home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Berat Badan: Antara Keperluan dan Keinginan

Berat Badan: Antara Keperluan dan Keinginan

Berat badan adalah antara faktor yang penting dalam kesihatan tubuh seseorang. Jika ingin menilai tahap kesihatan, berat badan adalah antara perkara yang diukur. Jika di luar lingkungan normal (lebih atau kurang), ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan tertentu.

Dalam tempoh 20 ke 30 tahun yang lalu, dunia telah menyaksikan peningkatan hampir dua kali ganda dalam bilangan obesiti. Lebih 30% daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Angka ini adalah antara yang tertinggi di Asia.

Sistem lapar dan kenyang

Badan manusia diciptakan untuk bekerja dan bergerak. Untuk melakukan hal tersebut, ia memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk makanan sebelum diuraikan di dalam badan menjadi nutrisi dan zat tertentu.

Sebelum seseorang itu makan, rasa lapar harus hadir terlebih dahulu. Jika tidak, dia tidak akan mempunyai keinginan. Kemudian, rasa kenyang pula akan membuatkan seseorang berhenti makan. Rasa lapar (hunger) dan kenyang (satiety) ini adalah sebahagian daripada sistem badan bagi mengawal selera serta jumlah makanan yang masuk ke dalam badan.

Apakah yang membuatkan seseorang lapar dan kenyang?

Rasa lapar dan kenyang dikawal oleh beberapa faktor di dalam badan:

  1. Saraf vagus – terletak di dinding perut. Perut yang kosong akan dikesan oleh saraf vagus. Kemudian, isyarat dihantar ke otak (bahagian hypothalamus) untuk menghasilkan rasa lapar. Apabila perut penuh pula, isyarat kenyang akan dihantar ke otak.
  2. Hormon – ghrelin adalah hormon yang bertanggungjawab menimbulkan rasa lapar. Manakala GLP-1, CCK dan PYY adalah antara hormon yang menghasilkan rasa kenyang.
  3. Metabolik – kadar gula darah yang rendah (hypoglycaemia) memberikan rasa lapar manakala kadar yang tinggi (hyperglycaemia) pula sebaliknya.

Bahagian utama yang mengawal sistem ini adalah otak di bahagian hypothalamus. Selain daripada 3 faktor (homeostatik) yang disebutkan di atas, terdapat satu lagi faktor yang disebut sebagai hedonic yang melibatkan laluan ganjaran (reward pathway).

Pengambilan makanan di luar keperluan

Reward pathway bagi makanan telah menjadi faktor utama pengambilan makanan oleh masyarakat pada hari ini. Laluan ini tidak sepenuhnya tergantung kepada keperluan tenaga oleh badan, tetapi lebih kepada nikmat dan keseronokan yang diperoleh daripada makanan tersebut.

Iklan dan promosi makanan secara berlebihan membuatkan otak sentiasa memberikan isyarat lapar meskipun saraf, hormon dan metabolik memberikan isyarat sebaliknya. Ini adalah kerana keinginan yang dicetuskan oleh reward pathway telah mengatasi isyarat lain. Hasilnya, pengambilan makanan melebihi keperluan sehingga membuatkan berat badan meningkat.

Menyedari akan hal ini, masyarakat harus lebih bijak dalam membuat keputusan. Jangan terlalu mengikutkan perasaan dalam pemakanan. Anda mungkin tidak boleh mengawal penjual tetapi sudah pasti anda boleh mengawal diri anda.

Jadilah pengguna yang bijak. Ambil bila perlu sahaja!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Hunger and Satiety Mechanism and Their Potential Exploitation in the Regulation of Food Intake – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4796328/

National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015 – http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/nhmsreport2015vol2.pdf

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 05/09/2018
x