ini juga digunakan untuk mencegah kanser, terutamanya kanser paru-paru dan mulut pada perokok; Kanser kolorektal dan polip; dan kanser perut, prostat, dan pankreas. Perempuan menggunakan vitamin E untuk mencegah komplikasi pada kehamilan tua disebabkan tekanan darah tinggi (preeklampsia), sindrom pra-haid (PMS), sakit haid berlebihan, sindrom menopause, hot flashes yang berkaitan dengan kanser payudara, dan sista payudara.

Vitamin E kadangkala digunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal, meningkatkan tenaga, serta mengurangkan kerosakan dan meningkatkan kekuatan otot selepas bersenam. Tetapi, khasiat vitamin E tidak terhenti dari sudut kesihatan sahaja. Berkat kandungan antioksidanya, vitamin yang larut dalam lemak ini juga dikenali mempunyai pelbagai manfaat pada kecantikan kulit dan rambut. Hasilnya kulit kelihatan lebih lembut dan awet muda, serta rambut menjadi lebih berkilau dan lebih sihat. Vitamin E juga dilaporkan boleh membantu menyembuhkan luka terbakar ringan dan mengurangkan parut.

Perlukah saya ambil vitamin E semasa berpuasa?

Ramai orang ambil vitamin E semasa berpuasa dengan harapan sifat antioksida daripada vitamin tersebut akan mencegah atau mengubati penyakit. Tapi kajian tentang khasiat vitamin E dalam mencegah kanser, penyakit jantung, kencing manis, penyakit Alzheimer, katarak, dan banyak keadaan lain sehingga saat ini masih tidak meyakinkan.

Hanya ada sedikit kajian klinikal yang menunjukkan bahawa minum vitamin E semasa berpuasa adalah bermanfaat untuk kesihatan. Memang ada sejumlah kajian tentang manfaat kesihatan dari vitamin E, terutamanya dalam mencegah penyakit jantung. Tapi kebanyakan hanya berupa pengamatan awal dan tidak dirancang dengan baik. Sementara kajian selanjutnya, yang banyak di antaranya sudah terbukti oleh uji klinikal, justeru mengatakan sebaliknya.

Setakat ini, satu-satunya manfaat kesihatan dari vitamin E yang sudah terbukti hanya berlaku kepada orang-orang yang benar-benar mengalami kekurangan vitamin E. Namun, keadaan kekurangan vitamin E jarang ditemui. Keadaan ini lebih mungkin berlaku pada orang yang mempunyai penyakit tertentu, seperti masalah pencernaan pemakanan jarang abetalipoproteinemia, cystic fibrosis, dan gangguan gerakan tardive dyskinesia. Mereka yang mempunyai diet rendah lemak juga mungkin mempunyai kadar vitamin E rendah. Bayi pra-matang dengan berat lahir sangat rendah (<1,500 gram) mungkin juga mengalami kekurangan vitamin E.

Waspada risiko berlebihan vitamin E semasa berpuasa

Menurut Angka Kecukupan Gizi (AKG) Kementerian Kesihatan, cadangan had pengambilan harian vitamin E untuk orang dewasa adalah 15 mcg atau 22 IU sehari. Dari sudut lain, suplemen vitamin E pada umumnya menyediakan sekurang-kurangnya ≥100 IU kandungan vitamin E. Jumlah ini sahaja sudah jauh lebih tinggi daripada had AKG harian yang disyorkan (100 IU = 67 mcg vitamin E). Belum lagi jika perlu ditambah pengambilan vitamin E yang anda dapat daripada makanan.

Vitamin E adalah jenis vitamin yang larut dalam lemak, dan ditemui dalam banyak makanan, termasuk minyak sayur-sayuran, bijirin, daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran, dan minyak biji gandum. Biji bunga matahari kacang tanah, minyak dan mentega yang dibuat dari sumber ini, menyediakan sejumlah besar vitamin E. Brokoli, tomato, bayam, kiwi, dan mangga juga kaya akan vitamin E.

Oleh kerana itu, masih sangat mungkin untuk seseorang mengalami overdos vitamin akibat terlalu banyak pegambilan vitamin E. Menurut University of Florida, had maksimum pengambilan harian vitamin E bagi orang dewasa sihat adalah tidak boleh melebihi 1,000 miligram atau 1,500 IU. Mengambil lebih daripada jumlah ini boleh menyebabkan masalah pendarahan, yang mungkin menjadi cukup parah sehingga menyebabkan pendarahan di dalam otak yang mencetus strok. Kesan sampingan lain dari berlebihan mengambil vitamin E termasuk loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, ruam kulit, keletihan atau kelemahan, pandangan kabur, sehingga masalah di rahim atau testis. Terlebih lagi, satu kajian dalam Journal of American Medical Association melaporkan bahawa berlebihan minum vitamin E boleh meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung.

Jika anda ingin mengambil vitamin E secara rutin semasa berpuasa untuk menjaga kecergasan badan, sebaiknya rujuk dahulu dengan doktor sebelum mula mengambil suplemen dalam bentuk apa pun. American Heart Association mengesyorkan orang awam untuk memberi keutamaan kepada pengambilan antioksida, termasuk vitamin E, dari memakan makanan segar dan jangan bergantung pada produk suplemen sehingga manfaat dan risikonya benar-benar dapat dipastikan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vitamin E http://www.webmd.com/diet/supplement-guide-vitamin-e#1 accessed June 6 2017

Vitamin E https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminE-HealthProfessional/ accessed June 6 2017

What Is Vitamin E Good for & How Much Can You Safely Take in a Day? http://healthyeating.sfgate.com/vitamin-e-good-much-can-safely-day-4795.html accessed June 6 2017

What is Vitamin E? http://www.everydayhealth.com/drugs/vitamin-e accessed June 6 2017

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan