Zenpro

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Zenpro Jenama: Zenpro.

Kegunaan Zenpro

Apa itu Zenpro?

Zenpro® tergolong dalam kumpulan ubatan yang dipanggil penghalang pam proton. Ia mengurangkan kuantiti asid yang dihasilkan di dalam perut.

Zenpro® digunakan untuk merawat simptom penyakit refluks gastroesofageal dan keadaan lain yang disebabkan oleh asid perut berlebihan. Ia juga digunakan untuk mebantu penyembuhan erosif esofagitis (kerosakan pada esofagus disebabkan asid perut).

Zenpro® boleh diberi bersama dengan antibiotik untuk merawat ulser perut yang disebabkan jangkitan helicobacter pylori (H. pylori)

Bagaimanakah kegunaan Zenpro?

Zenpro® selalunya diambil sebelum makan (paling kurang sejam sebelum). Patuhi semua arahan pada label perskripsi. Jangan ambil ubat ini memlebihi atau kurang dari kuantiti yang disarankan atau lebih lama dari tempoh yang diarahkan.

Ubat ini perlu diambil sekali setiap 24 jam untuk 14 hari. Ambil ubat ini di waktu pagi sebelum bersarapan. Ia mungkin mengambil masa sehingga 4 hari untuk memberi kesan sepenuhnya. Jangan ambil lebih dari satu tablet setiap 24 jam.

Beri sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum anda memulakan rawatn 14 hari yang baru. Hubungi doktor jika anda mengalami simptom lain dan memerlukan rawatan sebelum tamat tempoh 4 bulan tersebut.

Bagaimana saya menyimpan Zenpro?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Zenpro?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini. 
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Pedih ulu hati sering dikelirukan dengan simptom pertama serangan jantung. Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami sakit dada atau sesak dada, sakit merebak ke lengan dan bahu, loya, berpeluh-peluh, dan tidak sedap badan.

Bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi adakah selamat untuk anda menggunakan Zenpro® jika anda mempunyai:

  • Masalah hati
  • Kandungan mangnesium rendah dalam darah
  • Osteoporosis atau jisim mineral tulang rendah (osteopenia)

Jangan gunakan Zenpro® tanpa  nasihat doktor jika anda mengalami:

  • Masalah atau sakit ketika menelan
  • Najis berdarah atau gelap, muntah seperti biji kopi
  • Pedih ulu hati yang berlangsung lebih dari 3 bulan
  • Sakit dada yang kerap, pedih ulu hati berserta bunyi wisel
  • Berat badan merosot tanpa penjelasan
  • Loya atau muntah, sakit perut

Adakah selamat untuk mengambil Zenpro semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang sering terjadi termasuklah:

  • Sakit kepala
  • Tindak balas hipersensitiviti
  • Rasa hangat
  • Rasa berpusing dan hilang keseimbangan
  • Kekurangan vitamin B12
  • Loya

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Zenpro?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Zenpro® termasuklah:

  • Cilostazol
  • Clopidogrel
  • Diazepam (Valium)
  • Digoxin
  • Disulfiram (Antabuse)
  • Erlotinib
  • Ubatan mengandungi iron (ferrous fumarate, ferrous gluconate, ferrous sulfate, and others)
  • Methotrexate
  • Mycophenolate mofetil
  • Phenytoin
  • John’s wort
  • Tacrolimus
  • Warfarin (Coumadin, Jantoven)
  • Antibiotik – ampicillin, amoxicillin, clarithromycin, rifampin
  • Ubatan antikulat – ketoconazole, voriconazole
  • Ubatan HIV atau AIDS –atazanavir, nelfinavir, saquinavir

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Zenpro?

Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Zenpro?

Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa duodenal ulser:

20mg secara oral sekali sehari sebelum makan. Kebanyakan pesakit sembuh dalam masa 4 hingga 8 minggu.

Dos biasa untuk jangkitan Helicobacter pylori

Terapi berkembar: Zenpro® 40 mg secara oral sekali sehari di waktu pagi berserta clarihtromycin 500mg secara oral 3 kali sehari pada hari pertama dan ke-14. Bermula pada hari ke-15, Zenpro® 20mg secara oral sekali sehari pada waktu pagi pada hari ke-15 hingga ke-28.

Terapi bertiga: Zenpro® 20mg berserta clarithromycin 500mg berserta amoxicilin 1000mg semua diberi secara oral dua kali sehari untuk 10 hari. Jika ulser wujud semasa permulaan terapi, sambung menggunakan Zenpro® 20mg secara oral sekali sehari untuk tambahan 18 hari.

Dos biasa untuk ulser perut:

40mg secara oral sekali sehari sebelum makan untuk 4-8 minggu.

Dos biasa untuk Sindrom Zollinger-Ellison

Permulaan: 60mg secara oral sekali sehari. Dos perlu di individualisasi untuk keperluan pesakit.

Pengekalan: dos sehingga 120mg 3 kali sehari. Dos harian lebih dari 80mg perlu dibahagi.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa untuk erosif esofagitis & penyakit gastroesofageal refluks:

Bayi: GERD: 0.7mg/kg/dos sekali sehari

Kanak-kanak dan remaja 1 hingga 16 tahun: GERD, ulser, esofagitis:

  • 5kg hingga kurang dari 10kg: 5mg sekali sehari
  • 10kg hingga kurang atau bersamaan dengan 20kg: 10mg sekali sehari
  • Lebih dari 20kg: 20mg sekali sehari

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Zenpro® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul 20mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 9, 2019 | Kali terakhir kemaskini: April 9, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.