Adakah Anda Alahan Coklat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Coklat merupakan satu makanan yang biasa dijadikan pencuci mulut. Walaupun ia dilihat sebagai makanan yang manis, namun masih terdapat individu yang mempunyai alahan coklat atau bahan masakan berasaskan coklat. 

Adakah anda fikir anda mempunyai masalah dengan coklat? Artikel ini akan membantu anda mengenali simptom tidak boleh makan koko atau coklat.

Simptom alahan coklat

Alahan kepada koko dan coklat adalah 2 perkara yang berbeza.

Jika anda alahan coklat dan memakannya, sistem imunisasi anda akan mengeluarkan bahan kimia seperti histamin ke dalam aliran darah. Bahan kimia ini boleh menjejaskan:

  • Mata
  • Hidung
  • Tekak
  • Paru-paru
  • Kulit
  • Sistem penghadaman

Sekiranya anda mempunyai alahan kepada coklat, anda mungkin mempunyai beberapa simptom seperti di bawah selepas memakannya, atau bahkan akan mendapat simptom ini dengan hanya menyentuh secara langsung:

  • Gatal-gatal
  • Sesak nafas
  • Kejang perut
  • Bengkak bibir, lidah atau tekak
  • Muntah
  • Nafas berbunyi

Simptom  ini adalah sebahagian daripada tindak balas alahan yang terus disebut anafilaksis. Keadaan ini boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Alergi boleh membawa kepada anafilaksis didiagnosis oleh antibodi immunoglobulin E (lgE) yang tinggi.

Sensitif kepada coklat dan alergi kepada coklat adalah 2 keadaan yang berlainan.

Seandainya anda sensitif terhadap koko atau bahan lain seperti tyramine asid amino, anda mungkin boleh makan sedikit coklat tanpa sebarang masalah. Tetapi jika dimakan dalam jumlah yang banyak, coklat boleh mencetuskan reaksi dalam saluran pencernaan atau bahagian lain dalam badan anda.

Individu yang sensitif kepada coklat boleh mengalami simptom seperti:

  • Jerawat
  • Kembung perut
  • Sembelit
  • Sakit kepala atau migrain
  • Ruam kulit
  • Sakit perut

Malahan kafein yang terkandung dalam coklat juga mempunyai simptom yang tersendiri, termasuk:

  • Menggigil
  • Masalah tidur
  • Denyutan jantung tidak sekata atau cepat
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit kepala
  • Pening

Punca

Anda lebih cenderung mempunyai reaksi alahan coklat jika anda alah kepadanya atau bahan asasnya, koko. Tetapi bahan-bahan lain yang terdapat dalam coklat, seperti susu, gandum, dan kacang juga boleh menyebabkan alahan.


Risiko

Sesetengah individu bertindak balas terhadap coklat itu sendiri. Sebagai contoh, coklat mengandungi kafein dan ia boleh menyebabkan kegelisahan, sakit kepala, dan simptom lain.

Ada juga individu yang alahan atau sensitif terhadap bahan-bahan yang terdapat di dalam coklat seperti:

  • Gandum
  • Susu
  • Gula

Ia mungkin agak mengelirukan, tetapi coklat juga boleh menjadi masalah kepada mereka yang mempunyai alahan kepada nikel. Coklat gelap dan susu, serbuk koko, dan banyak kekacang yang terdapat di dalam coklat mempunyai kandungan tinggi logam nikel ini.

Makanan harus dielak

Jika anda mempunyai alahan kepada coklat atau bahan-bahan dalam produk coklat seperti kacang atau susu, anda perlu mengawasi dan mengetahui apa di dalam makanan anda.

Sekiranya berada di restoran, minta makanan dan pencuci mulut anda disediakan tanpa coklat. Dan apabila ke pasar raya, pastikan anda membaca label kandungan untuk memastikan produk yang anda beli tidak mengandungi coklat atau koko.

Selain pencuci mulut atau bar coklat, coklat boleh tersembunyi di makanan yang tidak mungkin anda sangka. Koko digunakan untuk membuat minuman ringan tertentu, kopi berperisa, dan juga minuman alkohol.

Nasihat dan bantuan

Jika anda mengesyaki anda mungkin sensitif atau alahan coklat, sila berjumpa pakar atau doktor. Bergantung kepada tahan alahan dan tindak balas anda terhadap coklat, doktor mungkin akan menasihati anda untuk mengelakkan dari memakan coklat atau anda mungkin hanya perlu menghadkan coklat dalam diet anda.

Sekiranya anda mempunyai alahan yang teruk, bawa epinephrine auto-injector, ke mana sahaja anda pergi. Peranti ini akan memberikan dos epinefrin hormon untuk menghentikan tindak balas dan membantu melegakan simptom seperti sesak nafas dan bengkak muka.

Alergi coklat jarang berlaku. Jika anda mempunyai tindak balas apabila makan coklat, anda mungkin bertindak balas terhadap sesuatu yang lain. Malah anda juga mungkin sensitif dan bukan alergi.

Sila dapatkan nasihat dan pandangan doktor tentang simptom anda. Jika anda terus mengalami ketidakselesaan ketika makan coklat, dapatkan alternatif.

Ramai kanak-kanak dapat mengatasi alahan terhadap makanan seperti susu dan telur apabila mereka meningkat dewasa. Tetapi situasi ini sukar berlaku jika anda didiagnosis dengan alahan ketika anda sudah dewasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Bersin & Hidung Tersumbat Waktu Bangun Tidur? Anda Mungkin Alami Alahan Pagi!

    Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk ialah antara reaksi alergi yang boleh terjadi. Tapi bagaimana pula jika ia hanya berlaku waktu pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Alahan, Pusat Kesihatan 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu? Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah hidung bayi tersumbat adakalanya membuatkan anak tidak mahu menyusu. Ada ke kaedah rawatan untuk mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!

    Tahukah anda bahawa ubat ketiak boleh jadi penyebab alahan pada kulit bawah lengan? Jika ia berlaku, lakukan ini untuk rawat dan elak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Alahan, Pusat Kesihatan 22/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

    Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Alahan, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kulit kering sekitar mulut

    Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    alahan kulit

    Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    barang kemas

    Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan