backup og meta

Ibu Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem Imun Lemah, Sebab Itu Cepat Jatuh Sakit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/09/2021

    Ibu Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem Imun Lemah, Sebab Itu Cepat Jatuh Sakit

    Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Makanan punca sistem pertahanan badan lemah?

    Bolehkah makanan membuatkan kita sakit? 

    Berdasarkan kajian, pengambilan gula berlebihan boleh menekan sistem imun atau pertahanan badan. Maka apabila sistem kekebalan ini terganggu, ia akan cenderung membuatkan anda sakit. 

    Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia, termasuklah anak anda. 

    Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat halus sebagai makanan harian, di mana ia akan diproses sebagai gula, berkemungkinan boleh mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan anak untuk melawan penyakit. 

    Tetapi apakah jenis makanan yang boleh melemahkan sistem imun si manja sekali gus membuatkan mereka mudah jatuh sakit?

    7 jenis makanan menjejaskan sistem pertahanan badan

    Diet makanan harian yang diberikan kepada anak adalah salah satu cara untuk menyokong sistem imun badan mereka.

    Jadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik serta mengelakkan makanan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan mereka. 

    Berikut adalah senarai makanan yang tidak bagus dan perlu dielak daripada diberikan kepada anak untuk menjaga sistem kekebalan badan si manja.

    1. Gula-gula

    Kanak-kanak mana yang tidak gemarkannya? 

    Tetapi jika anda mahu menjaga sistem imun anak, kurangkan atau sebaiknya elakkan daripada memberi mereka makan gula-gula seperti coklat dan gummies yang tinggi kandungan gula.

    Berdasarkan kajian tahun 2018, gula yang diproses seperti terdapat dalam gula-gula boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan. 

    Jumlah keradangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap sistem imun anak.

    1. Minuman soda

    Ahhhh…sedapnya kalau ‘pekena’ soda dengan tambahan ais, kan? Lagi-lagi pada waktu panas.

    Pun begitu, minuman manis seperti soda adalah tinggi kandungan gula dan kalori serta tiada nutrisi. Pastinya minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk membina imuniti badan si manja. 

    Penyelidikan pada tahun 2011 menyokong pengambilan soda mahupun sebarang minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti

    Individu yang mengalami obesiti berisiko untuk berdepan keadaan fungsi imun yang berkurangan.

    sistem pertahanan badan

    1. Makanan bergoreng

    Makanan bergoreng seperti kentang goreng dan kepak ayam bukanlah pilihan terbaik untuk menyokong sistem imun anak kerana kandungan lemak dan minyak yang tinggi. 

    Makanan bergoreng cenderung berlemak tinggi dan berminyak serta boleh menekan sistem pertahanan badan anak. 

    Dalam kajian 2016, diet tinggi lemak memberikan kesan negatif terhadap mikrobioma usus – bakteria yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun. 

    1. Makanan segera

    Kebanyakan kanak-kanak pernah mengambil makanan segera, bahkan, mungkin ada yang mengambilnya sebagai menu makanan harian.

    Ya, tidak dinafikan rasanya sedap, apatah lagi saat sedang kelaparan. Tetapi sebaiknya, elak daripada membiarkan anak terus memakan burger, kentang goreng atau sebarang menu makanan segera lain.

    Ini kerana makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kanak-kanak.

    Kajian mencadangkan diet yang tinggi lemak dan kalori, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imuniti badan dan juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

    1. Aiskrim

    Ia berkrim, manis dan enak serta sukar untuk ditolak oleh sesiapapun terutamanya kanak-kanak. 

    Tetapi malangnya pencuci mulut ini penuh lemak tepu dan gula yang boleh mengakibatkan keradangan.

    Umumnya, aiskrim mempunyai jumlah gula sehingga 6x ganda melebihi jumlah yang anda perlukan dalam sehari.

    Dan itu belum lagi ditambah dengan pilihan condiment seperti coklat tabur atau sprinkle.

    1. Kerepek kentang

    Makanan ringan ini sangat enak dimakan saat menonton televisyen, kan? Malahan, anak mungkin leka mengunyah sehingga habis sepaket.

    Namun, ia bukanlah pilihan makanan harian yang baik jika anda mahu meningkatkan sistem ketahanan badan si manja.

    Ia sejenis makanan yang telah diproses dan rendah nutrien. Pengambilan dalam jumlah yang tinggi boleh menjejaskan imuniti badan si kecil. 

    sistem pertahanan badan

    1. Kek, pastri & biskut

    Satu lagi pilihan makanan manis yang digemari ramai kanak-kanak. Apatah lagi jika ia dihias dengan krim yang pelbagai warna. 

    Namun makanan seperti ini adalah makanan harian tinggi lemak, kalori dan gula serta boleh mengakibatkan keradangan serta kenaikan berat badan pada anak. 

    Jangan terkejut, kek, pastri dan biskut boleh memberikan ancaman 3x ganda kepada sistem pertahanan badan.

    Utamakan penjagaan kesihatan

    Sekiranya, anak mungkin mahukan makanan ringan seperti di atas, tawarkan pilihan makan yang lebih baik untuk membantu menjaga sistem pertahanan badan mereka.  

    Kawallah pengambilan makanan yang tidak sihat atau sebaiknya elakkan terus daripada memakannya. 

    Gantikan dengan pilihan makanan harian yang lebih sihat seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan sayuran.

    Jadikan amalan pemakanan sihat sebagai gaya hidup anda sekeluarga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan