Percaya tak ada jenis buah yang menggemukkan? Haaa…terkejut bukan buah pun boleh jadi punca gemuk.
Ketahui lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.
Jenis buah yang menggemukkan
Buah-buahan memiliki banyak manfaat dan Ia bukan sekadar enak tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan nutrisi.
Apatah lagi mengambil pelbagai jenis buah boleh membantu anda kekal cergas dan membuatkan badan berfungsi dengan lebih baik.
Namun, tahukah anda tentang buah punca gemuk ini?
Walau bagaimanapun, tidak semua jenis buah boleh memberikan bentuk badan yang cantik.
Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan berat badan anda naik dengan banyak.
Pisang, salah satu buah yang menggemukkan
Pisang kebiasaannya menjadi pilihan utama apabila ingin mendapatkan sarapan ringkas di waktu pagi.
Siapa yang tidak inginkan buah yang bukan sekadar sedap tetapi juga menghilangkan lapar dengan mudah? Tetapi sila berhati-hati.
Di samping mengandungi kadar serat, kalium dan vitamin C yang tinggi, buah pisang boleh mengandungi sehingga 180 kalori. Jadi, jika anda terlebih makan pisang, pastinya berat badan akan naik.
Buah yang menggemukkan – Avokado
Avokado adalah alternatif kepada krim berat atau mana-mana produk tenusu.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu naik berat badan, anda hanya harus mengambil avokado dengan jumlah sederhana.
Walaupun ia kaya dengan lemak mono tepu yang juga dikenali sebagai lemak “baik”, avokado juga termasuk dalam buah yang mengandungi tinggi kalori.
Buah ara
Buah ara dikira sebagai sumber serat dan kalium yang baik.
Tetapi jika anda ambilnya dalam kuantiti yang banyak dengan menyangka bahawa ia adalah sihat, anda sedang merosakkan kesihatan dan bentuk badan anda.
Percaya atau tidak, jenis buah ara segar mengandungi jumlah gula yang sama dengan gula-gula biasa.
Sebenarnya, ia mengandungi sekitar 27 gram gula setiap satunya dan satu atau dua cawan semestinya tidak cukup.
Jadi untuk menurunkan berat, jangan masukkan buah ara di dalam pelan pemakanan sihat anda.
Baca juga: