Bentyl

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Bentyl Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Bentyl?

Bentyl® biasanya digunakan untuk mengubati simptom bagi sindrom rengsa usus (irritable bowel syndrome). Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti mana yang ditentukan oleh doktor anda.

Bentyl® adalah sejenis ubat antikolinergik. Ia berfungsi dengan menyekat sejenis bahan kimia dalam otot licin pada perut dan usus, yang akan menyebabkan mereka berehat, seterusnya mengurangkan kekejangan.

Bagaimanakah kegunaan Bentyl?

Gunakan Bentyl® seperti mana yang telah diarahkan oleh doktor anda. Semak label pada ubat untuk mendapatkan arahan yang tepat.

Bentyl® biasanya diberikan sebagai suntikan di klinik, hospital, atau pejabat doktor anda. Sekiranya anda menggunakan Bentyl® di rumah, penyedia penjagaan kesihatan akan mengajar anda cara menggunakannya. Pastikan anda memahami cara menggunakan Bentyl® dengan baik. Patuhi prosedur yang diajar kepada anda apabila menggunakan dos. Hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Bentil® adalah sesuai untuk suntikan intraotot (intramuscular – IM) sahaja. Ia TIDAK SESUAI untuk kegunaan intravena (IV).

Jangan gunakan Bentyl® jika ia mengandungi apa-apa zarah, menjadi keruh atau berubah warna, ataupun jika botol itu retak atau rosak.

Simpan produk ini, berserta jarum suntikan dan picagari, jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan guna semula picagari, jarum suntikan, atau apa-apa bahan lain. Rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda tentang bagaimana untuk membuang bahan-bahan ini selepas digunakan. Patuhi semua peraturan tempatan untuk pelupusan.

Apabila bentuk ubat Bentyl® melalui mulut tidak boleh diambil, bentuk suntikan akan diberikan hanya dalam jangka masa yang pendek,. Penyedia penjagaan kesihatan kemudiannya anda akan menetapkan preskripsi bentuk ubat Bentyl® melalui mulut sebaik sahaja anda dibenarkan mengambilnya melalui mulut semula.

Gunakan Bentyl® pada kekerapan yang lazim sepanjang masa, kecuali jika doktor memberitahu anda sebaliknya.

Bagaimana saya menyimpan Bentyl?

Bentyl® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Bentyl® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Bentyl® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Bentyl® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Bentyl?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Bentyl® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai keradangan kronik atau ulser pada usus, cirit-birit, pembesaran prostat, hernia hiatus, penyakit buah pinggang atau hati, penyakit sistem saraf, tiroid terlebih aktif, atau penyumbatan saluran kencing mahupun penahanan.
  • Anda mempunyai penyakit jantung, kegagalan jantung, sejarah denyutan jantung yang cepat, atau tekanan darah tinggi.
  • Anda berisiko untuk glaukoma.

Bentyl® boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening, penglihatan kabur, atau rasa berpusing-pusing. Kesan-kesan ini mungkin lebih buruk jika anda mengambilnya dengan alkohol atau ubat-ubatan tertentu. Gunakan Bentyl® dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melakukan tugas lain yang tidak selamat sehinggalah anda tahu bagaimana anda bertindak balas terhadap ubat ini.

Semak dengan doktor anda sebelum anda minum alkohol atau menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk (seperti ubat tidur, pengendur otot) semasa anda menggunakan Bentyl®; kerana ia boleh menambah kesannya. Rujuk ahli farmasi anda jika anda mempunyai soalan mengenai ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.

Bentyl® boleh menyebabkan kepeningan, rasa berpusing, atau pengsan; manakala alkohol, cuaca panas, senaman, ataupun demam boleh meningkatkan lagi kesan ini. Untuk mengelakkannya, anda harus bangkit duduk atau berdiri (daripada berbaring) dengan perlahan, terutamanya pada waktu pagi. Duduk atau berbaring jika sebarang tanda pertama bagi kesan ini muncul.

Jangan membiarkan diri anda kepanasan dalam cuaca panas atau semasa anda sedang aktif; kerana strok haba mungkin berlaku.

Bentyl® boleh menjadikan mata anda lebih sensitif kepada cahaya matahari. Memakai cermin mata hitam mungkin akan membantu anda.

Bentyl® perlu digunakan dengan berhati-hati dalam kalangan orang tua; mereka mungkin menjadi lebih sensitif terhadap kesannya.

Bentyl® tidak boleh digunakan pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 6 bulan; keselamatan dan keberkesanan pada kanak-kanak di lapisan umur ini masih belum disahkan.

Adakah selamat untuk mengambil Bentyl semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Bentyl® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap B, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Rujuk dengan doktor anda jika mana-mana kesan sampingan yang paling biasa ini berterusan atau mengganggu kualiti hidup anda:

  • Kabur penglihatan
  • Sembelit
  • Kurang berpeluh
  • Kesukaran tidur
  • Pening kepala
  • Mengantuk
  • Mulut kering
  • Sakit kepala
  • Rasa berpusing-pusing
  • Kehilangan deria rasa pada lidah
  • Loya/mual
  • Keresahan

Dapatkan segera rawatan perubatan jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk:

  • Reaksi alergi yang teruk (ruam, gatal-gatal, bintat urtikaria, kesukaran bernafas, rasa semput, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah)
  • Gangguan perasaan
  • Kekeliruan
  • Cirit-birit
  • Kesukaran memfokuskan mata anda
  • Kesukaran bergerak
  • Kesukaran bercakap
  • Kesukaran untuk buang air kecil
  • Hilang orientasi
  • Rasa kesenangan yang dibesar-besarkan
  • Pengsan
  • Halusinasi
  • Rasa degupan di dada
  • Denyutan jantung yang pantas
  • Hilang ingatan jangka pendek
  • Kelemahan yang luar biasa
  • Muntah-muntah

Tidak semua orang boleh mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Bentyl?

Bentyl® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Ubatan yang boleh bertindak balas terhadap ubat ini adalah:

  • Amantadine, antiaritmia (contohnya, quinidine), antihistamin (contohnya diphenhydramine), benzodiazepine (contohnya, diazepam), perencat monoamine oxidase (MAOIs) (contohnya phenelzine), ubat tahan sakit narkotik (contohnya meperidine), nitrat (contohnya nitrogliserin, isosorbide), nitrit (contohnya, sodium nitrate), phenothiazine (contohnya chlorpromazine), sympathomimetics (contohnya, pseudoephedrine), atau antidepresan trisiklik (contohnya, amitriptyline) kerana ia boleh meningkatkan risiko kesan sampingan bagi Bentyl®.
  • Metoclopramide atau phenothiazine (mis., Chlorpromazine) kerana keberkesanannya boleh dikurangkan oleh Bentyl®.
  • Digoxin kerana risiko kesan sampingannya boleh ditingkatkan oleh Bentyl®.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Bentyl?

Bentyl® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Bentyl?

Bentyl® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos permulaan yang disyorkan ialah 20 mg, diambil empat kali sehari.

Selepas rawatan dalam tempoh satu minggu dengan dos permulaan, dos seterusnya boleh ditingkatkan menjadi 40 mg empat kali sehari, kecuali jika kesan sampingan timbul dan mengehadkan peningkatan dos.

Jika keberkesanan tidak dicapai dalam masa 2 minggu atau kesan sampingan yang timbul hanya memerlukan dos di bawah 80 mg sehari, ubat ini harus dihentikan pengambilannya. Data keselamatan yang didokumentasikan masih belum tersedia untuk dos penggunaan yang melebihi 80 mg setiap hari, bagi tempoh yang lebih lama daripada 2 minggu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Bentyl® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul, tablet, suntikan: Dicyclomine hydrochloride 10mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Bentyl®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Rujukan