Kerasal

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Kerasal Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Kerasal?

Asid salisilik adalah agen keratolitik (agen pengupas kulit). Asid salisilik boleh menyebabkan penyingkiran lapisan luar kulit.

Manakala urea pula adalah emolien (agen pelembut kulit). Urea akan membantu melembapkan kulit.

Kerasal® digunakan untuk melembutkan dan menghilangkan kulit kasar dan bersisik yang disebabkan oleh kutil, ketuat, keratosis, atau psoriasis.

Kerasal® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Kerasal?

Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau tempoh yang lebih lama daripada yang disyorkan.

Jangan gunakan asid salisilik dan urea topikal untuk merawat sebarang keadaan kulit yang belum diperiksa oleh doktor anda.

Bersihkan dengan lembut dan keringkan kawasan yang terjejas sebelum meletakkan ubat ini.

Goncangkan bekas ubat dengan baik sebelum digunakan. Terbalikkan bekas ubat untuk mengalihkan buih-buih ke atas bekas.

Sapukan ubat ke kawasan yang terjejas seperti yang diarahkan. Jangan gunakan asid salisilik dan urea topikal pada kulit yang merah, bengkak, dijangkiti, atau meleleh.

Ubat ini boleh mengakibatkan keputusan yang luar biasa dengan ujian perubatan tertentu. Sila maklumkan kepada mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda menggunakan asid salisilik dan urea topikal.

Gunakan asid salisilik dan urea topikal secara berkala untuk mendapatkan faedah yang paling banyak. Hubungi doktor anda jika simptom anda tidak bertambah baik, atau jika ia menjadi lebih teruk semasa menggunakan asid salisilik dan urea topikal.

Bagaimana saya menyimpan Kerasal?

Kerasal® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Kerasal® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Kerasal® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Kerasal® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Kerasal?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Kerasal® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adalah tidak diketahui sama ada asid salisilik dan urea topikal akan membahayakan bayi yang belum lahir. Maka jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat perubatan jika anda sedang hamil.

Tambahan pula, adalah tidak diketahui juga jika asid salisilik dan urea topikal boleh menyerap ke susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Maka jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat perubatan jika anda sedang menyusu bayi.

Ubat ini tidak boleh digunakan pada kanak-kanak atau remaja yang demam, terutamanya jika kanak-kanak itu mempunyai simptom selesema atau cacar air. Salsilat boleh menyebabkan keadaan yang serius dan kadang-kadang membawa maut yang dikenali sebagai sindrom Reye pada kanak-kanak.

Jangan gunakan asid salisilik dan urea topikal pada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun.

Ubat penyingkir ketuat adalah mudah terbakar. Maka jangan gunakannya berhampiran dengan kawasan bersuhu tinggi atau api terbuka seperti api lilin. Basuh ubat itu dari tangan anda sebelum mengendalikan sebarang perkakas menggayakan rambut (seperti pengeriting atau pelurus rambut). Suhu yang tinggi boleh menyebabkan ubat itu terbakar dan membakar kulit anda.

Jangan merokok sehinggalah gel telah kering sepenuhnya pada kulit anda.

Elakkan meletakkan ubat ini di mata, hidung, mulut, rektum, atau vagina. Jika ini berlaku, maka bilaslah dengan air.

Elakkan menggunakan ubat-ubatan lain di kawasan yang anda dirawat dengan asid salisilik dan urea topikal kecuali atas kebenaran doktor.

Adakah selamat untuk mengambil Kerasal semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai simptom tindak balas alahan berikut: gatal-gatal; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Berhenti menggunakan asid salisilik dan urea topikal dan hubungi doktor anda serta-merta jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti kemerahan atau kerengsaan kulit yang teruk selepas menggunakan ubat ini.

Di samping itu, antara kesan sampingan yang kurang serius termasuklah pembakaran ringan, gatal-gatal, atau kerengsaan kulit yang dirawat dengan ubat ini.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Kerasal?

Kerasal® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Kerasal?

Kerasal® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Kerasal?

Kerasal® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Antara masalah kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sapukan pada kawasan kaki yang terjejas sekali atau dua kali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibu bapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah amat penting untuk anda memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Kerasal® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Krim topikal

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Kerasal®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Mei 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda