Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Wormwood adalah herba. Bahagian atas tanah serta minyak dari tumbuhan ini digunakan untuk membuat ubat.
Wormwood digunakan untuk:
Minyak wormwood juga digunakan untuk masalah pencernaan, untuk meningkatkan keinginan seksual, dan untuk merangsang imaginasi.
Sesetengah individu menggunakan wormwood secara langsung ke kulit untuk menyembuhkan luka serta gigitan serangga. Minyak wormwood digunakan sebagai pengadang untuk mengurangkan kesakitan.
Dalam sektor perkilangan, minyak wormwood digunakan sebagai komponen wangian dalam sabun, kosmetik, dan minyak wangi. Ia juga digunakan sebagai racun serangga.
Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahawa minyak wormwood mengandungi bahan kimia thujone, yang merangsang sistem saraf pusat. Namun, ia juga boleh menyebabkan sawan dan kesan buruk yang lain.
Sebelum mengambil wormwood, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Wormwood selamat jika diambil melalui oral dalam jumlah yang biasa dijumpai dalam makanan dan minuman termasuk bitters dan vermouth, asalkan produk ini bebas-thujone. Wormwood yang mengandungi thujone tidak selamat apabila diambil melalui oral.
Tiada maklumat yang lengkap untuk menilai keselamatan menggunakan wormwood secara topikal.
Wanita hamil dan menyusukan anak: Wormwood tidak selamat digunakan apabila diambil melalui oral ketika hamil dalam jumlah yang lebih besar daripada yang biasa dijumpai dalam makanan. Kebimbangan berlaku terhadap kandungan thujone. Thujone boleh menjejaskan rahim serta membahayakan kehamilan. Adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan wormwood secara topikal, kerana tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaannya secara langsung ke kulit.
Sekiranya anda sedang menyusukan anak, jangan gunakan wormwood sehingga lebih banyak maklumat didapati mengenai keselamatannya.
Alergi kepada tumbuhan ragweed dan yang berkaitan: Wormwood boleh menyebabkan reaksi alergi terhadap individu yang sensitif kepada keluarga Asteraceae / Compositae. Ahli keluarga ini termasuk ragweed, chrysanthemums, marigolds, daisies, dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alahan, pastikan anda menyemak dengan pegawai kesihatan anda sebelum mengambil wormwood.
Penyakit darah diwarisi yang jarang berlaku dipanggil porphyria: Thujone yang terdapat di minyak wormwood mungkin meningkatkan pengeluaran bahan kimia yang dipanggil porphyrins. Ini boleh menjadikan porphyria menjadi lebih teruk.
Masalah buah pinggang: Pengambilan minyak wormwood mungkin menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi. Sekiranya anda mengalami masalah buah pinggang, sila berbincang dengan pegawai kesihatan anda sebelum mengambil wormwood.
Gangguan kejang, termasuk epilepsi: Wormwood mengandungi Thujone, yang boleh menyebabkan sawan. Terdapat kebimbangan bahawa wormwood mungkin memberi kesan kekejangan terhadap individu yang lebih cenderung menghadapi masalah ini.
Wormwood yang mengandungi thujone yang boleh menyebabkan sawan, kerosakan otot (rhabdomyolysis), kegagalan buah pinggang, kegelisahan, kesulitan tidur, mimpi ngeri, muntah, kekejangan perut, pening, menggeletar, pengekalan air kencing, dahaga, kebas tangan dan kaki, kelumpuhan serta kematian.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan wormwood termasuk:
Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kekejangan memberi kesan terhadap bahan kimia di dalam otak. Wormwood juga boleh menjejaskan bahan kimia di dalam otak. Dengan menjejaskan bahan kimia di otak, wormwood boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah kekejangan.
Sesetengah ubat yang digunakan untuk mencegah kekejangan termasuk phenobarbital, primidone (Mysoline), asid valproic (Depakene), gabapentin (Neurontin), carbamazepine (Tegretol), phenytoin (Dilantin), dan lain-lain.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Wormwood boleh didapati dalam bentuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen