Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Berapa Kalori Kuih Raya Kegemaran Anda Sebenarnya? Sebelum Makan, Tengok Dulu Kalorinya!
Jenis kuih raya bukan sekadar tradisi perayaan, tetapi juga menyumbang kepada pengambilan gula dan kalori harian yang tinggi tanpa disedari. Kebanyakan kuih raya mengandungi mentega, gula dan tepung halus yang boleh memberi kesan kepada berat badan serta paras gula darah jika diambil berlebihan.
Disebabkan itu, penting untuk memahami kandungan kesihatan setiap kuih sebelum menikmatinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klikdi sini.
Jenis kuih raya: apa yang perlu anda tahu dari sudut kesihatan
Kuih raya dalah tradisi wajib sambutan hari raya di Malaysia.
Apabila bercakap tentang kuih raya, kebanyakannya tergolong dalam kategori makanan tinggi tenaga. Ini kerana ia biasanya:
Walaupun saiznya kecil, beberapa biji sahaja sudah menyamai satu hidangan nasi.
Kuih raya rare
Jenis kuih raya rare biasanya dibuat secara homemade dan menggunakan resipi tradisional lama. Walaupun rasanya unik, kandungan kalorinya selalunya setara atau lebih tinggi.
Contoh kuih raya rare dan anggaran kalori:
Kuih loyang mini: sekitar 165 kalori
Kuih ros kacang: sekitar 170 kalori
Kuih batang buruk: sekitar 190 kalori
Kuih kapit: sekitar 175 kalori
Kuih jenis ini sering digoreng atau menggunakan inti manis yang menyumbang kepada kandungan lemak dan gula.
Top 10 kuih raya
Aneka pilihan kuih raya ketika hari raya.
Berdasarkan populariti dan kekerapan dihidangkan, top 10 kuih raya selalunya termasuk:
Kebanyakan kuih dalam kategori ini mempunyai kalori antara 150 hingga 200 kalori sehidangan, menjadikannya makanan yang perlu diambil secara sederhana.
Kuih raya moden
Kuih raya moden semakin popular kerana variasi rasa dan persembahan menarik. Namun, ia selalunya lebih tinggi kalori kerana penggunaan coklat, krim dan topping tambahan.
Antara jenis kuih raya moden dan anggaran kalori:
Kuih red velvet cookies: sekitar 200 kalori
Kuih matcha cookies: sekitar 190 kalori
Kuih Nutella pod: sekitar 220 kalori
Kuih brownie bite: sekitar 210 kalori
Kuih raya moden ini lebih padat tenaga walaupun bersaiz kecil.
Bagaimana memilih jenis kuih raya dengan lebih bijak
Untuk menikmati kuih raya tanpa menjejaskan kesihatan, pertimbangkan langkah berikut:
Pendekatan ini membantu mengawal pengambilan kalori tanpa perlu mengelakkan kuih raya sepenuhnya.
Tip sediakan kuih raya yang lebih sihat.
Kesimpulan
Hidangan kuih raya melambangkan kemeriahan dan tradisi, namun kandungan kalori dan gula di sebaliknya wajar diberi perhatian.
Ambil tahu anggaran kalori setiap kuih dan makan sekadar untuk merasa sahaja.
Ingat, anda masih boleh menikmati suasana raya tanpa menjejaskan kesihatan jangka panjang.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Makan Secara Sihat di Hari Raya. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76378594b.pdf. Diakses Januari 6, 2026.
Kekal Pemakanan Sihat Di Hari Raya. https://isn.gov.my/kekal-pemakanan-sihat-di-hari-raya/. Diakses Januari 6, 2026.
Five tips for a healthier Eid. https://www.diabetes.org.uk/about-diabetes/looking-after-diabetes/healthier-eid. Diakses Januari 6, 2026.
Maintaining Body Weight during the Festive Season – The Truth?. https://www.dietitians.org.my/articles/maintaining-body-weight-during-the-festive-season-the-truth. Diakses Januari 6, 2026.
What is Ramadan?. https://www.nutrition.org.uk/creating-a-healthy-diet/a-healthy-ramadan/. Diakses Januari 6, 2026.
Versi Terbaru
06/01/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor