backup og meta

Kebenaran mengenai Aditif Makanan

Kebenaran mengenai Aditif Makanan

Aditif makanan bukan benda baharu dalam industri pemakanan. Selama ini, kita telah menggunakan aditif makanan untuk mengawet daging, ikan, rempah-ratus, ataupun herba. Sekarang ini, teknologi pemprosesan makanan semakin maju, begitu juga dengan perkembangan aditif makanan. Bagaimanapun, kegunaan aditif atau bahan tambahan dalam makanan menimbulkan banyak kontroversi, mempunyai pro dan kontra.

Apakah itu aditif makanan?

Menurut CODEX Alimentarius Commission, aditif makanan adalah bahan yang tidak dianggap sebagai makanan atau kandungan makanan. Aditif makanan mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan. Penambahan aditif makanan pada makanan adalah untuk tujuan teknologi dalam pembuatan, pemprosesan, penyediaan, rawatan, pembungkusan, pengangkutan, dan pengawetan. Kita juga ada menambah aditif makanan untuk membuat makanan mengikut ciri yang dimahukan oleh pengilang. Aditif makanan tidak termasuk bahan cemar atau bahan yang ditambah pada makanan untuk tujuan meningkatkan nilai pemakanan.

Klasifikasi aditif makanan

Aditif makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

  • Pewarna makanan: Ini mungkin digunakan untuk menambah warna bagi menjadikan produk kelihatan lebih menarik.
  • Pemanis: Ini digunakan untuk membuat rasa makanan menjadi manis. Gula adalah pemanis semula jadi yang ada dalam kebanyakan makanan. Pemanis tiruan seperti sakarin dan aspartame adalah berkali-kali lebih manis daripada gula.
  • Pengawet: Ini digunakan untuk menghalang pertumbuhan mikrob seperti bakteria atau kulapok dalam produk semasa simpanan. Pengawet juga memanjangkan tarikh luput makanan.
  • Antioksidan: Ini adalah untuk menghalang tindak balas kimia dalam makanan, di mana kehadiran oksigen dalam udara menjadikan makanan rosak dan kurang enak.
  • Emulsifier dan penstabil: Emulsifier membantu untuk mencampurkan bahan-bahan yang tidak mudah untuk bercampur dengan sendiri seperti air dan minyak. Penstabil pula menghentikan bahan-bahan ini daripada terpisah semula selepas sudah dicampurkan.
  • Penambah rasa dan perasa: Ini digunakan untuk memberi rasa pada makanan yang hilang semasa pemprosesan, atau boleh ditambah untuk memberi rasa pada makanan yang mempunyai sedikit rasa.

Kenapa kita perlu gunakan aditif makanan?

Pada hari ini, terutamanya dalam negara-negara perindustrian, bukan mudah untuk dapat memasak di rumah hari-hari kerana jadual kerja yang padat. Jadi, pemprosesan makanan berskala besar adalah penting untuk menyediakan bekalan yang cukup kepada pasar raya kecil dan besar, atau restoran makanan segera. Ini memerlukan makanan pemproses untuk mengekalkan kualiti makanan pada masa panjang. Untuk memenuhi keperluan tersebut, aditif makanan telah digunakan untuk banyak kegunaan seperti mencipta warna yang menarik, meningkatkan kemanisan makanan, dan memanjangkan tarikh luput sesuatu produk.

Soal kesihatan

Penyelidikan menunjukkan bahawa sesetengah aditif, apabila digunakan dalam dos yang besar, boleh menyebabkan kanser. Bagaimanapun, ujian klinikal kebanyakannya menggunakan haiwan sebagai bahan utama ujian. Jadi, kesan sebenar aditif makanan pada manusia masih belum diketahui. Sesetengah aditif diketahui meningkatkan risiko hiperkepekaan, masalah tingkahlaku atau juga masalah asma, dalam kalangan kanak-kanak.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Food additives. http://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/science/21c_pre_2011/food/foodadditivesrev1.shtml. Accessed on December 16, 2016.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan